Facebook menperkenalkan tetapan peribadi baru bagi pengguna, sebagai usaha terakhir mengatasi kebimbangan pengguna tentang siapa yang boleh melihat maklumat peribadi mereka di laman rangkaian sosial terbesar didunia itu.
Tool baru yang diperkenalkan pada 12/12/2012(Rabu) waktu AS itu, akan memudahkan pengguna Facebook dalam menetapkan siapa yang boleh melihat foto-foto, komen, dan maklumat lain yang mereka muat naik dan muncul di bahagian lain laman Facebook.
Pengguna juga boleh meminta gambar-gambar yang tidak diingini dan tampil di Facebook agar dihapuskan.
Sebuah shortcut baru mengenai tetapan peribadi di sudut kanan bawah laman Facebook, menyediakan akses cepat kekunci termasuk membolehkan pengguna menetapkan siapa boleh menglihatnya atau menyekat pengguna tertentu.
Ciri-ciri baru itu merupakan perubahan terakhir untuk tetapan peribadi Facebook, yang telah dikritik di masa lalu kerana terlalu memlemah.
Pengarah Produk Facebook Sam Lessin mengatakan, perubahan itu dirancang untuk meningkatkan tahap keselesaan pengguna jaringan sosial yang mempunyai berjuta-juta pengguna tersebut.
Pada April, Facebook telah membayar tuntutan apabila Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan AS memutuskan bahawa Facebook telah berkongsi maklumat peribadi pengguna tanpa izin pemiliknya. Keputusan juga memerlukan Facebook menukar tetapan peribadi pengguna.
Penggunaan data peribadi pengguna untuk tujuan hubungan dengan pihak ketiga, seperti pembekal aplikasi game dan pemain muzik perlu mendapatkan kebenaran akses dari pengguna.
1 comments:
Collagen Powder
ESP – Soy Protein Isolate Powder
GLA Complex
Omega Guard
Vita-E Complex
B-Complex
Post a Comment