Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah
waktu
asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji
penghabisan [Wada*].
Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika
ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas peneri-maannya
untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut.
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta
beliau pun duduk perlahan-lahan.
Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:
"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan
urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah
s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu
kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini
adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah.Setelah Rasulullah
s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun
menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s..
Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun
gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah
sempuma."
Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu,
maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah
lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra.
menangis dari pagi hingga ke malam.
Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para
sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah
Abu Bakar r.a. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang
telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu?
Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempuma."
Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun
berkata: "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang
menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu
telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan
turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kita
dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para
isteri nabi menjadi janda."
Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah
mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis
dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para
sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w.
tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para
sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar
r.a. dan kami men-dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat
di hadapan rumah beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar
keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w.
dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a..
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka
Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan
bertanya: "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?."
Kemudian Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a.
mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu
wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu
Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a.
adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua
telah hampir dekat."
Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w.,
maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan,
sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat
yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga
gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing
dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut
menangis.
Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi
satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami
hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari,
ada pula yang mengatakan beliau hidlip sehingga 50 hari selepas
turunnya ayat terscbut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama
35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21
hari.
Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal
azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpul para Muhajirin dan
Anshar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w.
menunaikan solat dua raka'at bersama semua yang hadir. Setelah
selesai mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan
berkata:
"Alhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah
seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah SWT dengan
izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih
sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada
sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun
dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."
Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah
seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi
ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan
kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengemukakan
hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya dalam Perang
Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta
anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda
dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah
mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang
mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh
itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya atau hendak
memukul unta tersebut."
Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja
memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal
r.a.: "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat
aku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil
meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: "Rasulullah telah
menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."
Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam
dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan
berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal,
saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengambil
tongkat beliau."Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk
apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah,
Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash."
Bertanya Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang
sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?."Bilal r.a. tidak
menjawab pertanyaan Fatimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a.
memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu
kepada Rasulullah s.a.w.
Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a.
maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang
demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil
berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w.
tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w.
mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera
beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua
sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu
berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku
adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh
itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah
s.a.w." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu
sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui
isi hatimu."
Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah,
bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah
s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash
Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun
berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua." Berkata
Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak
memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda
telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah
s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju
maka menangislah semua yang hadir.
Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia
pun mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya
Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan
begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan
oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya
dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w.
berkata: "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat
ahli syurga, inilah orangnya."
Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka
terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah
pun berkata: "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar
bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan
Rasulullah s.a.w. di dalam syurga."Apabila ajal Rasulullah s.a.w.
makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti
Aisyah r.a. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga
Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua
agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala
perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu
semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba
kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai
ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah
menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya.
Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu
semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih.
Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas
balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua
keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan mensolatkan
aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan mensolat aku ialah Jibril
a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan
yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya.
Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-rarnai bersolat ke
atasku."
Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat
hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan
berkata: "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus
kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi
kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan
perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang
akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?."Kemudian
Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan
kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah
aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya
pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu
ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu
persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua
kembali kepada AI-Quran dan Hadisku dan sekiranya hati kamu itu
berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati."
Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah
s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18
hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab
diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat
pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah
berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun
pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah
Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi
salam: "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah
r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah
Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun
kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.
Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi
ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi,
kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan
baginda berkata; "Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini
semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat
subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-
kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid
sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh
musibah." Sebaik sahaja Bilal r.a. sampai di masjid maka Bilal r.a.
pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w.
katakan kepadanya.
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar
kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga
ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam
masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah
r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fatimah r.a.
pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke
masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin
Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus
pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka
beliau pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada
Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku
akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari
pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."
Setelah berkata demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah
beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat
lzrail: "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-
baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah
kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu
pergi ke rumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau ia
izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak
izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."
Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t.
maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi.
Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w.
maka ia pun memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia baitin
nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" [Mudah-mudahan
keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah
nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?" Apabila Fatimah
mendengar orang memberi salam maka iapun berkata; "Wahai hamba
Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin
berat."
Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan
kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w.
dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah,
siapakah di depan pintu itu." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya
Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah
katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya
dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa menggigil badan
saya." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahukah
kamu siapakah orang itu?." Jawab Fatimah; "Tidak ayah." Dia adalah
malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu
syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan
semua rumah serta meramaikan kubur." Fatimah r.a. tidak dapat
menahan air malanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan
dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.
Apabila Rasullillah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka
beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah
orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku."
Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka
malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya
Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu,
wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?"
Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk
menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan,
kalau kamu tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah
s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata
lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat
sedang memuliakan dia."
Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat
kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan
Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril,
tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku
memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril,
beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah
s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah
dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua
pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah
berhias menanti kehadiran rohmu."
Berkala Rasulullah s.a.w.: "Alharndulillah, sekarang kamu katakan
pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril
a.s.: "Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam
syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang
semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata
Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang
rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail,
dekatlah kamu kepadaku."
Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya
sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril,
alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan
dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu.
Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun
berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?"
Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang
sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?"
Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah
sampai di dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar
kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke
atasmu." Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika
menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau
sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan
Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda
Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata
kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah
menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu
terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang
mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua
belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."
Pembaca sepatutnya mengalirkan air mata semasa membaca kisah ini.
Berapa ramaikah kita menangis mengenangkan kisah nabi, mungkin yang
paling banyak orang yang menangis ialah apabila mereka melihat wayang
yang berunsur sedih.
0 comments:
Post a Comment