Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian

Lokasi Dasar Laut Terdalam didunia

Challenger Deep, nama itu diberikan kerana kedalaman dasar laut yang mencapai 11 kilometer. Terletak di perairan Marina, di antara jurang Marina, Pasifik Barat. Pada peta, kepulauan ini berdekatan dengan Papua, Filipina, dan Jepun.
  
11 kilometer menunjukkan betapa dalamnya Challenger Deep. Seandainya gunung tertinggi di dunia, gunung Everest dipindahkan ke dasar laut ini maka gungung tersebut akan tenggelam. Gunung tertinggi itu hanya berketinggian 8.8 kilometer. Masih berbaki 2,2 kilometer yang dilitupi air laut. Jai bolehlah kita bayangkan betapa dalamnya jurang tersebut.

Jurang Marina terbentuk akibat daripada plat lautan yang tergelincir dengan plat benua sehingga menyebabkan retakan yang dalam. Begitu dalam dasar dijurang ini, sehinggakan cahaya matahari tidak boleh sampai kedasarnya. Akibatnya Challenger Deep begitu gelap gelita. Ikan yang hidup di kawasan ini mempunyai bentuk-bentuk yang ganjil contohnya flatfish dan cacing polychaete.
 flatfish
 cacing polychaete

Challenger Deep pertama kali diterokai tpada 23 Januari 1960 apabila kapal selam Bathyscaphe Trieste yang dikemudi oleh Jacques Picard dan Letnat Don Walsh menyelam ke dasar. Mereka memerlukan masa sehingga 5 jam sebelum sampai kedasar. Tekanan udara yang begitu kuat dan bekalan oksigen yang terhad menjadikan penerokan ini agak sukar.
 Jacques Picard dan Letnat Don Walsh
 Bathyscaphe Trieste

Pada tahun 1995, Jepun telah menghantar Kaiko, Kaiko adalah robot penyelidikan lautan yangmencipta  rekod pencapaian sebuah mesin yang tidak mempunyai pemandu menuju ke dasar Challenger Deep. Kaiko menjadi pioner untuk ekspedisi robot di tahun-tahun berikutnya.
 

Penerokaan yang terkini telah dibuat oleh James Cameron, seorang pengarah yang berasal dari Kanada yang berjaya menyelam secara solo didalam sebuah kapal selam mini yang diberi nama Deepsea Challenger pada 26 Mac 2012. Kemajuan teknologi masa kini membuatkan penerokaan beliau jauh lebih cepat dan mudah,beliau hanya memerlukan masa sekitar 2 jam untuk sampai ke dasar jurang tersebut.
 James Cameron
 Deepsea Challenger

Share/Bookmark

0 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..