Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian
Milford Sound in New Zealand

5 Hotel Tertinggi Di Dunia

5. Baiyoke Tower II
Lokasi: Bangkok, Thailand

 Dibuka pada tahun 1998, Bayoke Tower II menjadi bangunan tertinggi di Thailand dan hotel tertinggi di Asia Tenggara. Tinggi sekitar 304 meter atau 328 meter jika antena di atasnya ikut dikira. Mempunyai 85 tingkat & 673 bilik.


 4. Jumeirah Emirates Towers
Lokasi: Dubai, United Arab Emirates

 Terletak di Jalan Sheikh Zayed, tepat di tengah2 kawasan perniagaan di Dubai, Jumeirah Emirates Towerseringkali disebut sebagai hotel untuk perniagaan terbaik di dunia. Rangking ke-33 bangunan tertinggi di dunia, bangunan yg diperbuat daripada besi dan kaca ini mempunyai 56 tingkat dan tinggi 309 meter.

Hotel Jumeirah Emirates Towers dibuka pada tahun 200 dan dibentuk semula pada tahun 2005. Ada 400 bilik, 40 luxury suites dan lebih dari 15 restoran, bar dan lounge. Sewa bilik di hotel ini yang paling murah adl 1100 dollar.
 
3. Burj al Arab
Lokasi: Dubai, United Arab Emirates
Burj al-Arab merupakan sebuah hotel mewah yang terletak di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Bangunan Burj al-Arab, direka oleh Tom Wright, mencapai ketinggian 321 meter dan adalah bangunan tertinggi yang sepenuhnya digunakan sebagai hotel. Bangunan ini berdiri di sebuah pulau buatan yang berada 280 m lepas pantai di Teluk Parsi. Burj al-Arab dimiliki oleh Jumeirah.

Hotel ini sering disebut sebagai hotel bintang tujuh. Hal ini dianggap sebuah hiperbola oleh orang-orang di bidang pelancongan. Hal ini juga dilihat sebagai cara untuk "mengalahkan" hotel-hotel lain yang menyebut hotelnya bintang enam. Malangnya, hampir seluruh sistem kedudukan hotel di dunia mempunyai batas bintang lima. Menurut laman web rasmi Burj al-Arab, hotel ini adakah sebuah "hotel deluks bintang lima".
 
 2. Ryugyong
Lokasi: Pyongyang, North Korea

Hotel Ryugyong (atau Hotel Ryu-Gyong atau Hotel Yu-Kyung) adalah menara pencakar langit yang pembangunannya masih berlanjutan setelah sempat terhenti kerana mengalami kesulitan pembiayaan yang dialami oleh Kerajaan Korea Utara. Menara ini akan dijadikan hotel di Sojang-dong, di Daerah Potong-gang, Pyongyang, Korea Utara. Nama hotel ini berasal dari nama bersejarah Pyongyang: Ryugyong. Hotel ini mempunyai 105 tingkat dengan tinggi 330 meter.

Dengan 3000 bilik yang sedia, Hotel Ryugyong menjadi kerugian yang amat besar kerana belum siapnya hotel ini. Oleh kerana itu, Korea Utara kembali mengerjakannya pada bulan April 2008, setelah 16 thn terhenti. Masih belum diketahui bagaimana jadinya, kerana kerajaan Korea Utara yang bersifat tertutup.
 
 1. Rose Tower
Lokasi: Dubai, United Arab Emirates
Rose Tower merupakan sebuah pencakar langit setinggi 333 meter (1,093 kaki) bertingkat 72 di Jalan Sheikh Zayed, Dubai, UAE, tetapi konstruksinya belum selesai. Menara ini, yang mana konstruksinya bermula pada 2004, dirancang akan setinggi 380 m (1,247 kaki), tetapi tinggi asalnya dikurangkan pada modifikasi rancangan. Walaupun tingginya dikurangkan, menara ini menjadi hotel tertinggi di dunia, Rose Rotana Suites, melampaui Burj Al Arab pada ketinggian 321 m (1,053 kaki), juga di Dubai. Pada 24 Oktober 2006, bangunan ini mencapai tinggi asal dengan tambahan di kemuncaknya.

Share/Bookmark

0 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..