Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian
Milford Sound in New Zealand

Bagaimana membuat "LIGHTSABER" -photo

 Lightsaber (atau lightsabre) adalah senjata fiksi dalam dunia Star Wars, terutama digunakan oleh Jedi dan Sith. Bentuknya seperti tabung kecil sepanjang kurang lebih 30 sentimeter dengan sebuah tombol. Bila tombol ini ditekan maka senjata ini akan mengeluarkan energi berbentuk cahaya sepanjang 1 meter.
Dalam trilogi asli, warna-warna lightsaber adalah biru, hijau dan merah. Dalam trilogi prequel ditemukan juga warna-warna seperti kuning, ungu, oranye, turquoise, merah muda, bronze, viridian, perak dan emas. Tidak diketahui berapa jenis warna yang ada seluruhnya.

Share/Bookmark

Tetap pada masanya

Mungkin ada sebahagian gambar-gambar dibawah ini pernah anda lihat. tetapi apa yang hendak saya paparkan disini gambar-gambar yang diambil adlah tetap masanya. Mungkin secara kebetulan atau telah diubahsuai. Walau bagaimana pun gambar-gamabr ini menarik untuk dikongsi bersama. Ada yang menarik dan juga ngeri jika kita yang ada dalam situasi gambar itu diambil. Marik kita lihat bersama gambar-gambar tersebut.

Share/Bookmark

Lokasi Dasar Laut Terdalam didunia

Challenger Deep, nama itu diberikan kerana kedalaman dasar laut yang mencapai 11 kilometer. Terletak di perairan Marina, di antara jurang Marina, Pasifik Barat. Pada peta, kepulauan ini berdekatan dengan Papua, Filipina, dan Jepun.
  
11 kilometer menunjukkan betapa dalamnya Challenger Deep. Seandainya gunung tertinggi di dunia, gunung Everest dipindahkan ke dasar laut ini maka gungung tersebut akan tenggelam. Gunung tertinggi itu hanya berketinggian 8.8 kilometer. Masih berbaki 2,2 kilometer yang dilitupi air laut. Jai bolehlah kita bayangkan betapa dalamnya jurang tersebut.

Share/Bookmark

ilusi Lukisan 3D

Sungguh mengagumkan bagaimana Ramon Bruin boleh melukis ilustrasi 3D yang menarik.
Ramon adalah seorang artis bebas dari Belanda.Seorang graduan dari Academie Airbrush di Belanda.

Dibawah ini hasil lukisan yang dilukis oleh beliau.

Share/Bookmark

Cenderawasih burung kayangan

Begitu indahnya burung Cenderawasih, maka diberi gelaran burung dari syurga - (genus Paradisaea). Alasannya, kerana bulunya sangat cantik seperti bidadari yang turun dari syurga. Tahukah anda sejarah yang cukup lucu sehingga dianggap burung ini "burung syurga"?Di tahun 1522, ketika Antonio Pigafetta dan Magelhan kembali ke Sevilla dari perjalanan mengeliling dunia, Pigafetta membawa bulu cenderawasih kuning sebagai cenderamata kepada Raja Bacan dari Maluku Utara untuk Raja Sepanyol.


Share/Bookmark

Ke Utamaan Wuduk


Salah satu kewajipan umat Islam dalam beribadah adalah berwuduk. Wuduk merupakan bukti keimanan seseorang yang tak terlihat secara mata kasar. Sama dengan orang yang berpuasa. Tak ada orang yang menjaga wuduknya kecuali kerana alasan keimanan.
Secara syar'i, wuduk bertujuan untuk menghilangkan hadas kecil agar kita sah menjalankan ibadah, khususnya solat. '' Solat salah seorang di antara kita tidak akan diterima apabila ia berhadas hingga ia berwuduk.'' (HR Abu Hurairah).


Share/Bookmark

KISAH WAHYU TERAKHIR KEPADA RASULULLAH S.A.W.




Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah
waktu
asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji
penghabisan [Wada*].
Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika
ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas peneri-maannya
untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut.
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta
beliau pun duduk perlahan-lahan.
Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:
"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan
urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah
s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu
kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini
adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Share/Bookmark

10 Tanda-tanda besar hari kiamat


Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir. 

