Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian
Milford Sound in New Zealand

Susu ibu mencegah dari kanser payu dara

 
Penyelidikan-penyelidikan dan kajian-kajian tentang manfaat menyusui secara semulajadi masih terus berjalan, Subhanallah! Manusia merasa hairan dan kagum terhadap air susu semulajadi ini, yang Allah SWT telah anugerahkan untuk anak-anak (bayi).
 
Satu kajian saintifik baru-baru ini menunjukkan bahawa menyusui secara semulajadi, sangat membantu dalam mengurangkan risiko kanser payudara di kalangan para wanita yang berasal dari keluarga yang mempunyai sejarah penyakit ini.

Kajian yang telah dilakukan terhadap lebih dari 60 ribu wanita ini menerangkan bahawa menyusui anak (bayi) selama tempoh tiga bulan, bersamaan dengan mengambil ubat yang telah diketahui untuk mencegah penyakit ini (kanser payudara) dan (ubat itu) bernama "tamoxifen" selama lima tahun.
 
Dr Ellison M. Stoib dari University of North Carolina, yang melakukan kajian ini berkata: "Perubatan yang kami persembahkan untuk para wanita yang mempunyai risiko kanser payudara adalah" Tamoxifen ", sebagai pencegahan / perlindungan dari kanser payudara".

Dia menambah: "Akan tetapi kajian ini telah memberikan khabar gembira bagi wanita yang mempunyai sejarah penyakit ini dalam keluarganya, dan bagi wanita yang ingin mengurangkan risiko dijangkiti penyakit ini."

Stoib mengisyaratkan bahawa banyak dari para penyelidik yang dahulu menghubungkan antara penyusuan secara semulajadi dengan pengurangan risiko penyakit ini. Namun hasil-hasil ini berasal dari kajian-kajian yang secara asas bergantung pada ingatan para wanita yang berdaftar dalam penyelidikan tersebut.

Para penyelidik mendapati bahawa menyusukan secara semulajadi tidak mengurangkan risiko terjangkitnya penyakit ini pada wanita yang tidak mempunyai sejarah penyakit ini dari sisi keluarganya.
 
Adapun wanita yang saudara perempuannya, atau ibunya atau anak perempuannya dijangkiti penyakit ini, maka menyusui secara semulajadi mengurangkan risiko jangkitan penyakit ini sebanyak 59 peratus. Satu peratusan yang lebih tinggi dari peratusan yang dicapai dengan mengambil tamoxifen selama lima tahun, pada keadaan wanita yang sama. Kerana ubat tersebut (Tamoxifen) hanya mengurangkan risiko terjangkitnya penyakit ini sebanyak 50 peratus sahaja.

Saudaraku yang kami cintai kerana Allah SWT! Ada beratus-ratus kajian yang menguatkan bahawa menyusui secara semulajadi  lebih baik daripada susu lembu bagi bayi. Dan pada hari ini datang kajian-kajian untuk membuktikan manfaat menyusui secara semulajadi bagi ibu dan manfaatnya dalam memberikan perlindungan dari kanser payudara, iaitu suatu penyakit yang telah merebak secara meluas akhir-akhir ini.

Dari sini kita mengetahui kenapa al-Quran memerintahkan para ibu untuk menyusukan anak-anak mereka, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
 

(وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ) [البقرة: 233]. 
 
”Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan pernyusuan….”(QS. Al-Baqarah: 233
 
Dan bahkan, dalam keadaan ibu tersebut tidak mampu untuk menyusui anaknya atau dalam keadaan berlaku permasalahan keluarga antara suami isteri, Allah SWT tidak memerintahkan kita untuk memberi anak kita susu lembu contohnya. Akan tetapi Dia memerintahkan kita untuk menyusukannya kepada wanita lain. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
 
 
(وَإِنْ تَعَاسَرْتُمْ فَسَتُرْضِعُ لَهُ أُخْرَى) [الطلاق: 6]. 
 
... Dan jika kamu menemui kesukaran (tidak bersepakat dalam malah penyusuan anak tersebut) maka hendaklah perempuan lain menyusuinya (anak itu).”(QS. Ath-Thalaq: 6
 
Dan ini mengajak kita untuk merenungkan / memikirkan ajaran-ajaran Islam, dan membandingkannya dengan ajaran "ateisme" yang tidak memberikan kepada penganutnya kebaikan sedikitpun. Yang mana kita mendapati bahawa Islam menginginkan kebaikan di dunia dan akhirat bagi orang-orang yang beriman.
 



Renungan Keimanan 
Seandainya kita melihat kemajuan besar di dalam teknologi makanan / nutrisi dan kita melihat teknik yang baru dan menakjubkan dalam industri susu, kita mendapatkan bahawa teknik ini lemah tidak berdaya di hadapan susu yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk anak-anak dari payudara ibu mereka.

Para saintis menyatakan secara tegas bahawa jenis susu yang terbaik adalah air susu ibu, dan sesungguhnya tidak mungkin untuk meniru susu ini, secanggih apa pun teknik dan alat yang digunakan. Di sini kami teringat firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
 

(هَذَا خَلْقُ اللَّهِ فَأَرُونِي مَاذَا خَلَقَ الَّذِينَ مِنْ دُونِهِ بَلِ الظَّالِمُونَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ) [لقمان: 11]. 
 
”Inilah ciptaan Allah, maka perlihatkanlah olehmu kepadaku apa yang telah diciptakan oleh sembahan-sembahan (mu) selain Allah.Sebenarnya orang-orang yang zalim itu berada di dalam kesesatan yang nyata.” (QS. Luqman: 11
 
Dan kami katakan kepada semua saudaraku yang merasakan kesempitan dunia: "Allah SWT telah menghantar untukmu jenis makanan terbaik, ketika anda masih bayi, lemah, tidak mampu untuk melakukan apa-apa, dan tidak boleh mengatakan apa-apa. Maka apakah Sang Pencipta Yang Maha Agung ini akan melupakanmu padahal engkau mengatakan: "Ya Allah!"

Oleh kerana itu, wahai saudara-saudaraku tercinta janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, dari rezeki dan kurnia-Nya. Padahal Dialah yang berfirman:
 

(وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا * وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا) [الطلاق: 2-3].


”…Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu…”(QS. Ath-Thalaq: 2-3


Share/Bookmark

0 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..