Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian

Coklat efektif sembuhkan batuk

Coklat ternyata berkhasiat untuk menyembuhkan batuk. Dalam kajian terbarunya, Roger Dobson, menyebutkan bahawa kandungan sebatian yang terdapat dalam koko terbukti dapat mengurangkan gejala batuk teruk atau kronik.

Seperti dilaporkan Dailymail, kajian itu mengambil sampel 300 orang dengan batuk terus-menerus. Mereka diberi bahan kimia semulajadi theobromine, yang berasal dari bahan mentah coklat, dua kali sehari selama 14 hari. Hasilnya, 60 peratus daripada pesakit menyatakan lega setelah mencubanya.

Roger Dobson berkata, setiap orang menderita batuk dari masa ke masa, namun satu dari 12 orang United Kingdom mempunyai batuk yang menggangu aktiviti sehari-hari sekurang-kurangnya setiap minggu.

Peneletian ini juga telah menghasilkan kapsul coklat sebagai bahan percubaan dengan dos 1.000 mg theobromine. Menurutnya dark chocolate tanpa pemanis mempunyai sekitar 450mg per ons. Sedangkan dark chocolate manis sekitar 150mg dan coklat susu 60mg.

Penyelidik utama Profesor dari Klinik Batuk Hull, Alyn Morice, mendedahkan kapsul baru ini sangat efektif untuk menyebuhkan batuk yang teruk.

Share/Bookmark

0 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..