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

Share/Bookmark

Antara perkara yang ditakuti oleh manusia

Secara umum, ketakutan-ketakutan yang banyak dialami orang di dunia, berkisar pada hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan sehari-hari, mulai dari hubungan, keluarga, hingga kewangan.

Seperti dirangkum dari phobia-fear-release.com, about.com, livestrong.com ini adalah hal-hal yang paling banyak ditakuti orang.


1. Takut Mati 
Takut mati adalah ketakutan yang paling utama yang dialami manusia. Hampir semua orang tidak sedia akan mati walaupun tahu kematian itu cepat atau lambat pasti datang. Banyak orang takut dan bimbang tentang apa yang mungkin terjadi selepas kematian.

Untuk mengatasi rasa takut ini, adalah penting untuk memahami bahawa hidup adalah kitaran yang terdiri dari kelahiran dan kematian, kedua-duanya merupakan dua sisi mata wang yang sama. Ketakutan yang berlebihan terhadap kematian disebut Thanatofobia.


Share/Bookmark

6 robot yang pintar

Perkembangan teknologi robot kian mengagumkan. Tak hairan jika beberapa robot masa kini boleh bertindak seperti manusia.
Robot canggih masa kini banyak dibangunkan di negara pusat teknologi seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Beberapa direka bentuk untuk membantu tugas seharian, malah ada pula yang dibuat khusus untuk menjadi teman hidup manusia.
Ini senarai beberapa robot yang dikategorikan sebagai yang terpintar:

  
 1. Topio
Topio adalah robot humanoid yang direka mampu menjadi atlet ping pong yang handal. Ya, robot asal Jepun ini boleh menjadi lawan yang cukup hebat di meja pingpong.

Share/Bookmark

Kucing Memiliki 2 wajah

Venus adalah kucing yang paling misteri di dunia. Kucing ini mempunyai ciri-ciri yang belum dapat dijelaskan dengan jelas dalam sains. Venus punya dua wajah dan bermata biru.
 Venus telah mempunyai laman Facebook sendiri, demikian juga video di Youtube. Akaun rangkaian sosial milik kucing ini telah dilihat oleh berjuta-juta orang. Keunikan venus menjadi kekaguman.

Share/Bookmark

Kenapa wanita tercipta dari Tulang Rusuk lelaki ... ? ...

Seorang bijak pernah berkata kepada aku ..
"Wanita selalu akan melakukan apa saja untuk lelaki yang disayang dan dicintai."

Jika kamu memberinya rumah, maka ia akan memberi kehangatan dalam rumah kamu.

Jika kamu memberinya beras, ia akan menanak nasi untukmu.

Jika kamu memberinya CINTA, ia akan memberi pengabdian seumur hidupnya.


Share/Bookmark

Ahli arkeologi Ungkap Misteri Tengkorak Mirip Alien di Mexico


Arkeologi di Mexico dilaporkan mendedahkan penemuan tengkorak yang bentuk kepalanya menyerupai alien di filem "Alien" garapan Ridley Scott. Dari penemuan tengkorak dengan bentuk kepala lonjong ke atas, penyelidik yakin tengkorak yang ditemui di dekat desa kecil Mexico di wilayah Onavas ini berusia 1,000 tahun.
Penemuan yang diyakini sebagai penemuan pertama di kawasan tersebut menunjukkan amalan penekanan kepala manusia untuk mengubah bentuk tengkorak. Tak hairan jika bentuk kepalanya berbeza dengan umumnya kepala manusia, iaitu lonjong ke atas.


Share/Bookmark

Mengapa Hawa tercipta saat Nabi Adam As tertidur




Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam As terjaga, pastilah Adam As akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam As saat dia tertidur, agar Adam As tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Share/Bookmark

Di Antara Pertanyaan Allah di Akhirat Nanti


Di antara serangkaian kejadian yang harus diimani dan pasti akan terjadi pada hari kiamat nanti adalah hari penghisaban. Hari dimana semua perbuatan dan perilaku manusia, baik orang yang mukmin dan yang kafir, selama hidup
diatas dunia akan dimita pertanggung jawaban dihadapan Allah SWT.


