Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian

Pesawat yang dikatakan UFO selama ini

 Video dari pejabat berita ABC pada 2009 memaparkan objek yang disyaki sebagai pesawat UFO yang dirakamkan di Salt Lake City, Utah, AS. Tetapi perkembangan terbaru mungkin menjelaskan itu hanyalah pesawat canggih milik Pentagon.

Kementerian Pertahanan AS, atau biasa dipanggil Pentagon, membuat pesawat berbentuk UFO dengan ukuran panjang sekitar 70 meter yang dibangunkan syarikat bernama Aeroscraft.

 
Pesawat bernama 'Pelican' itu akan digunakan Pentagon untuk pelbagai misi, bermula dari pemantauan dan pengintipan, sehingga untuk mengangkat beberapa tan kargo dari satu tempat ke tempat yang lain.

Dilaporkan, pesawat itu kini masih dalam tahap reka bentuk prototaip setelah bertahun-tahun pembuatannya, persamaannya boleh dikatakan sama dengan laporan klasik tentang UFO yang sering dilihat.
  
Pesawat ini dibina dengan struktur yang kaku. Pesawat ini boleh membawa muatan dengan keupayaan berlepas dan pendaratan menegak dan dan membawa muatan maksimum ketika terbang di udara. Kemampuan tersebut membuat pesawat ini lebih canggih dibandingkan airships dan hybrid airships,  demikian kenyataan Aeroscraft dalam laman rasminya.
  
Bentuknya yang serupa seperti bentuk UFO yang sering dilaporkan membuat spekulasi bahawa mungkin  objek-objek pada salah satu dari banyaknya UFO itu hanyalah pesawat milik Pentagon ini.
 

Kelihatan seperti apakah bentuk pesawat ini? 




Share/Bookmark

0 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..