Lebih unik, tokoh superhero itu seorang buta mata. Tapi dia mampu menumpaskan kejahatan dengan "penglihatan khusus", iaitu menggunakan getaran suara (Echolocation). Banyak yang menilai kemampuan super ini hanya fantasi sang penulis cerita. Tetapi siapa sangka jika kemampuan itu (Echolocation) benar-benar ada di dunia nyata.
Echolocation adalah kemampuan seseorang untuk mengesan benda-benda di persekitaran mereka dengan merasakan getaran dari benda yang berada di sekitar. Mereka melakukannya dengan aktif mencipta bunyi, contohnya dengan menekan tongkat, melakukan pijakan atau membuat suara dari mulut mereka.
Salah satu manusia luar biasa yang mempunyai keupayaan echolocation adalah Daniel Kish. Lelaki kelahiran Montebello California AS 1966. Kisah silam beliau bermula apabila beliau mengalami cacat penglihatan sejak masih bayi lagi. Kanser retina mata membuatnya tidak boleh melihat sejak berusia 13 bulan. Sejak musibah itu, dia lalu mengembangkan kemampuan echolocation.
Dia cuba memetakan lingkungan sekitarnya melalui gelombang atau getaran yang dia ciptakan dari mulutnya. Sejak awal dia tidak mahu menggunakan tongkat kerana dianggapnya sebagai alat "orang kurang upaya". Dia merasa dirinya tidak cacat sama sekali.
0 comments:
Post a Comment