Pada hari itu Allah SWT akan memberikan pertanyaan-pertanyaan yang tentunya semua manusia tidak akan dapat berbohong kerana ketika mulut mereka berbohong maka anggota tubuh yang lain akan menjadi saksi dan ikut berbicara, didalam Al-quran telah menerangkan apa saja yang akan Allah pertanyakan kepada manusia diakhirat nanti, diantaranya ialah :


Share/Bookmark

Kisah si Belang, si Botak dan si Buta


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah RA terdapat kisah tentang Si Belang, Si Botak dan Si Buta. Ketiga orang itu diuji oleh Allah SWT dengan penyakit sehingga dijauhi oleh masyarakat.


Suatu ketika datang malaikat Jibril AS kepada Si Belang. Jibril AS bertanya apakah yang diinginkan oleh Si Belang. Si belang menginginkan kulit yang bagus dan paras yang tampan. Jibril AS mengelus Si Belang dan kemudian penyakitnya sembuh. Jibril AS juga bertanya harta apakah yang disenangi, kemudian Si Belang menjawab, ‘unta’. Jibril AS memberinya seekor unta. Begitu juga dengan Si Botak dan Si Buta. Mereka didatangi malaikat, disembuhkan penyakitnya dan diberi harta.

Share/Bookmark

Kisah Rokok dan Epal........Yang Haram?


Seorang lelaki bercerita, "Ketika aku melaksanakan solat tahiyyatul masjid, aku mencium bau asap rokok yang menyengat dan mengusik khusyukku. Setelah mengucapkan salam, aku menoleh mencari sumber bau.
Aku mendapati seorang lelaki Mesir dengan bibirnya yang hitam. "Aku akan menasihatinya nanti setelah solat," gumamku. Namun, seorang anak kecil berusia sekitar 9 tahun tiba-tiba terlebih dahulu menghampiri lelaki tersebut. Terjadilah dialog antara mereka berdua.

Share/Bookmark

Penjara Terbebas Di Dunia


Mungkin ini penjara paling unik dan tidak ada ditempat lain, di mana penjara ini membenarkan banduan mengajak ahli keluarga, boleh makan dan tidur bersamaahli keluargamereka. Penjara San Pedro sebagai penjara terbesar di La Paz, Bolivia dengan tahanan sebanyak 1,500 di dalamnya. Tapi yang membuatnya unik bukanlah banyaknya tahanan di dalamnya. Tapi penjara ini lebih mirip seperti sebuah pernempatan awam. Di mana di dalamnya, para tahanan boleh menguruskan urusan seharian mereka sendiri atau bekerja seperti kehidupan di luar penjara.

Share/Bookmark

Jenis-jenis cinta

Kita hidup di dunia ini memang tidak akan pernah lepas dari namanya cinta, dimana mana kita akan selalu memerlukan cinta atau kasih sayang. Tanpa hal tersebut, mungkin kita tidak akan merasakan indahnya dunia ini, di mana kita akan hidup sendiri dan tidak merasakan indahnya cinta dan kasih sayang, sama ada anda mahu hidup tanpa cinta???

Nampaknya 90% akan mengatakan "tidak kuat" untuk menghadapi cinta, akan tetapi, ternyata dalam cinta itu terdapat "rempah-rempah" lain yang membuat cinta itu boleh manis dan pahit.


 1. Cinta kerana kasih sayang
 
 Cinta inilah yang biasanya sangat susah sekali ditemui sekarang ini. Akan tetapi, cinta kerana kasih sayang masih boleh ditemui pada pasangan yang benar-benat tulus saling mencintai antara satu dengan yang lain. Cinta ini kadang-kadang tidak peduli dengan apa yang berlaku di sekitar mereka atau dengan kata lain mereka tidak terpengaruh dengan harta atau jawatan. Mereka hanya merasa saling menghormati satu sama lain, dan merasa saling memerlukan.

Share/Bookmark

Pengaturan Peribadi Baru Facebook


Facebook menperkenalkan tetapan peribadi baru bagi pengguna, sebagai usaha terakhir mengatasi kebimbangan pengguna tentang siapa yang boleh melihat maklumat peribadi mereka di laman rangkaian sosial terbesar didunia itu.

Tool baru yang diperkenalkan pada 12/12/2012(Rabu) waktu AS itu, akan memudahkan pengguna Facebook dalam menetapkan siapa yang boleh melihat foto-foto, komen, dan maklumat lain yang mereka muat naik dan muncul di bahagian lain laman Facebook.


