Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian
Milford Sound in New Zealand

Cenderawasih burung kayangan

Begitu indahnya burung Cenderawasih, maka diberi gelaran burung dari syurga - (genus Paradisaea). Alasannya, kerana bulunya sangat cantik seperti bidadari yang turun dari syurga. Tahukah anda sejarah yang cukup lucu sehingga dianggap burung ini "burung syurga"?Di tahun 1522, ketika Antonio Pigafetta dan Magelhan kembali ke Sevilla dari perjalanan mengeliling dunia, Pigafetta membawa bulu cenderawasih kuning sebagai cenderamata kepada Raja Bacan dari Maluku Utara untuk Raja Sepanyol.

Salah satu cenderamata tadi dihantar oleh raja pada Uskup Villadolid di Rom untuk dipelajari secara terperinci.Pakar haiwan ketika itu begitu kagum melihatnya. Akhirnya cita-cita mereka menjadi kenyataan. Maklumlah,pada ketika itu kisah keindahan burung ini hanya didengar hanyalah  legenda belaka."Bulu burung itu luar biasa cantiknya. Jadi pantas kalau berasal dari Taman Firdaus di Syurga," demikianlah  pendapat mereka. Kerana itulah, burung yang bulunya kuning emas dan coklat, dengan leher hijau zamrud itu dipersetujui sebagai bird of paradise - (burung dari syurga).

Bukan hanya penampilannya saja yang menjadi penyebab gelaran burung syurga, tetapi ditambah khabar angin yang tersebar luas di Eropah ketika itu. Disebutkan, burung ini sebenarnya bukan bahagian dari syurga, tetapi hanya terbang di ruang angkasa. jarang sekali dijumpai di muka bumi.Makanannya hanya embun. berpasangan pun tetap di udara. Telurnya dierami oleh betina dengan cara mengeram di punggung jantan. Alasannya, kerana burung ini terbang . Bila mereka penat, barulah berehat di pokok-pokok dibumi dengan cara mengaitkan bulu ekor yang panjang ke cabang pokok. Tidurnya seperti cara kelawar.


Dari mana cerita-cerita itu berkembang luas? Entah, mungkin kerana kerenah para peniaga. Kebetulan, para pedagang yang berdagang ke kepulauan Nusantara lalu pulang ke Eropah banyak yang membawa bulu burung cendrawasih untuk dijual. Harganya sangat mahal.


Apabila para peniaga menangkap cendarawasih dan mengawetnya, mereka selalu memotong kaki burung tersebut. Alasannya, kaki-kaki ini akan memjadi busuk kalau tidak dibuang dan boleh merosakkan bulunya. Burung ini perlu diawet dalam perjalanan di laut memakan masa berbulan-bulan, bulu burung diawetkan dengan teknik pengasapan.


Jadi apabila sampai di Eropah, orang pun banyak yang percaya bahawa burung ini tidak punya kaki. Akhirnya khabar angin asalnya burung dari syurga tersebar luas.


Sementara di atas kapal, para perdagang ketawa besar kerana cerita mereka dipercayai begitu saja. Mereka juga sengaja merahsiakan ini agar harga bulu burung cendarawasih menjadi mahal.


Burung cendrawasih ketika itu diberi nama saintifik: Paradisaea a poda (a = tanpa, poda = kaki).Begitulah, kerana akal-akalan pedagang, maka cendrawasih menjadi burung syurga ...

Share/Bookmark

0 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..