Shy Pat Tombs mula memceburi bidang angkat berat ini sejak enam tahun lalu. Ia memceburi sukan ini kerana ingin menurunkan berat badan dan meningkatkan keyakinan dirinya.
Wanita berambut perang ini digelar The Mighty Atom oleh rakan-rakan gymnya. Pat sekarang mampu mengangkat hampir 100 kilogram, yang dua kali lebih berat dari badannya sendiri.
Pat juga berjaya meraih tiga catatan di kelompok usianya untuk kelas squat, bench press dan deadlift pada pertandingan angkat berat di Bournemouth.
"Setelah saya memecahkan rekod di setiap kategori, hal ini membuat saya senang dan ini merupakan perasaan yang luar biasa," ujar Pat, seperti dipetik dalam The Sun, (11/12/2012). Saat ini Pat bekerja sebagai pelatih peribadi gym di Essex dan dia berharap kisahnya akan menginspirasi pesara lain yang seusia dengannya untuk mencuba dalam bidang angkat berat.
"Pesara adalah waktu yang tepat untuk mencuba perkara yang berbeza dan saya fikir banyak orang akan terkejut dengan kemampuan mereka."
0 comments:
Post a Comment