Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian
Milford Sound in New Zealand

Negara Mana yang Warganya Paling Emosional?


Sebuah kajian terbaru mendedahkan negara mana warganya yang dalam tekanan dan kurang tekanan. Hasilnya menunjukkan Singapura adalah negara dengan penduduk paling tenang atau minimum perasan tertekan, sedangkan Filipina merupakan negara yang paling ramai penduduk dalam tekanan.
  Lembaga penyelidikan Gallup Worldwide Research Methodology melakukan kajian di 150 negara dengan kaedah wawancara melalui telefon dan tatap muka. Di setiap negara, lembaga ini menbuat bancian 1,000 orang berusia 15 tahun ke atas di antara tahun 2009 dan 2011. Para responden ditemuramah untuk mengetahui apakah mereka menyimpan lima emosi positif atau lima emosi negatif.
Lima emosi negatif tersebut adalah rasa marah, stress, sedih, sakit fizikal, dan rasa cemas. Adapun emosi positif berupa rasa cukup berehat, diperlakukan secara hormat, rasa gembira, tersenyum dan banyak tertawa, serta belajar dan melakukan sesuatu yang menarik. Penyelidik mengukur kadar emosi dengan membuat rata-rata peratusan warga di setiap negara yang mengaku mengalami setiap emosi, baik itu positif atau negatif.
Dari hasil bancian pendapat, Singapura tercatat sebagai negara yang paling tenang atau tanpa emosi berbanding dengan negara lain dengan hanya 36 peratus warganya mengaku mengalami pelbagai perasaan atau emosi tersebut setiap hari. Singapura diikuti oleh Georgia, Lithuania, Rusia, Madagascar, dan Ukraine sebagai negara dengan majoriti rakyatnya yang minimum menujukkan sikap emosi baik positif atau negatif.
Sementara itu, Filipina tercatat sebagai negara yang warganya yang paling banyak menunjukkan perasaan emosi. Ada sekitar 60 peratus warga Filipina yang menyatakan bahawa mereka merasakan 10 emosi (positif dan negatif) setiap hari. Filipina diikuti oleh El Savador, Bahrain, Oman, dan Colombia.
Penyelidik juga menganalisis emosi negatif dan positif secara berasingan. Mereka mencari warga di negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara yang paling banyak mengalami emosi negatif, sedangkan warga di Amerika Latin yang paling banyak merasakan emosi positif.
Menurut penyelidik, walaupun negara-negara yang mempunyai emosi negatif tertinggi mengalami masalah ekonomi, kekacauan, dan perang, penemuan ini juga menunjukkan bahawa memperbaiki pendapatan mungkin menjadi salah satu penyelesaian untuk memperbaiki kesejahteraan warga di negara tersebut. Meski Singapura merupakan salah satu negara dengan rata-rata pengangguran paling rendah di dunia dan rata-rata GDP tertinggi, warganya juga sukar mengekspresikan emosi positif.
Ini senarai negara dengan tahap emosi.Minimum Emosi:Singapura: 36%Georgia: 37%Lithuania: 37%Rusia: 38%Madagascar: 38%Ukraine: 38%Belarus: 38%Kazakhstan: 38%Nepal: 38%Kirgistan: 38%
Paling Emosional:Filipina: 60%El Salvador: 57%Bahrain: 56%Oman: 55%Colombia: 55%Chile: 54%Costa Rica: 54%Kanada: 54%Guatemala: 54%Bolivia: 54%Ecuador: 54%Republik Dominican: 54%Peru: 54%Nicaragua: 54%Amerika Syarikat: 54%

Share/Bookmark

0 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..