Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian

Pejabat Mark Parker (CEO Nike)

Dapatkah anda bayangkan design dan barang-barang yang ada didalam pejabat seorang CEO???
Tentu korang bayangkan sebuah pejabat yang mewah dan perabot yang mahal...
Ini semua tidak terjadi kepada CEO sebuah syarikat yang terkenal didunia iaitu Mark Parker(NIKE).
Pejabat beliau tidak seperti yang kita bayangkan...
Jom kita tengok apa kelainan pejabat orang tua ni >>>>



Share/Bookmark

Antara Burung, Cacing dan Manusia


Bila kita sedang mengalami kesulitan hidup kerana himpitan keperluan diri, maka cubalah kita ingat pada burung dan cacing. Kita lihat burung tiap pagi keluar dari sarangnya untuk mencari makan. Tidak terbayang sebelumnya kemana dan dimana ia harus mencari makanan yang diperlukan.Kerana itu kadangkala petang hari ia pulang dengan perut kenyang dan boleh membawa makanan buat keluarganya, tapi kadang makanan itu cuma cukup buat keluarganya, sementara ia harus "puasa". Bahkan seringkali ia pulang tanpa membawa apa-apa buat keluarganya sehingga ia dan keluarganya harus "berpuasa". Meskipun burung lebih sering mengalami kekurangan makanan kerana tidak punya "pejabat" yang tetap, apalagi setelah tempat mencari makannya banyak yang dimusnahkan oleh manusia, namun yang jelas kita tidak pernah melihat ada burung yang berusaha untuk bunuh diri. Kita tidak pernah melihat ada burung yang tiba-tiba menghenatk kepalanya ke batu. Kita tidak pernah melihat ada burung yang tiba-tiba menenggelamkan diri ke sungai. Kita tidak pernah melihat ada burung yang memilih meminum racun untuk menamatkan penderitaannya. Kita lihat burung tetap optimis akan makanan yang dijanjikan Allah. Kita lihat, walaupun kelaparan, tiap pagi ia tetap berkicau dengan merdunya. Nampaknya burung menyedari benar bahawa demikianlah hidup, suatu waktu berada diatas dan dilain waktu terhempas ke bawah. Suatu waktu kelebihan dan di lain waktu kekurangan. Suatu waktu kekenyangan dan dilain waktu kelaparan.

Share/Bookmark

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..