Tahukah anda bahawa 700,000 tahun dahulu, manusia melayari lautan dengan binaan kapal yang bagus?
Atau
pernahkah anda mendengar manusia yang digelar sebagai ‘orang gua
primitif’ memiliki kemahiran artistik dan pemahaman sebagaimana yang
dipunyai oleh artis moden?
Adakah
anda tahu bahawa Neanderthal yang hidup sejak 80,000 tahun dulu dan
digambarkan oleh para evolusionis sebagai ‘manusia beruk’, juga mampu
membuat alatan muzik, memperoleh keselesaan dari pakaian dan aksesori,
dan berjalan di atas pasir panas beralaskan sandal?
Dalam
segala kemungkinan anda mungkin tidak pernah mendengar fakta-fakta
berkenaan. Sebaliknya, anda telah diberi tafsiran salah bahawa manusia
tersebut adalah separuh manusia dan separuh beruk, tidak mampu berdiri
lurus, kurang kemahiran untuk berkomunikasi dan hanya mengeluarkan bunyi
dengusan yang pelik. Ini kerana dalam masa lebih daripada 150 tahun,
kebanyakan orang seperti anda telah dihujani oleh keseluruhan penipuan
ini.
Tujuannya
adalah untuk meneruskan perjuangan falsafah materialis yang menafikan
kewujudan Allah SWT. Menurut perspektif yang menyeleweng ini, alam
semesta dan kebendaan adalah abadi. Dengan erti kata lain, ia tiada
permulaan, dan juga tiada Pencipta. Asas yang kononnya saintifik untuk
kepercayaan karut ini adalah teori evolusi.
Oleh
kerana mereka mendakwa bahawa alam semesta tiada Pencipta, para
evolusionis harus memberi penjelasan tentang bagaimana kehidupan dan
sejumlah spesis lain wujud di bumi ini. Untuk tujuan itu, mereka
menggunakan teori evolusi. Berdasarkan teori ini, semua kejadian dan
kehidupan di alam semesta berlaku secara kebetulan. Sebahagian benda
tidak bernyawa di zaman purbakala bercantum secara tidak sengaja lalu
membentuk sel hidup pertama. Kemudian organisma terwujud hasil daripada
ketidaksengajaan selama jutaan tahun ini. Dan akhirnya manusia wujud
sebagai peringkat terakhir rantaian evolusi.
Sejarah
awal manusia – yang dianggap hasil daripada perubahan secara kebetulan
selama jutaan tahun, dan setiap satunya lebih mustahil daripada
perubahan terakhir, telah diselewengkan untuk menyokong senario songsang
ini. Evolusionis, yang sememangnya ketiadaan bukti-bukti kukuh,
mendakwa bahawa asal sejarah manusia adalah seperti berikut: Bermula
seperti bentuk kehidupan lain, berlangsung daripada organisma purba
hingga kepada manusia yang dipercayai perkembangan paling maju
berbanding yang lain. Oleh itu, sejarah manusia kononnya berkembang
daripada komuniti primitif kepada masyarakat bandar yang moden.
Hakikatnya, anggapan ini sama sekali tidak mempunyai sebarang bukti. Ia
juga menggambarkan sejarah manusia seperti yang didakwa oleh falsafah
materialis dan teori evolusi.
Para
saintis evolusionis — dalam usaha mereka untuk menyokong proses evolusi
yang dianggap bermula daripada sel tunggal kepada organisma berbilang
sel, kemudian daripada beruk kepada manusia – bukan saja telah ‘menulis’
semula asal-usul manusia, bahkan juga ‘mencipta’ era khayalan seperti
‘Zaman Orang Batu’ dan ‘Zaman Batu’ untuk menjelaskan cara hidup ‘Orang
Primitif’. Evolusionis, yang percaya pada kepalsuan bahawa manusia dan
beruk berasal daripada moyang yang sama, telah memulakan usaha dalam
kajian baru demi membuktikan dakwaannya. Untuk itu, mereka meneliti
setiap batu, atau mata panah, atau mangkuk yang ditemui semasa
penggalian arkeologi. Walau bagaimanapun, gambaran ‘manusia beruk’ duduk
di dalam gua yang gelap sambil berpakaian berbulu serta tidak mampu
bercakap dengan baik, semuanya adalah rekaan semata-mata. Orang primitif
tidak pernah wujud, begitu juga dengan Zaman Batu. Semuanya adalah
pembohongan evolusionis dengan sebahagian bantuan media.
