Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian

Gempar!! Jambatan purba yang berusia 1 juta tahun

Ada sebuah jambatan yang disebut Adam Bridge, atau dikenali juga dengan Rama Bridge penuh misteri. Sebabnya ialah, kerana umur jambatan ini dianggarkan lebih daripada 1 juta tahun.

Letak Adam Bridge sepanjang 30 Km ini menghubungkan antara Manand Island (Sri Lanka) dan Pamban Island (India). Strukturnya sangat mudah terlihat dari atas permukaan air laut kerana kedudukannya yang tidak terlalu dalam.



 
Status jambatan ini masih merupakan misteri sehingga kini. Menurut tafsiran, Adam Bridge mempunyai kaitan dengan mitos terkenal India, Ramayana.

Yang membuat heboh, Srilankan Archeology Department mengeluarkan kenyataan yang menyatakan usia Adam Bridge mungkin berkisar antara 1.000.000 hingga 2.000.000 tahun. Yang menjadi soalan, apakah jambatan ini benar-benar terbentuk oleh proses alam atau ciptaan manusia?

SUDeraniyagala, Pengarah Pusat Arkeologi Sri Lanka yang juga merupakan pengarang buku "Early Man and the Rise of Civilization in Sri Lanka: the Archaeological Evidence mengatakan bahawa peradaban manusia telah muncul di Kaki Gunung Himalaya sekitar 2,000,000 tahun lalu.

Percanggahan: Menurut para sejarawan peradaban paling awal di benua India adalah tamadun bangsa Ca.



Para sarjana menaksirkan bahawa kemungkinan jambatan purba ini dibangunkan setelah daratan Sri Lanka terpisah daripada India jutaan tahun silam.
 

Epik Ramayana
Di dalam Epik Ramayana, jambatan itu dibina oleh para pasukan manusia monyet dibawah pengawasan Rama. Maksud dari pembangunannya sendiri ialah sebagai tempat penyeberangan menuju Negeri Alengka dalam misi untuk menyelamatkan Dewi Shinta, yang ketika itu diculik oleh Rahwana, Raja Kerajaan Alengka.

Epik Ramayana, menurut Kalendar Hindu seharusnya berada pada masa Tredha Yuga (menurut cakera masa evolusi hindu / cakera Hinduism tentang Epik tersebut terbahagi kepada empat: Sathya (1.728.000 tahun), Tredha (1.296.000 tahun), Dwapara (864.000 tahun) dan kali (432.000 tahun).
 

Share/Bookmark

0 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..