Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian
Milford Sound in New Zealand

Lapangan Terbang Paling Berbahaya Di Dunia

 Lapangan Terbang Lukla di daerah Solukhumbu, Nepal, mempunyai landasan yang paling berbahaya. Bagaimana tidaknya, selain dikelilingi Banjaran Himalaya, hujung landasan ini mengarah kearah jurang yang curam!

Lapangan Terbang Lukla pada 2008 lalu telah bergantikan namanya menjadi Hillary Tensing Airport. Lapangan terbang ini terkenal sebagai salah satu yang paling berbahaya di dunia. Landasan di lapangan terbang ini memiliki panjang 450 meter, lebar 20 meter, dan bentuk landasan dengan cerun 12 peratus seperti dipetik dari laman Himalayas Trekking, Selasa (15/1/2013).


Berada di ketinggian 2.700 meter, hujung landasan di lapangan terbang ini mengarah ke jurang. Di Lapangan Terbang Lukla juga tidak terdapat alat bantu pendaratan selain Aerodrome Flight Information Service (AFIS).

Oleh kerana itu, juruterbang tidak boleh sedikit pun melakukan kesalahan ketika berlepas dan mendarat. Juruterbang harus mempunyai pengetahuan navigasi yang sempurna. Kalau tidak, bersiap sedialah pesawat tersebut menghentam dinding gunung atau terperosok ke dalam jurang yang curam.

Meskipun begitu, Lapangan Terbang Lukla menjadi pintu gerbang untuk para pendaki yang ingin menakluk Everest Base Camp sampai Gunung Everest. Akan tetapi, perlu kesabaran untuk boleh terbang ke Lukla. Pesawat menuju Lukla hanya boleh terbang ketika siang hari dan cuaca cerah.

Cuaca buruk juga menjadi salah satu halangan yang perlu diambil kira oleh juruterbang. Bila landasan tertutup awan, penerbangan akan dibatalkan. Selanjutnya, perlulah mengunggu sehingga keadaan kembali reda selama berhari-hari.

Banyak risiko yang perlu diambil kira dengan terperinci, tidak semua juruterbang boleh melakukan penerbangan ke Lukla. Juruterbang yang berpengalaman, menjadi satu-satunya yang boleh menenangkan penumpang ketika perbangan ke Lukla.

Tidak banyak syarikat yang melakukan penerbangan dengan tujuan Lukla. Beberapa syarikat yang pergi ke Lukla, iaitu Tara Air, Druk Air, Agni Air, Gorkha Airlines, Nepal Airlines, Sita Air, Buddha Air, dan Yeti Airlines.Cara lain, pelanong juga boleh menggunakan helikopter.

Walau punya landasan yang paling berbahaya di dunia, inilah lapangan terbang domestik yang paling sibuk di Nepal. Ketika musim pendakian, lebih dari 50 pesawat berlepas setiap hari di lapangan terbang ini.

Bayangkan, sebelum menakluk laluan pendakian yang sukar ke puncak Gunung Everest, cabaran pertama yang harus anda lalui adalah terbang dan mendarat di Lapangan Terbang Lukla. Tidak ada yang boleh anda lakukan ketika melakukan penerbangan, kecuali percaya sepenuhnya pada juruterbang!

Share/Bookmark

0 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..