Dakwaan
para evolusionis telah diruntuhkan sepenuhnya oleh perkembangan terbaru
dalam bidang sains – terutamanya dalam ilmu biologi, paleontologi,
mikrobiologi, dan genetik. Pendapat bahawa masing-masing spesis berubah
menjadi ‘versi terbaru’, telah dibuktikan salah.
Manusia
juga tidak berkembang daripada makhluk beruk. Manusia sememangnya
adalah manusia sejak kewujudan mereka lagi, dan mempunyai peradaban
canggih sehingga ke hari ini. Maka, ‘evolusi sejarah’ juga tidak pernah
terjadi.
Peradaban Mundur dan Berkembang Serentak
Darwinisme
tetap berpendapat bahawa manusia dan juga budaya yang dimiliki
berkembang daripada peringkat asas, primitif, bangsa dan menuju
ketamadunan. Walau bagaimanapun, penemuan arkeologi menunjukkan bahawa
sejak permulaan sejarah manusia, telah ada titik-titik di mana
masyarakat yang bertamadun hidup bersama dengan komuniti yang mundur.
Hakikatnya, pada kebanyakan masa, masyarakat yang kaya dengan budaya
telah wujud bersamaan dengan mereka yang terkebelakang. Sepanjang
sejarah, kebanyakan masyarakat di zaman yang sama mempunyai tahap
teknologi dan peradaban yang berlainan, dengan perbezaan sosial dan
budaya – seperti mana juga hari ini. Misalannya, walaupun benua Amerika
Utara kini maju dalam bidang perubatan, sains, senibina dan teknologi,
sesetengah komuniti di Amerika Selatan agak mundur dari segi teknologi
dan tiada rangkaian ke dunia luar. Pelbagai penyakit di kebanyakan
bahagian di dunia dikenal pasti melalui teknik pengimejan dan analisis
yang amat maju, dan dirawat di hospital-hospital moden. Tetapi di
sebahagian dunia yang lain, kebanyakan penyakit dianggap berkembang di
bawah pengaruh semangat jahat, dan penyembuhan melibatkan pelbagai
upacara untuk membuang roh-roh tersebut.
Masyarakat
seperti bangsa Indus, Mesir purba dan Sumeria yang hidup di sekitar
3,000 SM, mempunyai budaya yang secara relatifnya lebih baik dalam
segala aspek berbanding dengan bangsa-bangsa hari ini, malahan juga
lebih daripada masyarakat yang kini lebih maju. Ini bermakna bahawa
sepanjang sejarah, masyarakat dengan peradaban tinggi telah hidup
bersama dengan komuniti yang kurang berbudaya. Masyarakat yang wujud
ribuan tahun dahulu sebenarnya mungkin jauh lebih maju daripada manusia
di abad ke-20. Ini menunjukkan bahawa tiada sebarang perkembangan dalam
rangka proses evolusi – dengan erti kata lain, daripada primitif kepada
bertamadun.
Sepanjang
perjalanan sejarah, pastinya banyak kemajuan penting telah dibuat dalam
semua bidang, dengan langkah dan pembangunan hebat dalam sains dan
teknologi, syukur pada perkembangan budaya dan pengalaman. Walau
bagaimanapun, adalah tidak rasional dan saintifik untuk mengatakan
bahawa perubahan tersebut merupakan proses evolusi seperti mana yang
digambarkan oleh evolusionis dan materialis. Oleh kerana tiada perbezaan
ciri-ciri fizikal antara manusia kini dengan mereka yang hidup ribuan
tahun dulu, maka tiada juga perbezaan dari segi kecerdikan dan
kemampuan. Pandangan yang menggambarkan bahawa tamadun kini lebih maju
kerana kapasiti otak dan kepintaran manusia di abad ke-21 lebih
berkembang adalah perspektif yang salah, hasil daripada propaganda
evolusionis. Hakikatnya, memang terdapat perbezaan tanggapan dan budaya
di antara masyarakat yang hidup di wilayah-wilayah yang berlainan.
Tetapi jika orang asli di Australia tidak mempunyai ilmu yang setanding
dengan saintis Amerika, itu tidak bermakna yang otaknya belum cukup
berkembang. Ramai orang yang dilahirkan di dalam masyarakat sedemikian
mungkin belum tahu tentang kewujudan elektrik, tetapi masih mempunyai
tahap kepintaran yang tinggi.
Tambahan
pula, keperluan berbeza muncul pada kurun yang berlainan. Tahap fesyen
kita pada hari ini tidak sama dengan masyarakat Mesir purba, tetapi
tidak bererti budaya kita lebih maju daripada mereka. Sementara bangunan
pencakar langit melambangkan ketamadunan abad ke-21, bukti peradaban di
zaman mereka ialah piramid dan sphinx.
