Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian
Milford Sound in New Zealand

5 Negara Maju yang Tanpa Peperiksaan Nasional

Setiap tahun pelajar darjah 6, tingkatan 3 dan tingkatan 5 tersebut mengulang kaji pelajaran,untuk menghadapi peperiksaan.Ini membuatkan sesetengah daripada mereka menjadi tertekan. Untuk apakah peperiksaan Nasional(UPSR/PMR/SPM) Sebetulnya diwujudkan? Apakah peperiksaan nasional diwujudkan untuk menentukan Universiti yang akan menjadi tempat menyambung pelajaran mereka nanti?
Jika pelajar itu gagal didalam Peperiksaan tersebut, kemana hala tuju mereka. Ini 5 Negara Maju Tanpa Peperiksaan Nasional dan ternyata jika  tidak melaksanakan peperiksaan nasional pada sistem pendidikannya negara ini mampu mengeluarkan pelajar-pelajar yang lebih bagus daripada negara yang mewujudkan peperiksaan nasional ... 
Mari kita lihat ulasan satu persatu ke 5 Negara Maju Tanpa peperiksaan Nasional berikut ;

1. Finland

Finland sebagai negara dengan sistem pendidikan termaju di dunia dan pelajarnya tidak mengenali apa itu yang namanya peperiksaan Nasional. Penilaian kualiti pendidikan sepenuhnya diamanahkan kepada para guru sehingga negara bertanggungjawab melatih dan mendidik guru-guru agar dapat melaksanakan penilaian yang berkualiti. Setiap akhir semester pelajar menerima laporan pendidikan berdasarkan penilaian yang sifatnya peribadi dengan tidak membandingkan atau melabel para pelajar dengan kedudukan(ranking) seperti yang telah menjadi tradisi pendidikan dinegara kita. Mereka sangat meyakini bahawa setiap individu adalah unik dan mempunyai keupayaan yang berbeza-beza.Di Finland profesion guru adalah profesion yang paling penting. Doktor berada di bawah kedudukan guru.

2. Amerika

Amerika yang terdiri dari banyak negeri ternyata tidak pernah mengadakan Peperiksaan nasional.Walaupun ada peperiksaan yang diadakan setiap negeri atau daerah, namun tidak semua sekolah diwajibkan mengikuti peperiksaan negeri/daerah tersebut. Tiap negeri juga mempunyai kandungan peperiksaan masing-masing.Sekolah-sekolah tetap boleh menjalankan ujian sendiri dan menentukan kelulusannya sendiri ..Semua lulusan, baik lulusan yang disenggarakan oleh sekolahnya sendiri atau lulus ujian yang diadakan negeri, tetap boleh mengikuti ujian masuk ke college ataupun universiti asal memenuhi syarat-syarat dan lulus ujian kemasukan universiti tersebut.Logik pendidikan yang digunakan iaitu: Kualiti pendidikan ditentukan oleh individu masing-masing kelulusan. Walaupun Si A tidak keputusannya kurang memuaskan disekolah, kalau dia lulus ujian kemasukan ke Universiti Harvard, maka dia pun akan diterima di universiti tersebut.Jadi masalah kualiti ditentukan oleh individu (individual quality).Pakar pendidikan dari Columbia University, Linda Hammond (1994)Berpendapat bahawa nasionalisasi peperiksaan nasional tidak boleh memberi kreativiti guru. Negara tidak boleh mencipta strategi belajar sesuai dengan perbezaan keadaan sosial, ekonomi, budaya, serta kemajuan teknologi. Sistem pendidikan top down oriented, tak boleh menjawab masalah yang ada di daerah-daerah berbeza.

3. Jerman

Pelajar di Jerman tidak mengenali apa itu peperiksaan nasional. Kebijaksanaan yang diutamakan adalah membantu setiap pelajar yang diajar mendapat perkembang secara optimum, iaitu dengan :

(1) menyediakan guru yang profesional, yang seluruh waktunya dicurahkan bagi menjadipendidik.(2) menyediakan kemudahan sekolah yang membolehkan pelajar dapat belajar dengan penuh kegembiraan dengan kemudahan sukan dan ruang bermain yang mencukupi dan ruang kerja guru.

(3) menyediakan media pembelajaran yang secukupnya, yang membolehkan pelajar dapat secara terus-menerus belajar melalui membaca buku wajib, buku rujukan, dan buku bacaan, (termasuk novel), serta kelengkapan makmal dan perpustakaan yang membolehkan pelajar belajar dalam suasana yang tenang.
(4) penilaian yang terus-menerus, menyeluruh dan objektif.Melalui model pembelajaran yang seperti inilah, iaitu para pelajar setiap masa dinilai tingkah lakunya,kesungguhan pembelajarnya, hasil pembelajarnya, kemampuan intelek, prestasinya dalam pelajaran yang menjadikan sekolah di Jerman mampu menghasilkan rakyat yang berkualiti kerja tinggi dan gemar untuk belajar.Setiap hari pelajar selalu mendapat tugasan dari semua guru mata pelajaran untuk dinilai dan nilai-nilai ini mempengaruhi keputusan akhir semester dan seterusnya.


4. Kanada

 
 
Di Kanada tidak ada peperiksaan Nasional kerana dianggap tidak bermanfaat bagi kemajuan pendidikan di negara itu. Untuk kawalan kualiti di Kanada terdapat jaminan mutu pendidikan yang kawalannya sangat ketat. Lembaga penilaian kualiti ini benar-benar bekerja secara telus dari pendidikan rendah hingga menengah.
 

5. Australia
 

Di Negara Australia, peperiksaan nasional tidak dilaksanakan bahkan tidak dikenali sama sekali, melainkan ujian peringkat negeri/daerah. Ujian ini tidak menentukan kelulus para pelajar, namun untuk menentukan kemana pelajar tersebut akan meneruskan pendidikan. Berapapun nilai yang diperolehi oleh pelajar dari ujian tersebut tetap dinyatakan lulus. Nilai 0 pun tetap dinyatakan lulus, namun kelulusan tersebut tidak ada gunanya. Bermaksud pelajar tersebut akan sangat sukar untuk meneruskan pendidikannya.

Inilah 5 Negara Maju Tanpa Peperiksaan Nasional semoga menambah wawasan anda tentang artikel 5 Negara Maju Tanpa Peperiksaan Nasional

Share/Bookmark

2 comments:

Gombug said...

Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...



Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
Baca selanjutnya...



Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...



Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...



Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage.Baca selanjutnya...



Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini. Baca selanjutnya...



SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.Baca selanjutnya...

Unknown said...

Apa!!!
Hebatnya negara diorang!
Saya macam tak percaya!

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..