Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian
Milford Sound in New Zealand

Bukti Terkuat Adanya Air di Marikh

 NASA Jejak Aliran Air di Marikh yang diambil dengan lensa kamera Mastcam milik Curiosity pada 14 September 2012 dan dikeluarkan oleh NASA pada 27 September 2012.



LOS ANGELES, - Jejak aliran air ditemui di Mars. Robot Curiosity menghantar imej batuan yang menunjukkan bahawa air pernah mengalir di planet yang dijangka dapat menyokong kehidupan tersebut.
Beberapa bukti yang menunjukkan aliran air pernah ada di Mars memang sudah didapati. Namun, bukti yang diperolehi Curiosity adalah yang terkuat, menunjukkan adanya batuan dan kerikil yang berbentuk melingkar, diduga oleh aliran air.
"Ada aliran yang cukup kuat di permukaan Marikh. Kami senang dengan penemuan kini," kata John Grotzinger dari California Institute of Technology (Caltech) yang terlibat misi seperti dikutip AP, Khamis (27/9/2012).
Menurut saintis, batuan dan kerikil kemungkinan besar dibawa oleh air dari jarak yang cukup jauh.
Rebecca Williams dari Planetary Science Institute di Tucson, Arizona, yang merupakan anggota pasukan penyelidik misi Curiosity mengatakan bahawa berdasarkan saiznya, tak ada kemungkinan batuan dibawa oleh angin.
Curiosity memang tidak menggunakan instrumen teknologi tinggi yang dimiliki untuk mengebor batuan dan menganalisis komposisi kimianya. Namun, cukup dengan melihat imej yang dihantar, Grotzinger yakin bahawa air memainkan peranan dalam pengangkutan batuan itu.
Mars saat ini memang berupa gurun kering. Namun, kajian geologi sebelumnya mendedahkan bahawa dahulu Mars lebih basah dan hangat, membolehkan adanya air dalam bentuk cair.
Bill Dietrich dari University of California, Berkeley, mendedahkan bahawa belum diketahui berapa lama air ada di Mars. Namun, diperkirakan air cair boleh berada di planet merah selama ribuan hingga jutaan tahun.
Penemuan jejak aliran air di Marikh ini adalah awal yang baik bagi Curiosity. Wahana ini sendiri salah satunya bertugas menyiasat kemungkinan Mars menyokong kehidupan mikrob.
Untuk menyokong kehidupan, sekurang-kurangnya ada tiga syarat yang perlu dipenuhi, iaitu adanya air dalam bentuk cecair, tenaga seperti dari Matahari dan adanya molekul organik.
Meski wilayah jejak aliran alir tersebut ditemui mungkin dapat menyokong kehidupan, saintis tak yakin bahawa tempat tersebut boleh mengawetkan molekul organiik. Oleh itu, saintis tetap akan terus mengarahkan Curisoity ke Gunung Sharp, tempat yang dipercayai lebih berpotensi untuk penemuan molekul organik.
Curisoity mendarat di Mars 5 Ogos 2012 lalu di Kawah Gale, Mars. Sejak mendarat, Curiosity telah menghantar beberapa gambar menarik, termasuk gambar dirinya sesaat setelah mendarat dan jejak perjalanannya di Mars. Tujuan utama Curisoity adalah Gunung Sharp, gunung yang menjulang dari Kawah Gale. Curiosity adalah misi 2 tahun kos 2.5 juta dolar.


Share/Bookmark

0 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..