Persoalannya
terletak pada perspektif dari mana fakta-fakta ditafsirkan. Seseorang
yang bermula dengan pra-anggapan yang menyokong perkembangan evolusi
akan menilai semua maklumat yang diterima berlandaskan prejudis
tersebut. Maka dia akan berusaha untuk mempertahankan kenyataannya
dengan cerita-cerita dongeng. Dengan hanya berdasarkan pecahan telulang
fosil, dia akan mengagak banyak perincian, seperti bagaimana manusia
yang hidup di kawasan itu menjalani kehidupan seharian mereka, struktur
keluarga dan hubungan sosial mereka, sejajar dengan andaian awal
berkenaan. Dia kemudiannya akan menyimpulkan, berdasarkan hasil penemuan
tersebut, bahawa mereka tidak mampu berdiri tegak dan mendengus,
diselaputi bulu dan menggunakan alatan batuan yang kasar — bukan kerana
ia dinyatakan oleh bukti saintifik, tetapi ideologinya yang memerlukan
semua khayalan itu. Sebenarnya, fakta-fakta yang dijumpai langsung tidak
menunjukkan sebarang keadaan sedemikian. Gambaran itu hanyalah
pemahaman yang terhasil daripada mentaliti para pejuang Darwinisme.
Ramai
evolusionis yang cuba membuktikan dakwaan mereka dengan menghasilkan
pelbagai senario, meskipun tidak mempunyai sebarang bukti sokongan.
Namun apabila setiap penemuan terbaru ditafsir tanpa sebarang prejudis,
ia akan menjelaskan kepada mereka beberapa fakta, satu daripadanya
ialah: Manusia adalah Manusia sejak asal kewujudannya lagi. Ciri-ciri
seperti kecerdasan dan keupayaan artistik tetap sama di sepanjang
lipatan sejarah. Manusia yang hidup di masa lampau bukan primitif,
separuh manusa, separuh haiwan, sebagaimana yang diwar-warkan oleh
golongan evolusionis. Mereka berfikir, bercakap bahasa manusia, seperti
kita, yang menghasilkan kerja seni dan membangunkan struktur budaya dan
etnik.
Apa Yang Akan Menjadi Tinggalan Peradaban Kita Sendiri?
Bayangkan
apa yang akan ditinggalkan oleh peradaban kita hari ini dalam ratusan
ribu tahun. Semua penimbunan budaya kita – lukisan, arca dan istana –
akan lenyap, dan cuma sedikit kesan teknologi hari ini yang akan
tersisa. Banyak bahan yang direka untuk tahan digunakan akhirnya akan di
telan masa secara beransur-ansur di bawah pengaruh keadaan semulajadi.
Keluli akan berkarat. Konkrit akan reput. Kemudahan bawah tanah roboh,
dan semua bahan memerlukan penyelenggaraan. Sekarang bayangkan pula
puluhan ribu tahun telah berlalu, dan ianya telah ditimpa dengan ribuan
gelen hujan, angin kencang berabad lamanya, banjir yang berulang dan
gempa bumi. Boleh jadi apa yang tinggal hanyalah serpihan gergasi ukiran
batu, blok-blok yang membentuk bangunan dan tinggalan beberapa arca,
sama seperti apa yang telah ditinggalkan oleh sejarah. Ataupun tinggalan
kita tidak dapat memberi maklumat penuh berkaitan dengan tamadun kita,
hanya segelintir puak yang hidup di Afrika, Australia atau beberapa
tempat lain di dunia. Dengan erti kata lain, teknologi yang kita miliki
hari ini (televisyen, komputer, ketuhar gelombang mikro, dan
sebagainya), tiada kesan yang tinggal meskipun kerangka utama bangunan
atau beberapa serpihan arca tetap bertahan. Andainya saintis masa depan
melihat kesan yang berselerak ini dan menggambarkan semua masyarakat
pada masa itu hidup mundur, tidakkah mereka telah tersasar daripada
kebenaran?
Atau,
jika seseorang menemui kerja yang ditulis dalam bahasa Mandarin dan
membuat kesimpulan hanya berdasarkan teks ini, bahawa orang Cina
merupakan bangsa terkebelakang yang berhubung melalui simbol-simbol
pelik, apakah ini menggambarkan fakta sebenar?
