Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian
Milford Sound in New Zealand

7 Manusia yang luar biasa di dunia

Mungkinkah manusia mutan sudah jadi kenyataan seperti di filem X-Men? Entah. Kenyataannya 7 orang di bawah ini punya kemampuan di atas manusia normal. Terus sahaja kita lihat satu persatu.

1. Daniel Paul Tammet


Boleh jadi Daniel Paul Tammet manusia dengan otak yang super di dunia. Ia sangat hebat soal pengiraan matematik serta belajar bahasa baru dengan cepat. Ia memegang rekod Eropah untuk menghafal dan mengira nilai Pi ke angka 22.514 hanya dalam masa 5 jam.

Ia juga menguasai pelbagai bahasa seperti Inggeris, Perancis, Finland, Jerman, Sepanyol, Lithuania, Romania, Estonia, Iceland, Welsh dan Esperanto. Bahkan Daniel mencipta bahasa baru yang dipanggil Manti.

Pada kesempatan lain, ia dicabar oleh sebuah stesen televisyen Channel 5 untuk belajar bahasa Iceland. Daniel hanya diberi masa 1 minggu. Tujuh hari kemudian ia muncul di televisyen Iceland dan bertutur dengan bahasa tersebut sangat fasih. Orang-orang yang melihatnya cuma boleh berkata, "Ia bukan manusia."



2. Ben Underwood
Ben disahkan buta kerana kanser ketika masih berusia 3 tahun. Tapi ia tetap boleh bermain bola keranjang, basikal, serta menjalani kehidupan yang normal. Bagaimana ini boleh terjadi?

Ben punya kemampuan sonar. Ia belajar sendiri untuk menggunakan lokasi gema dari pantulan suara benda. Ia boleh menjentikkan jarinya sehingga memantul ke objek yang ia tuju. Kemampuannya sama seperti sonar pada lumba-lumba.

 

3. Daniel Browning Smith
Manusia getah di dunia nyata adalah Daniel Browning Smith, pemegang rekod di Guinnes Book of Record sebanyak 5 kali. Kebolehannya sudah dipertontonkan di banyak saluran televisyen, hingga filem seperti Men in Black 2 dan CSI: NY.


4. Michel Lotito
Michel Lotito ini digelar Monsieur Mangetout (Pemakan Segala). Dalam pertunjukan yang dilakukannya, Lotito biasa makan basikal, televisyen, hingga pesawat Cessna 150. Sudah tentu tidak dimakan sekaligus, tetapi dipotong-potong dahulu. Khusus pesawat Cessna, ia memerlukan masa dari tahun 1978 - 1980 untuk menghabiskannya.

Anehnya, ia tidak pernah menderita kesan negatif atas tindakan yang dilakukannya. Kemungkinan Lotito selalu mengambil minyak mineral dan minum banyak air semasa makan 'menu aneh' tersebut. Ia juga mempunyai usus dengan dinding lebih tebal 2 kali ganda berbanding manusia normal.

 

5. Liew Thow Lin
Lelaki 70 tahun yang berasal dari Malaysia ini mempunyai kemampuan magnetik pada kulitnya. Ia boleh membuat pelbagai objek melekat tanpa jatuh.
 

6. Kevin Richardson
Pawang haiwan buas, demikian gelaran yang sesuai disematkan pada Kevin. Dia mampu dengan mudah menjalin ikatan yang intim dengan berbagai binatang buas. Ia juga boleh menghabiskan masa semalam tidur bersama tanpa takut diterkam.

Sihirnya berlaku untuk singa, cheetah, harimau bintang, serta hyena. Boleh jadi dengan haiwan-haiwan lain. Namun setakat ini singa menjadi haiwan kegemarannya.



7. Claudio Pinto
Claudio Pinto kemampuannya memang unik, ia mampu menimbulkan sebahagian matanya keluar sekitar 4 cm (95% keluar dari rongganya).  

 


 



Share/Bookmark

0 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..