Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian
Milford Sound in New Zealand

Kenapa wanita tercipta dari Tulang Rusuk lelaki ... ? ...

Seorang bijak pernah berkata kepada aku ..
"Wanita selalu akan melakukan apa saja untuk lelaki yang disayang dan dicintai."

Jika kamu memberinya rumah, maka ia akan memberi kehangatan dalam rumah kamu.

Jika kamu memberinya beras, ia akan menanak nasi untukmu.

Jika kamu memberinya CINTA, ia akan memberi pengabdian seumur hidupnya.


Tapi jika kau memberinya kehinaan, ia akan memberi doa dalam airmata kepedihannya, dan itu bererti siapkanlah dirimu untuk berjuta KEMALANGAN! "

Jika kelmarin kamu berdoa dan yakin bahawa dialah wanita yang sudah terpilih untuk diri kamu, maka terimalah dia bukan hanya sebagai wanita yang sempurna tetapi terimalah dia dengan Cara Yang Sempurna, sebagai seorang wanita yang terbaik.

Bukanlah dia seorang wanita yang tidak pernah berbuat salah didalam hidup ini, tapi dia yang selalu berkata maaf untuk setiap kesalahannya dan ia yang punya sejuta kemaafan untuk kesalahanmu.

Ia yang mahu menerima masa lalumu dan siap merancangkan masa depannya bersamamu serta menyerahkan kehidupannya padamu.

Ia yang selalu cemas dan hilang akal ketika kamu tak memberinya khabar berita.

Jika dulu sifat manjanya membuatmu tertawa lucu, cemburunya bererti dia sayang padamu, airmatanya boleh menyayatkan hatimu, tapi sekarang semuanya itu jadi alasan kamu melepaskannya, maka renungkanlah sejenak!

"Mengapa wanita itu tercipta dari tulang rusuk lelaki, bukan dari tulang kepala kerana wanita bukan untuk memimpin lelaki, dan mengapa bukan dari tulang kaki kerana wanita juga bukan untuk menjadi hamba abdi lelaki. Tetapi wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki kerana dekat dengan hati, agar wanita menjadi pendamping, penjaga hati.

Dekat dengan hati kerana untuk disayangi.
Wanita akan terlelap dalam dakapan lelaki. kerana wanita tahu dari sana tempat dia berasal.

Maka dari itu Kenali dan Sayangi "Tulang Rusukmu" wahai Sang Lelaki....

Share/Bookmark

0 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..