Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian
Milford Sound in New Zealand

6 robot yang pintar

Perkembangan teknologi robot kian mengagumkan. Tak hairan jika beberapa robot masa kini boleh bertindak seperti manusia.
Robot canggih masa kini banyak dibangunkan di negara pusat teknologi seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Beberapa direka bentuk untuk membantu tugas seharian, malah ada pula yang dibuat khusus untuk menjadi teman hidup manusia.
Ini senarai beberapa robot yang dikategorikan sebagai yang terpintar:

  
 1. Topio
Topio adalah robot humanoid yang direka mampu menjadi atlet ping pong yang handal. Ya, robot asal Jepun ini boleh menjadi lawan yang cukup hebat di meja pingpong.

Kepanjangan topio sendiri adalah Tosy Ping Pong Playing Robot. Topio memang mempunyai kecerdasan buatan yang cukup maju sehingga boleh meningkatkan skillnya dengan terus-terusan main ping pong.


2. Asimo
Asimo adalah singkatan dari Advanced Step in Innovative Mobility. Robot ini diperkenalkan pertama kali oleh Honda di tahun 2000. Ia direka bentuk dapat menyesuaikan diri di dunia nyata dan mampu berjalan dengan kedua-dua kakinya.

Asimo boleh mengenali objek bergerak, suara dan wajah manusia. Matanya berupa dua buah kamera untuk mengesan persekitaran serta menentukan jarak atau arah ke suatu tempat.

Asimo boleh mengikuti seseorang dan mengintrepretasi arahan suara serta gerakan tangan. Jadi dia boleh bertindak balas jika ada yang ingin menjabat tangannya.


3. Murata
Murata Girl, demikian nama robot asal Jepun ini. Bentuk fizikal robot ciptaan syarikat Murata Manufacturing itu seperti anak kecil. Ia mempunyai semacam sensor untuk menjaga keseimbangan tubuhnya sehingga mampu mengendalikan basikal roda satu ke arah depan dan belakang.

Murata Girl adalah 'saudara' Murata Boy, robot ciptaan Murata Manufacturing di tahun 2005. Namun Murata Boy sepertinya menang canggih berbanding Murata Girl kerana 'hanya' mampu mengawal basikal roda dua.

Sebuah mata elektronik yang diperbuat dari sensor ultrasonik bakal memberitahu si robot agar tidak melanggar sesuatu ketika sedang asyik berbasikal. Sementar otak robotiknya membantu untuk mengubah arah basikal.


 4. Violin Robot
Sesuai namanya, Violin Robot adalah robot canggih yang boleh bermain biola. Penciptanya adalah Toyota, pengeluar kereta gergasi kereta Jepun. Jari-jari si Violin Robot boleh dengan lincah bermain biola dan melaungkan nada dengan harmoni.

Robot setinggi 152 sentimeter itu boleh berjalan tegak. Bahkan sebelum mula bermain biola, dia dapat memberikan salam berupa lambaian tangan kepada para penonton yang hadir untuk melihat kebolehannya.


5. HRP-4C
Tidak saja boleh bercakap menyapa para hadirin, robot cantik bernama HRP-4C tersebut juga telah diprogramkan sedemikian rupa sehingga gerak geri tubuhnya mirip dengan model manusia sebenar. Ya, ia direka untuk peragaan busana.

Dengan tinggi sekitar 158 cm, fizikal HRP-4C mirip dengan perawakan wanita Jepun pada umumnya. Menurut para pembuatnya, bentuk si robot terinspirasi dari watak di komik manga. Ia dibangunkan oleh National Institute of Advanced Industrial Science and Technology.


6. Yurina
Robot yurina ini direka untuk membantu pesakit yang lumpuh. Penciptanya, Logic Machine menyatakan robot sudah digunakan di rumah sakit Osaka di mana ia boleh membawa pesakit ke tempat lain. Juga boleh membantu mandi dan menukar lampin

Robot boleh diperintah dengan suara ataupun skrin sentuh. Pengoperasiannya pun mudah, bahkan oleh orang yang sudah lanjut usia sekalipun.



Share/Bookmark

0 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..