Media Rusia, Ria Novosti, memberitahu bahawa tentera Ukraine menjalankan program mempersejatai lumba-lumba. Mamalia air itu dilatih menggunakan pisau atau pistol yang dipasang di kepalanya untuk menyerang. Disebut juga bahawa mereka boleh memasang bom di kapal lawan serta mengesan periuk api di laut.
Dilaporkan wowkeren, Laporan itu muncul kerana diketahui ada 3 lumba-lumba jantan yang lepas dari kem latihan ketenteraan di Sevastopol pada Februari lalu. Dipercayai lumba-lumba itu mengejar ikan betina kerana memasuki musim mamalia itu untuk mengawan.
"Latihan ketenteraan untuk lumba-lumba memang giat dilakukan pada tahun 1980-an," kata bekas pegawai tentera laut Kesatuan Soviet, Yury Playchenko. "Jika lumba-lumba jantan berjumpa ikan betina ketika musim mengawan maka dia akan dilepaskan, tapi mereka akan kembali seminggu kemudian."
Sedangkan pihak tentera membantah adanya program mempersejatai lumba-lumba untuk bertempur. Meski telah dibantah namun penggunaan haiwan sebagai alat perang masih menjadi perbualan hangat oleh orang awam. Dikatankan tentera Amerika juga mengunakan ikan lumba-lumba dan anjing laut 40 tahun dahulu dalam peperangan di Vietnam dan Teluk.
0 comments:
Post a Comment