Ular Raksasa Di Dunia. Ular, haiwan yang selalu menjadi perbahasan yang menarik, terutama jika ular itu sangat besar / raksasa. Beberapa daerah mempunyai legenda mengenai ular raksasa, dan di asia, ular raksasa biasanya dikaitkan dengan mitos ular naga.
Postingan kali ini membahas ular besar yang terkenal di dunia, walaupun satu atau dua berita disini mungkin diragui kebenarannya. Yang pasti, jika ingin membincangkan jenis ular besar, maka kita tidak terlepas pada jenis Ular Sawa, Ular tedung dan Anaconda.
1. Anaconda

Nama lain bagi anaconda adalah boa air, nama bagi seekor ular yang hampir selalu ditemui di dalam air. Mereka hidup di Amazon dan sekitar Orinoco Amerika Selatan tropika, dan habitatnya asalnya dari Andes, ke timur ke Trinidad dan juga ke persisiran Caribbean Amerika Tengah. Binatang ini bergerak di air jauh lebih mudah daripada di darat. Seperti buaya, anaconda mempunyai lubang hidung tinggi pada muncung sehingga dapat berenang dengan kepala di atas air untuk bernafas.
Matanya juga tinggi di atas kepalanya sehingga dapat melihat mangsanya. Ular ini biasanya berdiam di tepi perairan, menunggu mangsanya. Ketika rusa, burung, atau mangsa lain datang ke air untuk minum, anaconda cepat menyerang, mengheret mangsanya ke dalam air untuk menenggelamkannya. Kemudian menelan seluruh tubuh mangsanya. Anaconda tidak berbisa. Sekali ia makan, boleh membuat anaconda bertahan selama beberapa minggu,biasanya binatang ini akan berada di dalam air, mencerna makanannya.

2.Anaconda Hijau
Spesies hijau lebih besar dari spesies kuning gelap dan spesies Bolivia. Kebanyakan mempunyai berat sehingga beberapa ratus pound (100 kg) tetapi boleh mencapai berat sebanyak 550 paun (250 kg) bahkan mungkin hingga 1000 lbs (454 kg). Mereka boleh mencapai panjang 36 ft (11 m) dan beberapa dakwaan jauh lebih besar. Betina biasanya lebih besar daripada jantan.
Alasan mengapa belum dapat dijelaskan seberapa besar maksimum saiz anaconda adalah kerana anaconda yang lebih besar lagi mungkin ada dan tinggal jauh di hutan Amerika Selatan di mana tempat itu adalah tempat yang sangat sukar untuk mencari ular .Selain itu air keruh dan penyamaran semulajadi yang baik membuat pengamatan jadi lebih sukar.

3. Anaconda Raksasa di Sungai Abuna
Diatas adalah gambar anaconda yang diedarkan oleh surat khabar tempatan A Provincia do ParĂ¡. Ular ini diduga panjangnya mencapai 45 kaki, dan ditemui pada Abuna Rio (Negeri Acre, Brazil) Pada tahun 1906, dua puluh tahun sebelum peneroka oleh Kolonel Percy Fawcett Harrison di Amazon, ia dihantar oleh Geographic Society Kerajaan untuk melakukan kajian menyeluruh dari abuna Rio dan Sungai Acre.
Fawcett bertemu dengan ular raksasa pada tahun 1907 ketika dia menyusuri disepanjang sungai Rio Negro dengan kru Indiannya. Fawcett melaporkan bahawa kepala segi tiga besar muncul di haluan perahu, dan ketika ia menembak makhluk itu, ular itu meronta-ronta dan mengakibatkan gelombang air di sekitar perahu. Dengansedaya upaya Fawcett meyakinkan krunya untuk mendekati tempat ular besar terapung.
Orang-orang Indian takut bahawa reptilia yang terluka atau pasanganya akan menyerang perahu, seperti yang sering terjadi, reptilia ini akan datang untuk melakukan pembalasan. Fawcett kemudian pergi ke tepi dan hati-hati mendekati ular. Menurut Fawcett, ular itu panjangnya 43 kaki yang terapung dipermukaan air dan 17 kaki yang berada di dalam air, jadi apabila dicampurkan sekitar 60 kaki.

