Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian
Milford Sound in New Zealand

Hidup Dengan Sekumpulan Serigala

Serigala dikenali sebagai haiwan buas, tapi bagaimana jika seorang manusia menjadi sebahagian daripada kawanan serigala? kisah menakjubkan dari Werner Freund mungkin dapat menjelaskan.
http://s1.ibtimes.com/sites/www.ibtimes.com/files/styles/article_slideshow_slide/public/2013/01/29/meet-wolf-man-german-researcher-werner-freund.jpg

Werner Freund berusia 79 tahun, seorang bekas penerjun payung dan sekarang menjadi penyelidik serigala dari Jerman yang telah menjadi sebahagian daripada sebuah kumpulan serigala. Bahkan, ia sudah menjadi bahagian kehidupan serigala selama 40 tahun. Werner hidup berkongsi makanan, dan membesarkan serigala muda di 'Wolfspark' terletak di Merzig, di wilayah Jerman Saarland. Hubungan erat antara Werner dan serigalanya cukup jelas terlihat dari cara dia berinteraksi dengan kawanan binatang buas ini.

http://www.tuxboard.com/photos/2013/01/homme-loup-Werner-Freund-12.jpg
 
Taman Wolfspark dihuni oleh serigala dari enam jenis yang berbeza di seluruh dunia, termasuk Siberia, Kutub Utara, Kanada, Eropah, dan Mongolia. Mereka sebahagian besar diperoleh ketika masih bayi dari taman haiwan atau taman binatang dan dibesarkan oleh Werner.

Acara rutin yang dilakukan Werner adalah memberikan makan melalui mulutnya. Awal Werner akan memanggil dengan cara khas serigala. Daging mentah berasal dari bekalan rusa disembelih. Serigala-serigala lapar semangat menghampiri, namun tidak berani bertindak sebelum Werner mengizinkan. Werner memastikan bahawa dia mengigit daging di giginya sebagai petanda dirinya adalah jantan yang dominan yang selalu mendapatkan gigitan pertama. Serigala-serigala lapar menunggu dan kemudian baru berani makan setelah ada isyarat dari Werner.
http://media.kunst-fuer-alle.de/img/37/m/37_10788.jpg
http://sphotos-b.xx.fbcdn.net/hphotos-ash4/c105.0.403.403/p403x403/382360_10151242369252511_1398784463_n.jpg

Pemberian Makanan adalah satu-satunya cara Werner memastikan dirinya mendapatkan rasa hormat daripada kawanan serigala dan cara itu terbukti berjaya. Ketika serigala tidak makan, mereka bermain-main, menjilat wajahnya sebagai tanda kepatuhan dan bermanja. Aksi ini kadangkala menyakitkan Warner, kerana serigala menunjukkan kegembiraan dengan riaksi keras menusuk muncung mulut serigala ke sudut mulutnya. Werner mempunyai bekas luka dan parut. Tetapi baginya kemesraan yang diperlukan untuk menjadi satu kawanan serigala. 
http://sphotos-b.xx.fbcdn.net/hphotos-ash3/22310_520897134588824_1070076010_n.jpg 
 

Share/Bookmark

0 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..