Share/Bookmark

Nenek berusia 66 Tahun Menjadi Atlet Angkat Berat

Seorang bekas jururawat mampu menbuatkan banyak orang kagum dengan kebolehan diriya. Dirinya berjaya menjadi juara angkat berat di Britain pada usia yang sudah lanjut, yakni pada usia 66 tahun.

Shy Pat Tombs mula memceburi bidang angkat berat ini sejak enam tahun lalu. Ia memceburi sukan ini kerana ingin menurunkan berat badan dan meningkatkan keyakinan dirinya.


Share/Bookmark

Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga


Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Share/Bookmark

Video parodi Gangnam style yang terburuk dalam Sejarah di Internet


Video itu adalah parodi dari Gangnam Style. Tapi bagaimana video yang teruk ini boleh menjadi salah satu video yang popular di youtube. Anda lihatlah sendiri.


Share/Bookmark

Tuntut Naik Gaji, Pramugari Cathay Pacific Mogok Senyum


Syarikat Cathay Pacific (FAU) menyatakan akan melakukan mogok prestasi berikutan rundingan kenaikan gaji yang tidak memenuhi harapan mereka. Dengan mogok ini, para pramugari akan mengurangkan kualiti perkhidmatan, termasuk menghapuskan senyum.

Share/Bookmark

Coklat efektif sembuhkan batuk

Coklat ternyata berkhasiat untuk menyembuhkan batuk. Dalam kajian terbarunya, Roger Dobson, menyebutkan bahawa kandungan sebatian yang terdapat dalam koko terbukti dapat mengurangkan gejala batuk teruk atau kronik.

Share/Bookmark

Manfaat bulu pada tubuh kita

1. Pada Kepala
 Fungsi rambut adalah untuk melindungi kulit kepala dari kejutan matahari dan hawa dingin. Sedangkan rambut yang ada di kepala anda berjumlah tidak kurang dari 100,000 helai rambut dan setiap helai tumbuh dalam masa 2 hingga 6 tahun. Tetapi rambut akan mengalami keguguran setiap hari, 50 hingga 100 helai, namun rambut baru akan tumbuh.

Share/Bookmark

5 Hotel Tertinggi Di Dunia

5. Baiyoke Tower II
Lokasi: Bangkok, Thailand

 Dibuka pada tahun 1998, Bayoke Tower II menjadi bangunan tertinggi di Thailand dan hotel tertinggi di Asia Tenggara. Tinggi sekitar 304 meter atau 328 meter jika antena di atasnya ikut dikira. Mempunyai 85 tingkat & 673 bilik.

Share/Bookmark

TERBONGKARNYA AGENDA KRISTIAN UNTUK MALAYSIA DI JERUSALEM......


Seorang ustaz yang juga merupakan seorang pendakwah yang terkenal dan sering muncul dalam progam keagamaan di kaca televisyen, sering ke Palestin membawa rombongan pelancong muslim melawat Baitulmuqaddis serta menjelajah bumi para Anbiya'. Beliau adalah Ustaz Muhammad Al-Amin juga seorang blogger popular yang sering menjadikan usaha
dakwahnya di peringkat antarabangsa sebagai pengisian di dalam blognya, http://www.ustazamin.com/.

Share/Bookmark

Senarai Produk Boikot Israel/USA


Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika:
Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince
Fakta: 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI.

Share/Bookmark

Hidup Dengan 500 anak patung yang menakutkan


Hobi seseorang kadang kala aneh dan unik seperti wanita ini.Seorang pengumpul anak patung yang pelik kerana mempunyai 500 anak patung bayi plastik yang seram dan menakutkan, dia memelihara mereka seolah-olah mereka hidup, menukar pakaian mereka, mencuci rambut mereka dan membawa mereka ke taman.

Share/Bookmark

25 Tip Kuruskan Badan

Ingin kuruskan badan dengan cepat dan mudah? Berikut adalah 25 tips untuk membantu anda kurangkan berat badan di Malaysia.
Kebanyakan tips kurus ini, diambil daripada eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.


