Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian
Milford Sound in New Zealand
Showing posts with label Lukisan. Show all posts
Showing posts with label Lukisan. Show all posts

Lukisan Dari Mata Kail

Yoan Capote adalah seorang seniman di Cuba. Beliau telah menbuat banyak karya lukisan yang menakjubkan. Salah satu karya yang menakjubkan beliau ialah lukisan yang mengunakan mata kail pancing dan dibantu oleh 30 orang untuk menyiapkan karya lukisannya itu. Lukisan itu mengambil masa berbulan-bulan untuk disiapkan. Ketika ditanya kenapa beliau mengunakan mata kail? beliau menjawab "Saya memutuskan untuk menggunakan kail kerana saya ingin mewujudkan ketegangan antara keindahan, rayuan, bahaya dan perangkap". Mari kita lihat hasil seni beliau...


Share/Bookmark

Senarai 10 lukisan termahal didunia

 Berikut adalah senarai harga termahal yang telah dibayar untuk sesebuah lukisan. Lukisan-lukisan yang sangat bernilai, biasanya tidak dijual di lelongan awam.
Lukisan-lukisan paling terkenal di dunia, terutamanya yang dilukis sebelum tahun 1800, umumnya dimiliki oleh muzium, yang mana amat jarang menjualnya, dan oleh itu, harganya adalah tak ternilai. Guinness World Records telah menyenaraikan lukisan Mona Lisa sebagai sebuah lukisan yang memiliki nilai insurans tertinggi dalam sejarah. Ia telah dinilai pada AS$100 juta pada 14 Disember, 1962, sebelum lukisan dipamerkan ke seluruh Amerika Syarikat untuk beberapa bulan. Walaubagaimanapun, Louvre memutuskan untuk mempertingkat langkah-langkah keselamatan ke atas lukisan ini dan bukannya membayar premium insurans. Mengambil kira faktor inflasi, nilai pada tahun 1962 mungkin bernilai kira-kira AS$670 juta pada tahun 2006.

Senarai harga tertinggi yang dibayar semasa lelongan atau jualan persendirian (inflasi diselaraskan)
Senarai berikut disusun berdasarkan indeks harga pengguna di dalam nilai Dolar Amerika Syarikat pada tahun 2008. Mulanya, harga akan ditukar berdasarkan nilai kadar pertukaran matawang semasa penjualan lukisan dilakukan. Pelarasan inflasi mungkin berubah kerana kadar inflasi semasa selalu dinilai semula. Senarai di dalam nilai matawang lain mungkin sedikit berbeza disebabkan perbezaan kecil nilai turun-naik kadar tukaran matawang. Lukisan-lukisan hanya disenaraikan sekali sahaja, iaitu harga tertinggi yang dijual.

 10. Portrait de l'artiste sans barbe
 Harga diselaraskan (dalam juta) :
$94.6
Harga Asal (dalam juta) :
$71.5
Artis :
Vincent van Gogh
Tahun Lukisan :
1889
Tahun Dijual :
1998
Penjual :
 Jacques Koerfer
Pembeli :
??


Share/Bookmark

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..