Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian

Antara perkara yang ditakuti oleh manusia

Secara umum, ketakutan-ketakutan yang banyak dialami orang di dunia, berkisar pada hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan sehari-hari, mulai dari hubungan, keluarga, hingga kewangan.

Seperti dirangkum dari phobia-fear-release.com, about.com, livestrong.com ini adalah hal-hal yang paling banyak ditakuti orang.


1. Takut Mati 
Takut mati adalah ketakutan yang paling utama yang dialami manusia. Hampir semua orang tidak sedia akan mati walaupun tahu kematian itu cepat atau lambat pasti datang. Banyak orang takut dan bimbang tentang apa yang mungkin terjadi selepas kematian.

Untuk mengatasi rasa takut ini, adalah penting untuk memahami bahawa hidup adalah kitaran yang terdiri dari kelahiran dan kematian, kedua-duanya merupakan dua sisi mata wang yang sama. Ketakutan yang berlebihan terhadap kematian disebut Thanatofobia.

 
2. Takut Gagal 
Ketika cuba sesuatu, selalu ada dua kemungkinan, iaitu berjaya atau gagal. Atychiphobia adalah ketakutan yang tidak rasional terhadap kegagalan yang pada akhirnya membuat seseorang tidak mahu berbuat sesuatu kerana takut menemui kegagalan.

Jika fobia tetap tidak dirawat, gejalanya akan terus memburuk dari masa ke masa. Hilangnya motivasi dan penurunan rasa percaya diri akan segera mengikuti yang boleh menyebabkan gejala yang lebih teruk seperti kemurungan.


3. Takut Ditolak  
Setiap orang ingin kehadirannya diterima, baik oleh persekitaran mahupun orang yang disayangi. Beberapa orang malah ada yang begitu bergantung pada pengakuan, persetujuan atau penilaian orang lain terhadap dirinya sendiri.

Orang-orang ini begitu didorong oleh keperluan untuk diterima sehingga kehilangan identitinya sendiri. Beberapa orang kemudian menarik diri kerana takut ditolak. Mereka ini akhirnya menjauhkan diri dari teman-teman, keluarga dan pengasuh yang menjaganya.


4. Takut Gelap
Melainkan untuk kepentingan tidur, hampir semua manusia yang tidak dalam keadaan tidur akan takut dengan kegelapan. Kawasan-kawasan gelap juga sering jadi sumber jenayah.

Ketakutan ini muncul dari ketidakpastian yang dihadapi kerana tidak dapat melihat objek di persekitaran dengan jelas.Ketakutan yang berlebihan terhadap gelap disebut Lygophobia, iaitu ketakutan yang mendedah terhadap sesuatu yang tidak menimbulkan bahaya secara nyata.

Dalam banyak kes, ketakutan ini bercampur dengan ketakutan terhadap hantu atau susuk-susuk mistik yang lain.


5. Takut Jatuh dari Ketinggian  
Membayangkan diri sendiri berada ditempat tinggi sering membuat panik dan takut. Gejalanya antara lain peluh sejuk, gementar dan mual. Ketakutan yang berlebihan terhadap ketinggian disebut Hypsiphobia.


6. Takut Kehilangan Orang yang Disayangi
Bersama orang yang disayangi adalah saat-saat yang paling membahagiakan dalam hidup. Ketika tiba masanya harus mengakhiri perhubungan tersebut, baik kerana perpisahan, perceraian ataupun kematian, banyak orang yang kemudian jatuh sedih hingga kemurungan.

Luangkan banyak masa bersama keluarga dan rakan-rakan yang dicintai. Ketika tiba saatnya harus kehilangan mereka, maka kenangan yang indah akan tetap membuat orang yang ditinggalkan berasa bersemangat menjalani hidup.


7. Takut Miskin  
Jika pernah miskin atau membesar di persekitaran yang miskin, orang umumnya mempunyai ketakutan yang sangat kuat terhadap kemiskinan. Cara terbaik untuk memerangi kemiskinan adalah dengan mendidik diri sendiri dan mempelajari bagaimana cara mendapatkan wang.

Wang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita dan layak menjadi perhatian. Namun ada kalanya orang begitu takut jatuh miskin dan kehilangan kekayaan. Ketakutan berlebihan ini disebut Peniaphobia.
 

Share/Bookmark

0 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..