Share/Bookmark

Gambar Ular Raksasa Di Dunia

Ular Raksasa Di Dunia. Ular, haiwan yang selalu menjadi perbahasan yang menarik, terutama jika ular itu sangat besar / raksasa. Beberapa daerah mempunyai legenda mengenai ular raksasa, dan di asia, ular raksasa biasanya dikaitkan dengan mitos ular naga.

Postingan kali ini membahas ular besar yang terkenal di dunia, walaupun satu atau dua berita disini mungkin diragui kebenarannya. Yang pasti, jika ingin membincangkan jenis ular besar, maka kita tidak terlepas pada jenis Ular Sawa, Ular tedung dan Anaconda.


 
1. Anaconda
 Nama lain bagi anaconda adalah boa air, nama bagi seekor ular yang hampir selalu ditemui di dalam air. Mereka hidup di Amazon dan sekitar Orinoco Amerika Selatan tropika, dan habitatnya asalnya dari Andes, ke timur ke Trinidad dan juga ke persisiran Caribbean Amerika Tengah. Binatang ini bergerak di air jauh lebih mudah daripada di darat. Seperti buaya, anaconda mempunyai lubang hidung tinggi pada muncung sehingga dapat berenang dengan kepala di atas air untuk bernafas.

Share/Bookmark

Antara peristiwa yang aneh berlaku semasa israil cuba merampas palestin.


Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Islam Palestin ada berkata bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Share/Bookmark

... DAN UMAR PUN MENANGIS ...


Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ... Pernahkah anda membaca dalam riwayat akan Umar bin Khatab menangis? Umar bin Khatab terkenal gagah perkasa sehingga disegani lawan maupun kawan. Bahkan konon, dalam satu riwayat, Nabi menyebutkan kalau Syaitan pun amat segan dengan Umar sehingga kalau Umar lewat di suatu jalan, maka syeitan pun mengelak melalui jalan yang lain.


Share/Bookmark

Ternyata zon masa Waktu Semesta Berkoordinat(GMT) Bukan Di Greenwich, Tapi Di Kaabah


Astronout Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari Planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah kajian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan lawatan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata: "Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?"


Share/Bookmark

Kesucian Hati Berbalas Syurga


Suatu hari, Rasulullah sedang duduk di masjid dikelilingi para sahabat. Beliau tengah mengajarkan ayat-ayat Al-Qur’an. Tiba-tiba Rasulullah berhenti sejenak dan berkata,”Akan hadir diantara kalian seorang calon pe
nghuni surga”. Para sahabat pun bertanya-tanya dalam hati, siapakah orang istimewa yang dimaksud Rasulullah ini?. Dengan berdebar-debar mereka menunggu kedatangan orang tersebut. Semua mata memandang ke arah pintu.

Share/Bookmark

Waspada Sembilan Keturunan Setan


Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
Syaitan, makhluk yang sungguh menggemaskan-pelbagai cara mereka gunakan untuk menggelincirkan manusia. Tak hanya itu, syaitan juga selalu berusaha tak kenal lelah dan putus asa untuk menjauhkan kita dari ibadah mahupun menjadikan manusia derhaka pada Allah.


Share/Bookmark

Negara Mana yang Warganya Paling Emosional?


Sebuah kajian terbaru mendedahkan negara mana warganya yang dalam tekanan dan kurang tekanan. Hasilnya menunjukkan Singapura adalah negara dengan penduduk paling tenang atau minimum perasan tertekan, sedangkan Filipina merupakan negara yang paling ramai penduduk dalam tekanan.

Share/Bookmark

Makan dan minum cara Rasulullah yang penuh hikmah

 
Rasulullah memulakan makan dengan menyebut 'bismillah ...'
Dari 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah' ). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwalahu wa akhirahu' (Dengan nama Allah yang memulai dan yang mengakhiri). " (Hadith Riwayat Abu Dawud dan atTirmidzi.)

Share/Bookmark

KENALI BRIGADE IZZUDDIN AL QASSAM


Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.
Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.
Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.

Share/Bookmark

Syarat dan Rukun Sembahyang


Syarat dan Rukun Sembahyang

Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-

    * 1. Orang Islam.
    * 2. Menghadap arah Kiblat
    * 3. Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
    * 4. Akil baligh
    * 5. Berakal.
    * 6. Melihat atau mendengar.
    * 7. Jaga (tidak tidur)
    * 8. Sudah masuk waktu sembahyang.

