Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian

10 Zebra Cross Terunik Dan Teraneh Didunia

Di beberapa negara yang sangat menghormati pejalan kaki, zebra cross menjadi media penyaluran kreativiti seniman dan juga acara promosi. Akhirnya zebra cross bukan sekadar garis hitam-putih, tetapi juga aksesori yang menambah keindahan sebuah bandar. 10 contoh di bawah ini boleh jadi sumber inspirasi.


Latin Insurance Cross Walk

Syarikat insuran di Peru merancang zebra cross yang aneh sebagai acara promosi. Lajur-lajur dibuat dari konkrit menyeberangi lubang dengan buaya dan ular di bawahnya. Hal ini melambangkan bahawa, seseorang yang menggunakan perkhidmatan insuran akan lebih mudah melintasi rintangan "hidup" yang penuh risiko.
Masalahnya, zebra cross ini tidak benar-benar terletak di tengah jalan, sehingga iklan tersebut menjadi tidak berkesan.Kemudian cara promosi seperti ini diiktiraf sebagai iklan yang kreatif sedunia.
 


McDonald's Crosswalk
Semasa festival Zurifest di Switzerland, syarikat rantaian makanan McDonald mengecat jalan dengan design zebra cross yang unik. Satu bungkus kentang goreng dengan logo syarikat dan batang-batang kentang berwarna kuning sebagai kawasan penyeberang jalan melangkah di atasnya.










Salburg School of Music – Piano Crosswalk
Zebra cross ini terletak di Switzerland sebagai cara promosi sebuah sekolah muzik Salzburg. Dengan bentuk bilah-bilah piano, zebra cross ini menjadi semakin unik kerana apabila lampu isyarat "boleh menlintas" menyala akan dengar alunan piano. Orang yang menyeberangi di atasnya boleh berjalan dengan gembira sambil menyanyikan lagu yang terdengar. 







Curving Ego Crosswalk
Pereka Korea Jae Min Lim membuat zebra cross yang disebut "Ergo crosswalk". Bentuknya tidak seperti zebra cross konvensional, tetapi ada lajur yang lebih lebar di berhampiran dengan laluan jalan kaki. Jae Min Lim yakin dengan zebra cross rekaannya, maka akan mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.   





Bubbles Hair Salon Comb Crosswalk
Sebagai penanda lokasi salon di Rom, Itali, dibuatlah zebra cross berbentuk sikat di jalan hadapannya. Yang uniknya, orang yang melintas di zebra cross itu pasti secara langsung tahu lokasi salun tersebut.  










Diagonal Crosswalk
Di salah satu persimpangan di Los Angeles, ada zebra cross yang direka ke pelbagai arah termasuk menyerong. Dengan lintasan penyeberangan jalan seperti ini, orang yang mengunakan tidak perlu lagi menyeberangi jalan dua kali dari satu sisi ke sisi lain yang berjauhan. Jadi lebih mersa penggunanya.







Sentieri Urbani Crosswalks
Dua pereka bersaudara D. Adriano dan G. Adriano dari Itali mereka zebra cross yang lebih individual. Tujuannya, setiap pejalan kaki yang menyeberangi di atasnya boleh sekaligus mengetahui maklumat berkenaan kawasan-kawasan di sekelilingnya yang akan mereka lawati.  






Shopping Curitiba Crosswalk
Zebra cross bercorak barcode ini terletak di Brazil. Direka oleh Opus multipla sebagai penanda kewujudan pusat membeli-belah di seberangnya.  














South Africa Tourism Crosswalk
Bila zebra cross terilhami dari garis-garis pada haiwan zebra, sepertinya zebra cross mengikut bentuk asal haiwan tersebut yang banyaknya ada di Afrika Selatan. Lihat gambar, lajur-lajur seperti itulah yang ada pada badan zebra.
Sebagai acara promosi bagi pelancong, zebra cross ini memang dibuat dengan tujuan menyambut tetamu yang siapmelawati Afrika, Uniknya, zebra cross ini berada di Mumbai, India. Kebetulan, South Africa Tourism memang sedang promosi pelancong di India.
 
 


Crosswalk by Road worth
Mungkin ini satu-satunya zebra cross yang tidak menggambarkan lajur-lajur seperti yang lain. Entah apa maksud si pereka, Peter Gibson dengan mebuat zebra cross seperti gambar arah mata angin.
Dikatakan, apabila ia melakukannya tahun 2001 lalu, ia ingin jumlah kereta dan basikal semakin sedikit di jalan Montreal, Kanada. Akibat daripada itu,membuatkan orang dikawasan itu tidak senang dengan caranya itu dan pada tahun 2004 akhirnya Gibson dimasukan kepenjara dengan 53 dakwaan disabitkan keatas dirinya.
 
 

Share/Bookmark

0 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..