Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian

Tips Menghadapi kekasih yang Ego

Menghadapi orang ego tentu sangat menyebalkan. Anda harus sabar supaya tidak mudah terpancing kemarahan. Dan, bagaimana jika yang ego adalah kekasih anda sendiri? Mempunyai kekasih ego kadang boleh membuat diri anda bosan.Mungkin anda merasa ingin meninggalkannya, tapi hati ini berat kerana saling menyayangi. sedangkan ketika memutuskan untuk tetap bertahan, anda tidak kuat dengan sifatnya. serba salah bukan? Untuk itu, anda perlu tahu cara mengatasi kekasih yang ego. Cara-cara berikut juga biasanya sering digunakan dan terbukti berjaya untuk menjaga keharmonian hubungan dengan kekasih anda.


Mengalah bukan bererti kalah jika kekasih anda menunjukkan sifat egoisnya, anda jangan sampai ikut  suasana panas dan menjadi naik darah.

Cubalah mengalah. Kadang kekasih anda tetap bersikap ego walaupun dia salah. pada ketika itu, tetaplah mengalah. sikap mengalah anda akan membantu menyelesaikan masalah lebih cepat. setelah keadaan
semakin baik, jelaskan kesalahannya perlahan-lahan. Situasi tenang akan membuat kekasih anda lebih mudah faham dan tidak mudah emosi.
 


Cuba turuti keinginannya ketika dia ingin sesuatu, cuba dengan turuti dulu keinginannya. Selama keinginannya
tidak berbahaya diri anda dan baik untuk kebaikan hubungan, tidak ada salahnya menurut apa kemahuannya. Tetapi harus selalu anda ingat, menuruti kemahuannya bukan bererti sama dengan memanjakannya. Ini adalah dua perkara yang berbeza.
 


Berikan kritikan dan nasihat kadang-kadang seseorang bertindak ego tanpa dia sedari. Jika kekasih anda termasuk kategori ini. Cubalah untuk memberikan kritik dan nasihat. Katakan padanya bahawa tindakannya itu mementingkan diri dan merugikan orang lain atau anda. 

Komunikasi apabila keadan tenang ketika santai cubalah melakukan komunikasi akan sifat egoisnya. jangan terus menyalahkan kekasih anda. ungkapkan akibat dan kerugian daripada sifat egoisnya.

Komunikasi kecil dan ringan kadang-kadang boleh membuat kekasih anda sedar dan melakukan muhasabah diri.

Selalu berfikir positif dan percaya padakekasih anda. Berfikirlah positif dan percayai kekasih anda. Percaya pada orang yang anda sayangi.

Dengan demikian anda akan lebih mudah untuk memahami dan faham kekasih anda.

Itu adalah beberapa cara mengatasi kekasih yang ego. Seperti yang sudah dikatakan sebelumnya, berhadapan dengan orang yang ego tentu kadang membuat kita bosan. Namun, selama kita mampu
mengatasi sifat ego kekasih, kita akan mampu menjalin hubungan yang baik dan harmoni. Yang harus anda ingat, pada sebuah hubungan yang baik masing-masing pihak harus dapat menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangannya.
 

Share/Bookmark

0 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..