Share/Bookmark

Keruntuhan Uthmaniyyah dan Mandat Palestin


Ketika Perang Dunia I pecah (1914-1918), Empayar Ottoman Turki memilih menjadi sekutu Jerman. Itu bermaksud, Ottoman Turki bertentangan dengan Inggeris dan Perancis yang juga menjadi musuh "alami" Jerman.

Share/Bookmark

Kalimah Allah SWT di Kepala Cristiano Ronaldo?


  kejadi ini dirakamankan secara kebetulan oleh stesten TV Aljazeera. Perlawanaan diantara Real Madrid menetang Lavente. video ini ketika CR7 mendapat rawatan dipadang dan secara tidak sengaja kameraman memfokus dibahagia kepada CR7. Apa yang menarik terdapat kalimah Allah SWT di bahagia atas kepala CR7. Video ini telah di muat turun ke you tube. Kita dapat melihat sendiri kalimah Allah SWT dengan jelas.

Share/Bookmark

Bicara Dengan Bahasa Hati


Tak ada penyakit yang tak dapat disembuhkan oleh kasih sayang.
Tak ada permusuhan yang tak dapat dimaafkan oleh ketulusan.
Tak ada musuh yang tak dapat ditaklukkan oleh cinta.
Tak ada kesulitan yang tak dapat dipecahkan oleh ketekunan.
Tak ada batu keras yang tak dapat dipecahkan oleh kesabaran.
Semua itu haruslah berasal dari hati anda.

Bicaralah dengan bahasa hati, 

maka akan sampai ke hati pula.
Kekuatan bukan semata-mata betapa keras otot dan betapa
tajam otak anda, namun juga betapa lembut hati anda dalam
menjalani segala sesuatunya.

Anda tak kan dapat menghentikan tangis seorang bayi hanya
dengan memeluknya dalam lengan yang kuat.
Atau, memujuknya dengan berbagai gula-gula dan kata-kata manis.
Anda harus mendekapnya hingga ia merasakan detak jantung yang tenang
jauh di dalam dada anda.

Mulailah dengan melembutkan hati sebelum memberikannya pada
keberhasilan anda.
Pikirkanlah apapun....
Sebelum kita memulai apa saja.

Share/Bookmark

Di Alam Barzakh



Setiap detik pasti ada orang yang meninggal dunia dan pada setiap detik juga pasti ada bayi yang baru dilahirkan. Begitulah rutin kehidupan dunia ini. Yang hidup akan mati, yang pergi akan digantikan dengan yang baru. Kita di dunia adalah umpama seorang musafir yang singgah sebentar berteduh di bawah sebatang pokok. Kemudian dia akan meneruskan perjalanannya ke alam kubur ataupun alam barzakh. Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah oleh Abu Bakr al-Razi, barzakh bermaksud dinding pembatas antara dua benda. Berdasarkan (iktikad) Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam barzakh. Ia terletak di antara alam dunia dan alam akhirat. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Mukminun ayat 99-100: 
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) - supaya aku mengerjakan amalan soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan kau akan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka alam barzakh (dinding) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada Hari Kiamat).

Share/Bookmark

Misteri Ramalan Notradamus Terbongkar


Nostradamus atau nama sebenarnya, Michel de Nostredame adalah seorang pengamal perubatan di Perancis. Nostradamus terkenal kerana kumpulan puisinya yang telah diterbitkan di Lyon pada tahun 1555 yang terdiri dalam kelompok-kelompok seratus kuatrain (syair empat baris). Kumpulan puisi ini menjadi perhatian kerana ia sebenarnya adalah ramalan-ramalan tentang apa yang terjadi di dunia dan malah untuk menjadikannya lebih menghairankan sebahagian ramalan tersebut betul-betul terjadi, contohnya kemunculan Napoleon, kebangkitan Hitler, Perang Dunia I dan II dan yang paling popular adalah peristiwa 911.

Share/Bookmark

Diet Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W

 Dalam aspek berkaitan etika pemakanan sihat, diet Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia. Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil agar dapat sepenuh keberkatan dan manfaat daripadanya.

Share/Bookmark

Kisah Allah Menciptakan Jibrail A.S

 
 
Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa,
“Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.
Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah,

Share/Bookmark

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..