Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian
Milford Sound in New Zealand

Antara Gadget Tahan Lasak di Dunia

1. Kamera digital Panasonic dmc-ft3
Kamera poket paling tahan lasak pada masa ini adalah panasonic ft3. Kamera ini boleh digunakan didalam air sehingga kedalaman 12 meter, antara kamera yang paling dalam boleh masuk kedalam airdari kamera yang lain. Kamera ini juga tahan hentakan apabila di uji dijatuhkan dari ketinggian 2 meter, Kamera ini lebih tahan lasak dari kamera poket yang ada dipasaran sekarang. Meskipun begitu, bentuk kamera ft3 ini tidaklah besar. Kamera ini dilengkapi built-in gps, altimeter, kompas, dan barometer. Kemampuan kamera ini  canggih mempunyai revolusi 12 megapixel.Bahkan dapat menghasilkan gambar 3 dimensi dan merakam video full hd 1920 × 1080 pixel.
 
2. External hdd/ssd iosafe rugged portable
Pengeluar external hdd ini menghasilkan alat yang paling tahan lasak, mungkin di seluruh dunia. Mottonya saja "hardware tahan bencana". Hdd ini juga kalis api. Jenis rugged portablejuga dapatmenampung berat sehingga 2.5 tan, jatuh dari ketinggian 3 meter, terendam kedalam air sehingga kedalaman 10 meter selama 3 hari, dan terendam didalam bahan kimia selama 1 jam. Jika perlindungan gagal, iosafe memberikan jaminan kepada pelanggan dengan mengembalikan kembali data recovery pada tiap produknya yang dijual. Pengeluar juga mendemokan bahawa produknya tahan lasak dengan mengunakan shotgun untuk menembak hdd keluaran mereka. Tidak hanya kuat, rugged protable juga mempunyai kelajuan dengan sambungan usb 3.0.Walaupun dengan ciri-ciri tahan lasak yang begitu mengagumkan itu harganya tidaklah terlalu mahal, mulai dari $ 149.

3. Usb flash drive atp toughdrive
Atp mendakwa bahawa flash drive keluaran mereka yang satu ini tahan lasak dan kalis air. flash drive ini telah  di uji dengan sangat ekstrem. ujian pertama flash drive ini digilis oleh kereta, selepas itu dibakar selama 1 minit, ditembak airsoft gun, dan dibakar untuk kali kedua, toughdrive masih berfungsi. Bahkan, lampu led di bahagian luarnya masih menyala!

4. Komputer Stealth computing
Komputer di atas memang tahan lasak. Jika anda mahukan perlindungan tertinggi bagi komputer anda, stealth computing menawarkan penyelesaiannya. Pengeluar komputer ini menawarkan pelbagai komponen pc kalis air yang terbaik. Anda boleh memilih keyboard dan tetikus yang sesuai, kemudian memilih monitor dari saiz 15 hingga 19 inci, yang mempunyai skrin sentuh atau pun tidak. Unit pc adalah sebuah kotak hitam dengan kabel khusus yang kalis air. Komputer ini dilengkapi intel atom dual core 1.6 ghz dan ram 2 gb. Speksifikasi komputer tersebut memang memberi kepuasan yang terbaik kepada pengguna.Pengeluar komputer mendakwa unit pc mereka boleh beroperasi walaupun ketika terendam didalam air.

5.1 Notebook  Dell latitude xt2 xfr 
 Jika anda seorang yang banyak melakukan kerja diluar pejabat, tentu saja notebook lebih sesuai daripada komputer. Notebook ini juga lebih lasak berbanding ang lain jika terdedah kepada cuaca yang tidak menentu. Sama ada hujan tau pun panas.
  
5.2 Panasonic toughbook cf-31
Panasonic menyatakan bahawa toughbook cf-31 tahan air dan tahan jatuh dari ketinggian 1.2 meter. Toughbook cf-31 sendiri dilengkapi dengan intel core i5 2.4 ghz, chipset intel qm57, ram 4 gb, dan paparan touchscreen 13 inci. Perlukan yang lebih pantas? Sila pilih getac B300 yang mempunyai intel core i7, ram 8 gb, dan ssd 160 gb.

 6.1 Tablet  dli 8300 
 Dli 8300 adalah sebuah komputer mesra alam dalam bentuk tablet. Casingnya tahan rendaman (dalam keadaan mati@Off) dan tahan jatuh dari ketinggian 1.2 meter. Dli 8300 menggunakan os windows 7 dengan intel atom z530, ram 2 gb, dan ssd sampai 64 gb. Paparannya mempunyai resolusi 1024 × 768 pixel dengan saiz 8.4 inci.

6.2 Amrel db-6  
Gadget ini kelihatan seperti pda. Namun, jangan nilai sesuatu dari penampilan luarnya. Walaupun ukurannya kecil dengan berat sama ipad, amrel db-6 adalah komputer mesra alam yang menggunakan os windows 7! Dengan skrin sentuh 5 inci, intel atom z530, ram 2gb, dan sata 32 gb, amrel db-6 tidak hanya kecil, tetapi juga berkelajuan tinggi. Gadget ini juga mempunyai kesambungan data 3,5 g, wi-fi, dan gps.

7.1 Telepon seluler getac mh132
kelebihan apa yang dimiliki telefon pintar anda? Kemungkinan besar, kelebihan tersebut ada juga pada getac mh132. Bezanya, telefon ini tidak takut banjir. Mh132 menggunakan os windows mobile 6.5 dan qualcomm 600mhz. Telefon ini dilengkapi sambungan hsupa, wi-fi, bluetooth, dan gps. Juga sedia kamera 3,2 megapixel, skrin sentuh 3,2 inci, dan slot microsd sehingga 32 gb.

7.2 Sonim xp3 quest 
Walaupun tidak sepintar mh132 di atas, sonim xp3 quest ternyata mempunyai prestasi yang lebih "lasak".Dapat digunakan walaupun sedang terendam (walaupun sukar bercakap di bawah air?) Dan tahan hentakan dari ketinggian 2 meter. Kelebihan lain termasuk gps , edge, bluetooth, lampu suluh, radio fm, opera mini, dan talk time 18 jam. Sukar mencari sonim di kawasan anda? Anda boleh menjadikan samsung b2100 extreme edition sebagai alternatif pilihan.

8. Gps garmin
Telefon anda mungkin mempunyai gps, tetapi cepat atau lambat bateri lithium telefon akan mati.Kemungkinan sukar mendapatkan tempat untuk mengecas semula. Gps receiver garmin menggunakan bateri aa supaya boleh diganti dengan mudah. Ianya juga dapat dikendalikan walaupun terendam didalam air. Ada banyak jenis pilihan, termasuk oregon 450 yang touchscreen atau gpsmap 62S.

9. Mp3 player exeze wmr
Gadget ini boleh digunakan sambil berenang. Mempunyai kapasiti 4 gb dan earphone khusus untuk kegunaan dalam air, exeze wmr membolehkan anda untuk mendengar sampai 1000 lagu sambil berenang. Sudah tentu bermanfaat untuk digunakan semasa anda sedang berenang-renang ditepi pantai.







Share/Bookmark

0 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..