Venus adalah kucing yang paling misteri di dunia. Kucing ini mempunyai ciri-ciri yang belum dapat dijelaskan dengan jelas dalam sains. Venus punya dua wajah dan bermata biru.
Venus telah mempunyai laman Facebook sendiri, demikian juga video di Youtube. Akaun rangkaian sosial milik kucing ini telah dilihat oleh berjuta-juta orang. Keunikan venus menjadi kekaguman.
Wajah Venus terbahagi dua. Salah satu sisi wajah kucing ini berwarna hitam dengan mata hijau. Sementara, sisi yang lain berwarna coklat oren dengan mata biru. Wajah kucing ini tepat "terbelah" di tengah.
Mata Venus juga berwarna biru, padahal mata kucing seumpamanya biasanya berwarna kuning atau hijau. Mata biru biasanya didapati pada jenis kucing Siamese atau kucing yang sebahagian besar tubuhnya berwarna putih.
Leslie Lyons, profesor dari University of California, Davis, yang mempelajari genetik kucing mengatakan, "Dia (Venus) sangat-sangat jarang ditemui. Tapi anda boleh menjelaskan dan memahaminya."
Seperti dipetik National Geograpfic, Lyons menambah, "Dia adalah salah satu misteri."
Banyak laporan menjelaskan bahawa Venus adalah chimera. Dalam mitologi, chimera adalah raksaksa yang merupakan gabungan dari pelbagai haiwan. Sementara, kucing chimera adalah kucing dengan dua jenis DNA, terjadi kerana gabungan dua embrio.
Kucing chimera jarang ditemui. Banyak kucing jenis tortoiseshell jantan yang merupakan chimera. Warna hitam dan spot berwarna oren menandakan bahawa kucing mempunyai tambahan kromosom X.
Namun demikian, kucing betina sudah mempunyai dua kromosom X. Jadi, bintik oren boleh muncul tanpa adanya tambahan kromosom X. Jadi, jelas bahawa Venus bukanlah chimera.
Untuk mengetahui bagaimana Venus boleh mempunyai ciri-ciri itu, ujian DNA perlun dilakukan. Lyons menceritakan, sampel DNA masing-masing sisi wajah boleh diambil dan dianalisis.
Lyons mengesyaki, ciri tersebut muncul kerana proses perkembangan Venus. Pada awalnya, gen yang menentukan pewarnaan hitam berfungsi di salah satu sisi wajah dan gen pewarnaan oren di wajah lain. Ketika berkembang, dua bahagian bertemu tepat di tengah, menghasilkan kucing yang punya dua wajah.

0 comments:
Post a Comment