Salah satu kewajipan umat Islam dalam beribadah adalah berwuduk. Wuduk merupakan bukti keimanan seseorang yang tak terlihat secara mata kasar. Sama dengan orang yang berpuasa. Tak ada orang yang menjaga wuduknya kecuali kerana alasan keimanan.
Secara syar'i, wuduk bertujuan untuk menghilangkan hadas kecil agar kita sah menjalankan ibadah, khususnya solat. '' Solat salah seorang di antara kita tidak akan diterima apabila ia berhadas hingga ia berwuduk.'' (HR Abu Hurairah).
'' Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu, kedua tanganmu sampai siku, dan sapulah kepalamu serta basuhlah kedua kakimu sampai mata kaki. "(Surah Al-Maidah (5): 6).
Kewujudan wuduk sangat besar pengaruhnya bagi kehidupan seorang Muslim, kerana dalam wuduk Allah SWT memberikan mesej moral yang tidak jauh dari kehidupan sehari-hari. Membasuh kepala, misalnya, ditujukan agar kita membersihkan kepala atau otak kita dari segala fikiran kotor dan menyesatkan.
Membasuh kaki dan tangan ditujukan agar kita tidak menggunakan tangan dan kaki ini untuk mengambil hak orang lain, memijak maruah orang lain. Berkumur, membasuh muka, dan mengusap telinga, ditujukan agar kita menggunakan mulut untuk menyebarkan keamanan,bercakap perkara-perkara yang baik dan kasih sayang, menggunakan mata untuk melihat nilai-nilai kebenaran dan melihat kebesar ciptaan Allah SWT, dan menggunakan telinga untuk mendengar nilai kebaikan dan mendengar perkara-perkara yang baik.
Kita diperintahkankan berwuduk sekurang-kurangnya lima kali dalam sehari, iaitu untuk menjalankan solat lima waktu. Meski demikian, kita diharuskan berwuduk tidak hanya ketika hendak mendirikan solat, namun juga ketika hendak melakukan ibadah atau amalan yang lain, misalnya ketika membaca Al-Quran, mengikuti pelajaran, pengajian, dan memasuki masjid. Bahkan ketika kita hendak makan pun dianjurkan untuk berwuduk. '' Keberkahan makanan adalah dengan wuduk sebelum dan sesudahnya.'' (HR Abu Daud).
Banyak keutamaan wuduk yang dijelaskan Rasulullah SAW. Antara lain sebagaimana diriwayatkan Thabrani dari Ubadah bin Shamit, bahawa Rasulullah SAW bersabda,'' Jika seorang hamba menjaga solatnya, menyempurnakan wuduknya, rukuknya, sujudnya, dan bacaannya, maka solat akan berkata kepadanya, 'Semoga Allah SWT menjagamu sebagaimana kamu menjagaku', dia naik dengannya ke langit dan mempunyai cahaya hingga sampai kepada Allah SWT dan solat memberi syafaat kepadanya.''
Berwuduk merupakan perkara yang mudah dilakukan, tetapi perlu istiqamah dalam implementasinya. Seorang hamba yang banyak berwuduk akan mudah dikenali Rasulullah SAW di hari kiamat nanti kerana memiliki ciri khas tersendiri. '' Muka dan tangan kita nanti di hari kiamat berkilauan bekas dari berwuduk.'' (HR Muslim)
0 comments:
Post a Comment