Ambil
contoh arca ‘The Thinker’ oleh Auguste Rodin yang sememangnya dikenali
di seluruh dunia. Bayangkan jika arca ini ditemui semula oleh ahli
arkeologi puluhan ribu tahun dari sekarang. Jika pengkaji tersebut
berpegang kepada praandaian tentang kepercayaan dan cara hidup
masyarakat kita, dan kekurangan dokumentasi sejarah, mereka juga mungkin
mentafsir arca ini dengan cara berbeza. Mereka mungkin membayangkan
bahawa komuniti kita menyembah arca ‘orang berfikir’, atau juga mendakwa
patung berkenaan mewakili mitologi dewa-dewa yang salah.
Hari
ini, pastinya kita tahu bahawa ‘The Thinker’ adalah kerja seni yang
dihasilkan atas dasar estetik dan artistik. Dengan kata lain, jika
penyelidik puluhan ribu tahun kemudian kekurangan informasi dan
berpegang pada praandaiannya tentang masa lalu, amat mustahil baginya
untuk melihat kebenaran kerana dia akan mentafsir ‘The Thinker’ mengikut
praandaian sendiri dan mereka-reka senario yang bersesuaian. Maka,
menilai maklumat yang ada tanpa prejudis atau berat sebelah, mengelak
segala bentuk praandaian, dan berfikir dalam konteks yang luas adalah
amat perlu.
Perlu
diingat, kita tiada bukti bahawa masyarakat berubah atau masyarakat
purba adalah primitif. Semua andaian tersebut semata-mata mengandungi
spekulasi dan berdasarkan analisis oleh ahli sejarah dan arkeologi yang
menyokong evolusi. Contohnya, lukisan haiwan pada dinding gua langsung
digambarkan sebagai lukisan primitif oleh orang gua. Tetapi boleh jadi
lukisan tersebut menjelaskan banyak pemahaman estetik yang dimiliki oleh
mereka pada masa itu. Seorang artis yang memakai pakaian paling moden
di masa itu pada mereka sekadar untuk tujuan artistik. Sebenarnya, ramai
saintis kini menegaskan kemustahilan lukisan gua ini merupakan hasil
kerja minda primitif.
Satu
lagi contoh ialah gambaran batu berhujung runcing sebagai perkakas
pertama yang dibuat oleh ‘manusia beruk’. Manusia pada masa itu mungkin
telah membentuk batu ini untuk tujuan hiasan. Tiada sebarang bukti dan
hanya andaian bahawa serpihan yang dijumpai digunakan sebagai alat.
Saintis evolusionis telah mengkaji bukti yang ditemui secara berat
sebelah. Mereka memanipulasi beberapa fosil yang mereka rasa dapat
membuktikan teori tersebut, dan mengabai malahan membuang fosil yang
lain. Cara serupa telah dimainkan untuk membuktikan bahawa sejarah juga
mengalami evolusi.i Ahli antropologi berbangsa Amerika,
Melville Herskovits menerangkan bagaimana evolusi sejarah berlaku dan
cara evolusionis mentafsir bukti yang ditemui:
Setiap
penganjur evolusi budaya memberi perincian berdasarkan andaian tentang
perkembangan yang dianggapnya telah membentuk perkembangan manusia, oleh
itu banyak contoh rantaian yang tidak selari telah direkodkan.
Sesetengah daripada perkembangan ini hanya dihadkan untuk satu aspek
budaya sahaja…ii
Satu
contoh penting yang mengesahkan pandangan Herskovits adalah kajian yang
dijalankan oleh Lewis Henry Morgan, seorang ahli etnologi evolusionis
yang mengkaji fasa dialami untuk mencapai struktur ketua keluarga dan
monogami, yang menurutnya telah ‘berubah’ daripada primitif kepada yang
lebih maju. Tetapi dalam menjalankan kajian ini, beliau menggunakan
pelbagai masyarakat berbeza di seluruh dunia sebagai contoh, yang
langsung tidak berkaitan antara satu sama lain. Beliau kemudian
menetapkan mereka bersesuaian dengan keputusawn yang ingin dicapai.
Jelas di sini bahawa daripada ratusan ribu budaya yang ada di dunia,
beliau hanya memilih sebahagian yang bersesuaian dengan pendapatnya.
Herskovits
menggambarkan bagaimana Morgan menyusun semula sejarah demi untuk
membenarkan pandangannya. Bermula dengan komuniti primitif Australia
yang bersistem matriarki, beliau menghubungkannya dengan masyarakat
India Amerika bersistem patriarki. Kemudian meneruskan rantaian itu
kepada puak-puak Yunani purba di zaman proto sejarah, di mana keturunan
dimulakan oleh susur galur lelaki, tetapi tanpa monogami yang
bersunguh-sungguh. Akhirnya skala urutan itu diwakili oleh peradaban
hari ini – dengan keturunan bermula dari susur galur lelaki dan tanpa
monogami yang tegas.
