Mungkin ini penjara paling unik dan tidak ada ditempat lain, di mana penjara ini membenarkan banduan mengajak ahli keluarga, boleh makan dan tidur bersamaahli keluargamereka. Penjara San Pedro sebagai penjara terbesar di La Paz, Bolivia dengan tahanan sebanyak 1,500 di dalamnya. Tapi yang membuatnya unik bukanlah banyaknya tahanan di dalamnya. Tapi penjara ini lebih mirip seperti sebuah pernempatan awam. Di mana di dalamnya, para tahanan boleh menguruskan urusan seharian mereka sendiri atau bekerja seperti kehidupan di luar penjara.
Penjara San Pedro ini bahkan mempunyai undang-undang dan pemerintahan sendiri, tanpa pengawal berkeliaran di dalamnya. Para tahanan di penjara San Pedro yang terletak di La Paz, Bolivia tinggal di dalam penjara yang memiliki komuniti persekitaran tersendiri.ianya seperti kehidupan normal di luar penjara, di dalam penjara San Pedro pun terdapat restoran, pasar, pasaraya, salon rambut, bahkan hotel yang dikendalikan sendiri oleh para tahanan. Para tahanan pun boleh mengajak keluarga mereka, seperti isteri dan anak - anaknya untuk tinggal di dalam penjara bersama mereka.
Dan uniknya, di penjara ini tidak ada warden penjara yang berkeliaran. Para polis di Bolivia tidak akan masuk campur dengan apa-apa yang berlaku antara para tahanan di dalam penjara. Kerana di dalam, penjara ini mempunyai sistem pemerintahan sendiri. Di mana seorang tahanan yang dipilih secara demokratik akan menjadi pemimpin di penjara San Pedro ini. Anda juga tidak akan menemui para tahanan tinggal di dalam sebuah jeruji besi.
Namun, di dalam penjara ini, para tahanan perlu membayar sewa untuk sel yang mereka tinggal. Tidak peduli betapa kecil dan kotornya sel yang mereka diami. Penjara San Pedro ini sendiri terbahagi kepada 8 sektor, mulai dari yang paling buruk hingga yang paling mewah untuk didiami. Dimana tahanan yang sanggup membayar mahal boleh tinggal di bahagian yang mewah didalam penjara ini. Di bahagian yang mewah, para tahanan boleh tinggal di dalam sebuah sel yang selesa yang dilengkapi dengan bilik mandi peribadi, dapur sendiri, TV kabel, bahkan jakuzi! Tapi bayaran sewanya pun mahal.
Tahanan yang ingin tinggal di dalam sel mewah seperti ini perlu membayar sekitar 1000 hingga 1500 dolar US selama masa tahanan mereka didalam penjara. Namun banyak juga tahanan miskin yang tinggal beramai - ramai dalam sebuah sel.Dengan begitu, para tahanan di sini harus bekerja seperti di kehidupan normal agar mereka mempunyai wang untuk menampung sara hidup di dalam penjara ini. Makanan pun tidak disediakan oleh polis. Mereka harus membelinya sendiri di dalam penjara ini.
Oleh kerana itu, ada tahanan yang membuka kedai sendiri, seperti kedai makanan. Ada juga yang memberi perkhidmatan sebagai pendandan rambut atau tukang kayu, sedangkan yang lain bekerja pada tahanan yang lain sebagai pekerja untuk mendapatkan gaji. Dengan begitu, penjara San Pedro ini sekilas pandang nampak seperti sebuah lingkungan penempatan di La Paz, Bolivia. Tidak akan ada yang menyangka bahawa ini adalah sebuah penjara.
Kerana di dalamnya para tahanan lelaki bekerja menjalani rutin normal, sedangkan para wanita nya mengurus rumah tangga mereka, dan banyak anak - anak berkeliaran di sekitarnya. Sebuah data menunjukkan ada sekitar 200 anak yang tinggal dengan ayah mereka yang menjadi tahanan di dalam penjara San Pedro. Banyak yang menganggap bahawa penjara San Pedro bukanlah persekitaran yang sesuai untuk membesarkan anak - anak.
Namun keluarga mereka mengatakan bahawa mereka lebih baik tinggal di dalam penjara daripada hidup di jalanan, di mana mereka akan didiskriminasikan oleh masyarakat. Tapi jangan menganggap bahawa tinggal di dalam penjara San Pedro suasana yang aman saja. Buktinya para tahanan di dalamnya masih ada yang saling mencuri, bahkan saling membunuh di malam hari.
Penjara San Pedro ini juga mempunyai sistem pemerintahan dan undang-undang yang ditetapkan oleh para tahanan itu sendiri. Di mana salah seorang tahanan akan menjadi pemimpinnya, dan dilantik secara demokratik oleh para tahanan di dalamnya. Dan bila terjadi permasalahan, undang-undang yang telah ditetapkan para tahanan inilah yang akan berlaku. Sehingga apabila seorang tahanan dianggap keterlaluan, maka para tahanan yang lain akan bertindak.
Walaupun tidak ada warden penjara, namun apabila berlaku kekecohan besar tentu saja pihak polis Bolivia akan turun campur tangan. Keunikan penjara ini sempat menjadi perhatian pelancong dari seluruh dunia. Sehingga penjara San Pedro sempat menjadi tarikan pelancongan di Bolivia. Dengan membayar 250 peso, para pelancong boleh mendapatkan kenderaan untuk mengelilingi penjara. Bahkan beberapa tahanan menguruskan pelancong untuk mengeliling penjara tersebut, dengan cara itu juga mereka boleh menjadikan punca mata pencarian.
Namun, ada yang mengatakan bahawa hal ini dijadikan kesempatan oleh beberapa pihak untuk memperjual belikan dadah kepada pihak luar. Oleh kerana itu, sejak tahun 2009 tidak ada lagi pelancong yang boleh masuk melancong di dalam penjara San Pedro. Tapi para tahanan tetap dibenarkan mengajak keluarganya tinggal di dalamnya bersama mereka.
0 comments:
Post a Comment