KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
JAWAPAN:
"Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja mengatakan; (Kami telah beriman), sedangkan mereka
tidak diuji? "Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum
mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan,
sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."Bahkan patutkah
orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan
terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan
itu."Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima
balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu
akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-5
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
JAWAPAN:
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; Boleh
jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi
pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
JAWAPAN:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung
dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata):
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa
atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada
kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada
orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan
maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah
rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami
untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"."
- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA?
JAWAPAN:
"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan
janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu),
padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan
mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh)
beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
JAWAPAN:
"Dan mintalah pertolongan (kepada
Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;"
- Surah Al-Baqarah ayat 45
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
- Surah Al-Imran ayat 200.
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
JAWAPAN:
"Sesungguhnya Allah telah membeli
dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka
dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan)
mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang
membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai
janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab)
Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih
menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan
jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa)
jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
JAWAPAN:
"Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah
bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang
mempunyai Arasy yang besar. "
- Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERTANYA : KENAPA SEMUA INI TERJADI
JAWAPAN:
Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi
itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang
yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam
Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia
mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu
daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap
sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu)
beriman.
-surah Yusuf ayat 111
0 comments:
Post a Comment