Spesies menyerupai burung(Archaeoptryx) yang diketahui selama ini sebagai nenek moyang burung ternyata bukanlah burung pertama. Sebelumnya, sudah ada spesis berbulu di zaman dinosaur yang diyakini sebagai spesies purba dari burung yang ada hari ini.
Penemuan dinosaur berbulu ini sekaligus mengubah cara manusia melihat burung serta evolusinya, ujar para saintis, seperti dipetik Daily Mail, Sabtu 26 Januari 2013.
Fosil unggas sepanjang 30 cm menjadi bukti kuat bahawa sesungguhnya ada burung yang melayari langit Bumi di zaman dinosaur. Kehadirannya menentang asal-usul spesies unggas selama ini.
Sebelumnya, para saintis percaya bahawa burung telah berubah daripada dinosaur sejenis Theropods, dari awal zaman Cretaceous, sekitar 120-130 juta tahun yang lalu.
Namun, penemuan baru di daerah Timur Laut China ternyata jauh lebih tua berbanding Theropod yang hidup di pertengahan zaman Jurassic.
Saintis menganggarkan, Eosinopteryx berada di Bumi lebih dari 145 juta tahun yang lalu.
"Penemuan ini menggugurkan keraguan lebih lanjut tentang teori sebelumnya, bahawa fosil Archaeoptryx yang terkenal dan disebut-sebut sebagai burung pertama. Dan penemuan ini sangat penting bagi evolusi burung moden," kata Dr Gareth Dyke, pensyarah kanan untuk vertebrate Palaeontology dari University of Southampton.
"Penemuan ini sekaligus menunjukkan bahawa asal-usul burung atau unggas jauh lebih rumit daripada yang dianggarkan sebelum ini," jelas Dyke.
Menurut analisa pada fosil, burung purba Eosinopteryx memiliki tubuh berbulu dan tidak boleh terbang. Kerana, lebar sayapnya terlalu kecil, dan lagi pula struktur tulangnya menyekat kemampuannya untuk mengepakkan sayap.

0 comments:
Post a Comment