4. Ular Raksasa Afrika
Gambar di atas diambil pada tahun 1959 oleh juruterbang helikopter Belgium, Kolonel Van Remy Lierde, ketika meronda di congo. Ia melihat Ular yang panjangnya sekitar 40 hingga 50 kaki, berwarna coklat tua / hijau dengan perut putih.Ular mempunyai rahang berbentuk segi tiga dan kepala sekitar 3 x 2 ft. Para pengkaji telah menganalisis gambar dan mengesahkan gambar ini asli. Mereka juga telah mengesahkan ukuran makhluk itu memadankan ciri tanah tempat ular berada. Saat helikopter terbang rendah, ular tersebut bangkit 10 kaki dan kelihatan seolah-olah akan menyerang helikopter yang terbang.
5. Ular Raksasa Asia
Menurut legenda, Nabau merupakan ular mengerikan yang panjangnya lebih dari 100ft dan dengan kepala naga dan tujuh lubang hidung. Tapi sekarang warga tempatan yang hidup di sepanjang sungai Baleh di Kalimantan percaya bahawa makhluk mitos itu telah kembali selepas gambar yang menunjukkan ular raksasa yang sedang berenang di sungai ini muncul.
Gambar ini diambil oleh anggota pasukan pemantauan kawasan bencana banjir dengan helikopter, dan telah mencetuskan perdebatan yang panjang tentang apakah gambar ini asli atau hanya kejuruteraan. Bahkan Akhbar New Straits Times Kuala Lumpur telah meminta pembaca untuk membuat keputusan sendiri tentang gambar ini.

6.Ular Sawa Guihua di Sumatera
Ular sawa yang di tangkap di sumatera barat, yang kemudian diberi nama Guihua ini diberitakan menjadi ular terbesar yang pernah ditangkap oleh manusia. Ular ini mempunyai panjang 14,86 meter dan berat 447 kilogram. Ular ini dikhabarkan boleh menelan manusia hanya dalam masa yang singkat.
7. Ular sawa Filipina
Ular raksasa sering menyerang orang dalam cerita sains fiksyen , namun serangan tersebut tidak hanya dalam fiksyen. Setelah melakukan penyelidikan yang ekstensif dan lama di hutan hujan filipina dengan suku Agta, Thomas Headland telah mendapati bahawa satu perempat daripada penduduk suku Agta pernah diserang oleh ular sawa besar yang banyak terdapat di sana.
8.Ular sawa China
Sebuah gambar yang dimaksudkan untuk menunjukkan seekor ular dengan panjang 55ft yang ditemui di sebuah hutan di China telah menggemparkan internet pada masa itu. Gambar ini pada awalnya diposting di thread laman People 's Daily, akhbar rasmi Parti Komunis China.
Postingan berita itu mendakwa ular itu salah satu dari dua ekor ular sawa besar ditemui oleh pekerja yang meneroka hutan untuk membina jalan baru di luar bandar Guping, provinsi Jiangxi.
Postingan berita itu mendakwa ular itu salah satu dari dua ekor ular sawa besar ditemui oleh pekerja yang meneroka hutan untuk membina jalan baru di luar bandar Guping, provinsi Jiangxi.
Ular sawa yang mati panjangnya mencapai 55ft (16.7M), dan berat 300kg dan dianggarkan berusia 140 tahun. Namun, pegawai kerajaan tempatan di Guiping mengatakan cerita dan gambar ini hampir pasti palsu kerana ular sawa raksasa bukan haiwan asli kawasan itu.
9. Ular tedung Australia
Gambar diatas adalah gambar asli dan bukan rekaan dari seekor ular tedung yang berusaha mengangkat bangkai seekor kangaroo. Gambar ini diambil di Kimberley Australia Barat. Perhatikan Betapa panjang Tubuh ular ini sehingga tidak termuat seluruhnya dalam gambar ini.
10.Misteri Ular Yacumama
Sebenarnya masih ada satu lagi yang paling raksasa diantara ular-ular di atas, iaitu yang diberitakan di hutan Amazon bahagian Peru, namun sayangnya tidak ada satu orang pun yang pernah menangkap gambar anaconda raksasa yang penduduk tempatan menyebutnya dengan sebutan Yacumama (Ibu Air) yang dikatakan boleh membuat tanah bergetar ketika dia bergerak yang ada hanyalah gambar-gambar bekas-bekas yang di dakwaan sebagai bekas pergerakan ular raksasa tersebut.
0 comments:
Post a Comment