Dalam jurnal Heart and Circulatory Physiology disebutkan bahawa dengan menguji salah satu elemen tubuh (jari kaki), seseorang boleh tahu jantungnya masih sihat atau tidak, bahkan di tengah-tengah bercuti sekalipun.
Caranya mudah, hanya dengan duduk di lantai dengan kaki diluruskan ke depan dan jari kaki mengarah ke atas. Setelah itu cubalah mencapai dan menyentuh hujung jari kaki dengan tangan. Jika anda cukup fleksibel untuk menyentuh jari kaki ertinya jantung anda masih sihat dan fleksibel juga.
Dalam kajiannya, penyelidik dari University of North Texas dan beberapa penyelidik Jepun mengambil 526 peserta antara umur 20 hingga 83 tahun. Peserta kemudian mengikuti ujian fleksibiliti tubuh sambil diukur tekanan darah, saluran arteri dan aktiviti jantungnya.
Hasilnya, penyelidik mencari kaitan antara tubuh yang tidak fleksibel dengan saluran arteri yang tidak fleksibel, terutama pada peserta di atas umur 40 tahun.
Mereka yang gagal dalam ujian fleksibiliti tubuh dan gagal mencapai hujung jari kaki ternyata mempunyai saluran darah yang kaku, dan bermaksud keupayaan jantung menjadi kurang baik, berkesan dan risiko penyakit jantung pun meningkat.
Penyelidik Jepun Dr Yamamoto berkata, walaupun teori antara hubungan otot punggung dan kaki dengan otot di berhampiran jantung masih samar-samar, tapi dengan adanya kajian ini cukup membantu.

Kekejangan otot punggung, kaki dan saluran jantung yang saling berkaitan itu kerana komposisi kolagennya yang sama.
"Jika anda boleh menyentuh jari kaki ketika duduk lurus, jantung anda bererti masih cukup baik. Tapi jika tidak boleh, mungkin anda perlu berjumpa dnegan doktor," ujar Dr Yamamoto, seorang penyelidik Jepun seperti dipetik dari New York Times.
Namun Yamamoto menyebutkan tidak selamanya otot kaku adalah petanda penyakit jantung, hanya mungkin jantungnya kurang fit dan sihat saja dari yang sepatutnya.

3 comments:
Lawati: http://www.facebook.com/pages/Farrali-Health-Natu... atau http://farrali.com.my/health-naturale-eecp/ InsyaAllah dapat membantu masaalah jantung tanpa pembedahan...lebih murah..selamat..dan berkesan. Atau hubungi En Yazry 0196681786
Lawati: http://www.facebook.com/pages/Farrali-Health-Natu... atau http://farrali.com.my/health-naturale-eecp/ InsyaAllah dapat membantu masaalah jantung tanpa pembedahan...lebih murah..selamat..dan berkesan. Atau hubungi En Yazry 019668786
Post a Comment