Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian

Masjid ini Punya 2 Kiblat

Sebuah masjid di Madinah tampil berbeza, memiliki dua tempat imam solat dengan kiblat yang berlawanan. kenapa boleh jadi begitu?

Nama masjid tersebut adalah Masjid Qiblatain terletak dijalan Khalid bin Al Walid, sebelah barat laut Kota Madinah.

 Rupanya masjid ini memegang peranan penting ketika awal kemunculan Islam. Masjid Qiblatain adalah salah satu dari tiga masjid paling awal dalam sejarah Islam, selain Masjid Quba dan Masjid Nabawi.

Dulu, sebelum kiblat solat umat Islam ditentukan menghadap Kaabah, arah kiblat solat menghadap Baitul Maqdis di Jerusalem.

Saat itu diriwayatkan Rasulullah SAW sedang menjalankan solat bersama para sahabat. Kemudian turun wahyu Allah yang memerintahkan mengubah arah kiblat ke Kaabah di Makkah.

Mendengar perintah langsung itu, Rasulullah pun terus memainkan arah solat dari Baitul Maqdis ke Kaabah. Sejak saat itu, arah kiblat umat Islam pun berubah ke Kaabah di Masjidil Haram, Makkah.

Untuk mengenang peristiwa penting itu, masjid lokasi penentuan arah kiblat diberi nama Qiblatain. Qiblatain bererti dua kiblat.

Jika kita berkunjung ke Madinah dan berkesempatan pergi  kemasjid ini, kita boleh melihat sendiri bekas tempat imam solat. Tempat imam solat yang dulu digunakan semasa kiblat menghadap Baitul Maqdis berupa pasir dan tidak ada sejadah. Sebaliknya, tempat sembahyang imam yang sekarang telah mempunyai mimbar khas lengkap dengan sejadahnya.

Ya, tempat imam solat yang menghadap Baitul Maqdis sudah tidak dipakai kerana perpindahan arah kiblat.

Bagaimanapun, masjid ini menjadi saksi perpindahan arah kiblat.

Share/Bookmark

0 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..