Rasulullah bersabda:
"Tidak ada seorang yang memenuhi satu bekas yang lebih buruk dari pada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap yang dapat menegakkan tulang punggungnya. Kalau harus memenuhinya maka hendaklah yang sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk nafas. "(HR. Ahmad, Tirmizi dan lainnya).
Ilmu pengetahuan telah sampai pada kesimpulan bahawa kegemukan dari segi kesihatan dianggap satu kesalahan dalam nutrisi. Hal itu disebabkan oleh pengumpulan kolestrol atau tidak stabilnya endocrine (Ghuddah shamma ', cecair dalam tubuh).
Faktor keturunan tidak mempunyai peranan besar dalam kegemukan sebagaimana yang diyakini oleh sebahagian orang. Kajian ilmiah menegaskan bahawa kegemukan mempunyai kesan yang berbahaya bagi badan manusia.
Sebuah syarikat insurans di Amerika mengeluarkan data statistik yang menyatakan bahawa semakin panjang diameter perut seseorang, maka semakin pendek umurnya. Seseorang yang dia perutnya melebihi diameter dadanya prosentasi kematiannya lebih besar.
Faktor keturunan tidak mempunyai peranan besar dalam kegemukan sebagaimana yang diyakini oleh sebahagian orang. Kajian ilmiah menegaskan bahawa kegemukan mempunyai kesan yang berbahaya bagi badan manusia.
Sebuah syarikat insurans di Amerika mengeluarkan data statistik yang menyatakan bahawa semakin panjang diameter perut seseorang, maka semakin pendek umurnya. Seseorang yang dia perutnya melebihi diameter dadanya prosentasi kematiannya lebih besar.
Kajian ilmiah juga menyebutkan bahawa penyakit gula kebanyakan mengenai orang yang gemuk, bukan orang yang normal.
Kegemukan juga boleh mengganggu fungsi anggota badan yang lain terutama
jantung, di mana kolesterol yang akan menduduki sebahagian tempat yang
kosong dari saraf-saraf jantung. Hal itu sangat mempengaruhi kerja jantung.
Sungguh benar sabda Rasulullah akan kegemukan dan kolesterol. Beliau bersabda, "Perut besar adalah sarang penyakit."
Sungguh benar sabda Rasulullah akan kegemukan dan kolesterol. Beliau bersabda, "Perut besar adalah sarang penyakit."
Kajian ilmiah melarang penggunaan ubat-ubatan untuk menurunkan berat badan kerana sangat berbahaya.
Kajian ilmiah juga menunjukkan bahawa penyelesaian terbaik untuk
menurunkan dan menjaga berat badan adalah mengikuti apa yang
diperintahkan Allah SWT agar tidak berlebih-lebihan dalam makan, dan
mengikuti anjuran Rasulullah dalam cara makan seperti yang tertera dalam
hadis yang kita sebutkan sebagai penerapan firman Allah Taala,
"Wahai anak Adam, gunakanlah perhiasanmu pada setiap masjid, makanlah, minumlah dan jangan berlebih-lebihan sesungguhnya dia tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan." (QS. Al-A'raf: 31).
Dengan demikian Islam telah mendahului ilmu barat moden sejak lebih
dari 14 abad yang lalu dalam menganjurkan pentingnya keseimbangan dalam
makan minum dan memberi amaran bahaya berlebih-lebihan dalam hal diatas.
Rasulullah bersabda: "Asal segala penyakit ialah kekenyangan."
(Hadis ini disebutkan oleh Suyuthi dalam kitab Jami'us Soghir).
Hadis ini termasuk penggunaan yang jelas dalam menjaga kesihatan alat
pencernaan, yang bererti menjaga badan secara keseluruhan dari bahaya
keracunan yang ditimbulkan akibat kekenyangan; akibat perut besar kerana
makanan yang melibihi kapasiti kerjanya. Juga yang ditimbulkan oleh keharusan mencerna makanan baru sebelum yang pertama selesai dicerna.
Semua itu mengakibatkan sulitnya pencernaan dan pengasaman perut yang
dapat menyebabkan terjadinya radang-radang tajam yang menular yang
terus-menerus, akibat dari menetapnya bakteria-bakteria yang mengalirkan
racun melalui aliran darah.
Keadaan seperti ini akan mempengaruhi alat saraf, alat pernafasan, alat buang air dan alat-alat lain yang merupakan alat vital dalam badan sehingga akan menyebabkan gangguan dalam fungsi masing-masing.
Dari sini kita boleh menyimpulkan bahawa sumber pokok dari timbulnya
segala penyakit itu berlebih-lebihan dalam makan sehingga menjadi
kekenyangan yang mengakibatkan adanya banyak penyakit sebagaimana yang
dinyatakan kajian ilmu perubatan moden.Keadaan seperti ini akan mempengaruhi alat saraf, alat pernafasan, alat buang air dan alat-alat lain yang merupakan alat vital dalam badan sehingga akan menyebabkan gangguan dalam fungsi masing-masing.
0 comments:
Post a Comment