Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian
Milford Sound in New Zealand

5 Negara Terkaya Di Dunia

Tinggal di Negara kaya pastinya lebih selesa berbanding dengan tingal di negara miskin dengan kekayan negara yang dimiliki negara boleh membina pelbagai kemudahan dan perkhidmatan awam yang selesa. Namun sayangnya hanya sedikit sahaja negara yang boleh dikatakan sebagi negara kaya. Berikut ini ada beberapa negara kaya, negara ini dimasukan ke dalam kategori negara kaya berdasarkan membandingkan taraf hidup penduduk satu negara secara keseluruh dengan menggunakan produk domestik kasar (KDNK) per kapita yang diasaskan pada keseimbangan kuasa beli secara antarabangsa. Berikut ini adalah beberapa negara kaya di dunia. 5 Negara Kaya di Dunia ini.

1. Qatar
Qatar menduduki tempat pertama sebagai negara terkaya di dunia dengan KDNK per kapita sebanyak US $ 90.149 juta per tahun pada 2010. Qatar merupakan salah satu negara kaya minyak dan gas di kawasan Timur Tengah, bahkan merupakan pengeksport gas terbesar di dunia. Jumlah keseluruhan luas wilayah 11.586 kilometer persegi dengan jumlah penduduk hanya 1,15 juta orang pada 2009. Yang menarik, Qatar merupakan satu-satunya wakil dari wilayah Arab yang berada di barisan 10 negara terkaya dunia. Jumlah sandaran pertukaran asing hanya US $ 19,8 bilion pada November 2009. Dengan produk domestik kasar US $ 52,7 bilion pada 2008, ekonomi Qatar bergantung pada industri yang tertumpu kepada industri minyak dan gas. 

2. Luxemburg
Luxembourg menduduki tempat kedua sebagai negara terkaya dunia dengan KDNK per kapita US $ 79.411 juta per tahun. Luxemburg merupakan negara kecil di dunia dengan luas cuma 2,500 kilometer persegi. Jumlah penduduknya juga sangat sedikit, hanya 490 ribu orang pada 2006. Luxemburg dikenali sebagai salah satu negara yang bergantung kepada ekonomi dari pusat perkhidmatan dan perkhidmatan kewangan, di mana banyak orang kaya dunia menyimpan duitnya. Lebih daripada 86 peratus KDNK Luxemburg bernilai US $ 54 bilion berpunca dari industri perkhidmatan. Meski begitu, di Luxemburg juga dikenali sejumlah industri Popular dunia, seperti ArcelorMittal (baja), RTL Group (media), Evras Group (material) dan Tenaris (migas). 

3. Norway
Norway menduduki tempat ketiga sebagai negara terkaya dunia dengan KDNK per kapita sebanyak US $ 52.964 juta per tahun. Negara yang terletak di bahagian utara benua Eropah ini, jumlah penduduknya sangat sedikit, cuma 4,7 juta orang menduduki kawasan seluas 323 ribu kilometer persegi. Norway merupakan negara pengeksport minyak dan produk mesin dan peralatan, logam, kimia, kapal dan industri perikanan. KDNK Norway mencapai US $ 449 bilion pada 2008 dengan bergantung pada industri dan perkhidmatan. Sejumlah syarikat besar asal Norway adalah Statoil (minyak dan gas), Telenor (telekomunikasi), Yara International (kimia) dan Orkla (makanan dan minuman). 

4. Singapura
Singapura menduduki tempat keempat dengan KDNK per kapita sebanyak US $ 52.840 juta per tahun. Singapura yang terletak di rantau Asia Tenggara merupakan negara pulau kecil. Luas Singapura hanya 699 kilometer persegi, sedangkan luas Kuala Lumpur 661 kilometer persegi. Namun, jumlah penduduk Singapura cuma 4,75 juta jiwa. Jumlah sandaran pertukaran asing negara ini US $ 187 bilion pada akhir Disember 2009 dan jumlah produk domestik kasar sebanyak US $ 181 bilion pada akhir 2008. Singapura bergantung kepada pendapatan sebagai pusat perkhidmatan dan perkhidmatan kewangan di Asia. Banyak orang kaya di Asia, termasuk Malaysia yang menyimpan dana mereka di negeri ini. 

5. Brunei Darussalam
Brunei merupakan salah satu negara kecil di kawasan Asia Tenggara. Luas kawasan 5.765 kilometer persegi dengan jumlah penduduk 400 ribu orang. Jumlah KDNK per kapita penduduk Brunei adalah US $ 48.7 juta per tahun. Dengan jumlah keseluruhan KDNK sebanyak US $ 11.5 bilion, ekonomi Brunei bergantung pada industri minyak dan gas. Negeri kerajaan yang dipimpin Sultan Hassanal Bolkiah, salah satu orang terkaya di dunia merupakan negara yang mempunyai kekayaan minyak melimpah.

Share/Bookmark

1 comments:

Unknown said...

rasanya negara ini kaya disebabkan saiz penduduk yg kecil tp sumber ekonomi banyak. btw org2 kt lexum tu suka minum arak dn mereka terkenal dgn peminum plg tegar di dunia.

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..