Memulakan pelayaran pertama dari Denmark, menuju Florida, AS. "Hotel" mewah terapung ini memiliki 2.700 bilik dan boleh menampung 6.300 penumpang ditambah 2.100 anak kapalnya. Hebat!
Ratusan warga bersorak kegirangan, memberi tepukan meriah ketika Oasis berjaya melepasi jambatan Great Belt Fixed Link dalam perjalanannya menuju Laut Baltik. Warga seperti histeria ketika kapal mendekati jambatan itu. Mendebarkan kerana kapal terlalu tinggi. Posisi kapal hanya berada setengah meter di bawah jambatan itu. Setelah petugas menurunkan cerobong asap teleskopik, barulah kapal boleh terlepas. Setelah kapal berjaya melepasi jambatan, ratusan warga yang berkumpul di kedua-dua hujung jambatan melonjak kegirangan dan berteriak, "Fantastic!" "Kapal itu sangat besar. Benar-benar fantastik menyaksikan kapal raksasa itu bergerak, "kata Kurt Hal (56).
"Kami bersyukur, kapal boleh melepasi jambatan tanpa insiden. Tidak ada yang jatuh, "tambah Ilvonen Toivo, Pengurus Projek STX Finland, syarikat pembuat kapal tersebut.
Ilvonen menceritakan kemegahan The Oasis of the Seas dengan kabin yang menawarkan serambi tersendiri. Setiap aras kapal menawarkan tingkap yang boleh ditolak. Kapal pun menawarkan bilik mewah sepanjang 487 meter dengan balkoni menghadap ke lautan lepas.
Pihak syarikat menjamin kapal itu akan berjaya dan menjadi kemegahan ke seluruh dunia. Kapal milik Royal Caribbean International ini dibina oleh STX Finland dengan kos 1.5 bilion dolar AS.
menaiki kapal ini akan membuat penumpang tidak merasa sedang berada di lautan, tetapi di rumah dengan kemudahan santai. Kapal ini memiliki 7 tempat awam, seperti sebuah taman di kawasan perumahan. Ada juga sebuah gelanggang ais, padang golf kecil, dan satu panggung wayang dari 750 kerusi. Pada waktu siang hari, panggung wayang ini berubah fungsi jadi kolam renang, manakala pada malam hari dapat ditukar menjadi panggung wayang terbuka menghadap kelautan lepas. Ada juga sebuah pawagam dalam bilik yang mampu menampung 1,300 orang. Kebiasaanya badan kapal dibina sebagai satu perpaduan yang sempurna. Namun, Oasis dirancang dengan memisahkan badan kapal menjadi dua bahagian. Di tengahnya ada taman hijau seluas padang bola.
Kapal yang mempunyai 16 tingkat ini juga memiliki kolam renang terbesar di dunia. kapal ini pun digelar The Floating City atau Bandar Terapung.
Kapal ini mempunyai satu padang bernama Central Park, yang diisi dengan ratusan butik, restoran, dan bar, termasuk bar yang dapat bergerak naik-turun tiga dek. Ini membolehkan pengunjung berada pada tahap yang berbeza dengan perasaan yang berbeza juga. Selain enam kolam renang, kapal ini mempunyai padang bola tampar, basket, dan zon golongan muda dengan taman tema. Kapal raksasa ini mempunyai bilik-bilik yang amat berbeza fungsinya.
Di kapal disediakan sebuah taman dengan tema "persekitaran". Taman ini diisi dengan tanaman bercirikan persekitaran tropika, dengan pohon palma. Kapal yang dibuat oleh 2.800 pekerja itu mempunyai panjang 360 meter dan berat 225.282 ton.

0 comments:
Post a Comment