Herskovits memberi komentar terhadap urutan rekaan ini:
Tetapi jika siri ini dilihat dari perspektif sejarah, ia sememangnya karut…iii
Hasil Seni yang Unggul di Dalam Gua
Evolusionis
berpendapat bahawa lebih kurang 30-40,000 tahun dahulu di Eropah, dan
dalam jangka waktu yang lebih awal di Afrika, manusia beruk telah
mengalami proses perubahan mengejut, dan tiba-tiba memiliki kemampuan
berfikir dan menghasilkan barang-barang, sama seperti manusia hari ini.
Ini kerana penemuan arkeologi pada masa itu memberi bukti penting yang
tidak mampu dijelaskan oleh teori evolusi. Menurut teori Darwin,
teknologi peralatan batuan yang tidak berubah untuk hampir 200,000
tahun, tiba-tiba diganti dengan teknologi yang lebih maju dan berkembang
pantas. Orang primitif yang kononnya turun dari pokok hanya mula hidup
moden sebelum tiba-tiba memiliki bakat artistik dan mula mengukir serta
melukis gambar-gambar yang amat indah dan canggih pada dinding gua di
samping menghasilkan objek hiasan yang terlalu cantik seperti rantai
leher dan gelang.
Ramai
saintis yang membuat kajian di gua-gua menilai lukisan tersebut sebagai
hasil kerja yang paling penting dan berharga dalam sejarah seni. Teknik
bayangan pada lukisan-lukisan ini, penggunaan perspektif dan garis
halus, kesungguhan perasaan yang terjelma pada ukirannya, dan corak
estetik yang terhasil di waktu ukiran itu disinari cahaya mentari –
kesemuanya merupakan ciri yang tidak mampu dijelaskan oleh evolusionis
kerana menurut mereka, perkembangan sebegitu seharusnya muncul lebih
lewat.
Teknik
lukisan yang diaplikasikan juga membuktikan bahawa mereka langsung
tidak hidup dalam keadaan serba kekurangan. Tambahan pula, lukisan pada
dinding gua bukan bukti bahawa mereka tinggal di gua pada masa itu.
Artis-artis tersebut mungkin tinggal berdekatan di kediaman yang lebih
baik, tetapi memilih untuk melukis pada dinding gua. Emosi dan pemikiran
bagaimana yang mempengaruhi subjek yang ingin dipersembahkan hanya
diketahui di kalangan artis itu sendiri. Banyak spekulasi telah
dikeluarkan berkenaan lukisan ini, di mana tafsiran yang paling mengarut
ialah lukisan tersebut dihasilkan oleh hidupan yang berada di tahap
primitif. Apa yang jelas, satu laporan yang diterbitkan di laman web
BBC’s Science pada 22 Februari 2000, mengandungi baris berikut berkaitan
lukisan-lukisan gua:
kita
menyangka bahawa ianya dibuat oleh orang primitif... Tetapi menurut dua
orang saintis yang bekerja di Afrika Selatan, tanggapan terhadap
pelukis purba ini salah. Mereka percaya lukisan-lukisan tersebut adalah
bukti masyarakat yang kompleks dan moden.iv
Andainya
hasil seni hari ini akan dikaji dengan pemikiran yang sama dalam ribuan
tahun, banyak polemik mungkin timbul tentang sama ada masyarakat abad
ke-21 merupakan puak primitif atau tamadun yang maju. Jika
lukisan-lukisan artis moden yang berkeadaan baik ditemui 5,000 tahun
kemudian, dan tiada dokumentasi bertulis yang masih wujud tentang
keadaan hari ini, bagaimanakah tanggapan generasi akan datang terhadap
tamadun kita?
Sekiranya
masyarakat akan datang menemui hasil kerja Van Gogh atau Picasso dan
menilainya dari perspektif evolusionis, bagaimanakah tanggapan mereka
terhadap masyarakat moden kita? Apakah pemandangan Claude Monet akan
mengilhamkan komentar seperti “Industri belum lagi dibangunkan, dan
manusia hanya menjalani cara hidup pertanian”, atau gambaran abstrak
Wassily Kandinsky mengilhamkan komentar seperti “Manusia masih belum
mampu membaca atau tulisan hanya difahami melalui pelbagai contengan”?
Apakah tafsiran sebegini akan membawa mereka hampir kepada gambaran
sebenar masyarakat moden kita?
0 comments:
Post a Comment