Dalam video yang boleh dilihat di Youtube, dilaporkan Daily Mail, seorang nelayan bernama Eyad Almadoun mengaku terkejut melihat pemandangan tersebut. dia mengatakan, ikan pari ini terakhir dilihat di pantai Gaza enam tahun lalu. Dia berkata, biasanya warga Gaza mendapatkan ikan ini dari Mesir yang dihantar melalui terowong bawah tanah. Selain menyukarkan, harganya juga sangat mahal.
Dia berkata, ini bukan kali pertama ikan terdampar di pantai tersebut. Sehari sebelumnya,
katanya, 220 ekor ikan terdampar dipantai, dan dia yakin esok ikan yang terdampar akan lebih banyak
lagi."Hari ini Tuhan memberikan untuk kami, "kata dia. Ikan pari Mobula ini mempunyai ciri sama dengan ikan pari manta. Mobula boleh mencapai panjang hingga lima meter dan berat lebih daripada 76 kilogram. Satu kilonya, ikan jenis ini dijual di Gaza dengan harga
enam atau tujuh shekel. Ramai warga Gaza memotong ikan-ikan tersebut dan mengangkutnya menggunakan
gerabak. "Kini baik orang kaya dan miskin boleh memasak ikan ini dan memakannya dengan nasi atau
tomato, "kata Almadoun. Saintis ikan pari terkemuka dunia dari Kampus Santa Rosa di California,
Amerika Syarikat, Bob Rubin, juga mengaku hairan dengan fenomena ini. Dia berkata, ikan jenis ini
biasanya berenang dalam kawanan besar dalam bilangan beribu-ribu.
"Peristiwa ini sangat aneh dan saya tidak pernah menemuinya. saya telah bekerja di Teluk California
bertahun-tahun di mana banyak sekali terdapat sekumpulan mobula, tapi saya tidak pernah melihat
terdampar banyak seperti ini, "kata dia. Terdapat luka di bahagian sirip ikan-ikan pari yang terdampar di Gaza. Bob tidak boleh memastikan penyebab luka tersebut, apakah terkena perahu atau batu karang.
"Saya perlu melihatnya secara langsung," kata dia. Wilayah Gaza disekat Israel selepas Hamas menguasai wilayah itu pada tahun 2007. akibat sekatan tersebut, bahan makanan, pakaian dan bahan bangunan tidak boleh masuk ke Gaza. Warga Gaza hidup serba kekurangan, hanya bergantung kepada bantuan daripada lembaga kemanusiaan dan barang-barang yang diseludup dari terowong menuju Mesir.
===== Mari Berdoa =====
Ya Allah sungguh hebat mukjizat yang kau tunjukkan kepada kami. memang benar Ya Allah .., bila
Engkau sudah berkehendak, biarpun seluruh manusia mencabar. tak ada yg boleh menghalang. dan bila
Engkau sudah bersetuju, biarpun seluruh manusia menghalang, tidak akan mampu. Ya Allah tetap luruskanlah kami dalam mencari rezeki di jalan yg halal ya Allah. Aaamiiiin.
0 comments:
Post a Comment