Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian

Kisah Rokok dan Epal........Yang Haram?


Seorang lelaki bercerita, "Ketika aku melaksanakan solat tahiyyatul masjid, aku mencium bau asap rokok yang menyengat dan mengusik khusyukku. Setelah mengucapkan salam, aku menoleh mencari sumber bau.
Aku mendapati seorang lelaki Mesir dengan bibirnya yang hitam. "Aku akan menasihatinya nanti setelah solat," gumamku. Namun, seorang anak kecil berusia sekitar 9 tahun tiba-tiba terlebih dahulu menghampiri lelaki tersebut. Terjadilah dialog antara mereka berdua.
Si anak membuka bicara, 
Anak kecil : "Assalamu'alaikum pakcik. Pakcik dari Mesir?" 
Pakcik Mesir :"Ya pakcik dari Mesir."
Anak kecil : "Pakcik kenal Syeikh Abdul Hamid Kasyak?"
Pakcik Mesir :"Ya, pakcik kenal."
Anak kecil : "Syeikh Jadul Haqq?"  
Pakcik Mesir :"Ya, pakcik kenal."
Anak kecil : "Syeikh Muhammad Al-Ghazali?"
Pakcik Mesir : "Ya, pakcik kenal."
Anak kecil : "Pernah tak pakcik dengar kaset-kaset ceramah dan fatwa mereka?"
 Pakcik Mesir :"Ya, pakcik pernah dengar."
 Anak kecil : "Bukankah mereka semua tu adalah para syeikh (alim ulama') yang mengatakan bahawa rokok tu haram, tapi kenapa pakcik membelinya?"  
(Dengan agak tergagap, lelaki itu menjawab,)
 Pakcik Mesir :"Bagi pakcik, rokok tak haram!"
 Anak kecil : "Rokok hukumnya haram, pakcik. Bukankah Allah telah berfirman, 'Dan (Allah) mengharamkan bagi mereka segala yang buruk.' Pakcik ada ke baca bismillah dan ucap alhamdulillah sebelum dan selepas merokok?" (tegas anak kecil itu.
Pakcik Mesir :"Dalam Al-Quran takde ayat yang secara tegas menyatakan bahawa rokok tu haram," (sangkal pakcik tu.)
Anak kecil : "Pakcik, rokok tu haram, sebagaimana buah epal juga haram," (lanjut si kecil.)
 (Lelaki Mesir itu pun mula naik pitam dan berkata,)
Pakcik Mesir : "Buah epal haram? Atas dasar apa kamu menghalalkan dan mengharamkan, wahai anak kecil?"
Anak kecil : "Cuba pakcik beritahu ayat Al-Quran yang secara tegas menyatakan bahawa epal tu halal," (pinta si kecil.)
(Lelaki itu bingung dan diam terpaku. Tidak sanggup lagi dia berbicara. Air matanya tumpah hinggalah ketika iqamat dikumandangkan. Selesai solat, lelaki itu menoleh ke arah anak kecil itu dan berkata,)
Pakcik Mesir : "Nak, pakcik bersumpah demi Allah, pakcik takkan morokok lagi buat selamanya." "


Alhamdulillah. ..



Share/Bookmark

0 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..