Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian

... DAN UMAR PUN MENANGIS ...


Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ... Pernahkah anda membaca dalam riwayat akan Umar bin Khatab menangis? Umar bin Khatab terkenal gagah perkasa sehingga disegani lawan maupun kawan. Bahkan konon, dalam satu riwayat, Nabi menyebutkan kalau Syaitan pun amat segan dengan Umar sehingga kalau Umar lewat di suatu jalan, maka syeitan pun mengelak melalui jalan yang lain.


Terlepas dari kebenaran riwayat terakhir ini, yang jelas keperkasaan Umar sudah menjadi buah bibir di kalangan umat Islam. Kerana itu kalau Umar sampai menangis tentulah itu menjadi peristiwa yang menakjubkan.


Mengapa "singa padang pasir" ini sampai menangis? Umar pernah meminta izin menemui Rasulullah. Ia mendapatkan beliau sedang berbaring di atas tikar yang sangat kasar. Sebahagian tubuh baginda berada di atas tanah. Beliau hanya berbantal pelepah kurma yang keras. Aku ucapkan salam kepadanya dan duduk di sisinya. Aku tidak sanggup menahan tangisku.


Rasul yang mulia bertanya, "mengapa engkau menangis ya Umar?" Umar menjawab, "bagaimana aku tidak menangis. Tikar ini telah menimbulkan bekas pada tubuh engkau, padahal Engkau ini Nabi Allah dan kekasih-Nya. Kekayaanmu hanya yang aku lihat sekarang ini. Sedangkan menteri dan maharaja duduk di singgahsana emas berbantalkan sutera".


Nabi berkata, "mereka telah menyegerakan kesenangannya sekarang juga; sebuah kesenangan yang akan segera berakhir. Kita adalah kaum yang menangguhkan kesenangan kita untuk hari akhir. Perumpamaan hubunganku dengan dunia seperti orang yang mengembara pada musim panas. Ia berlindung sejenak di bawah pohon, kemudian berangkat dan meninggalkannya. "


Indah nian perumpamaan Nabi akan hubungan beliau dengan dunia ini. Dunia ini hanyalah tempat pemberhentian sementara, tempat berteduh sejenak, untuk kemudian kita meneruskan perjalanan yang sesungguhnya.


Ketika anda pergi ke Belanda, biasanya pesawat akan transit di Singapura. Atau anda pulang dari Saudi Arabia, biasanya pesawat singgah sejenak di Abu Dhabi. Anggap saja tempat transit itu, iaitu Singapura dan Abu Dhabi merupakan dunia ini. Apakah ketika transit anda akan habiskan segala perbekalan anda? Adakah anda akan selamanya tinggal di tempat transit itu?


Ketika anda sibuk shopping ternyata pesawat telah memanggil anda untuk segera meneruskan perjalanan anda.Ketika sedang terlena dan sibuk dengan dunia ini, tiba-tiba Allah memanggil anda pulang kembali ke sisi-Nya. Perbekalan anda sudah habis, tangan anda penuh dengan bungkusan dosa anda, lalu apa yang akan anda bawa nanti di padang Mahsyar.


Sisakan kesenangan anda di dunia ini untuk bekalan anda di akhirat.Dalam tujuh hari seminggu, mengapa tidak anda tahan segala nafsu, rasa lapar dan rasa haus yang tidak dua hari dalam seminggu. Lakukan ibadah puasa Isnin-Khamis. Dalam dua puluh empat jam sehari, mengapa tidak anda sisakan waktu barang satu-dua jam untuk solat dan membaca Al-Quran. 8 jam waktu tidur, mengapa tidak kita curi 15 minit sahaja untuk solat tahajud.


"Celupkan tangan ke dalam lautan," saran Nabi ketika ada sahabat yang bertanya tentang perbezaan dunia dan di akhirat, "air yang ada di jarimu itulah dunia, manakala selebihnya adalah akhirat".
... Bersiaplah, untuk menyelam di "lautan akhirat". Siapa tahu Allah sebentar lagi akan memanggil kita, bila saat panggilan itu tiba, jangankan untuk beribadah, menangis pun kita tak akan punya masa lagi ...SubhanAllah ... !


Salam Terkasih ... 

Dari Sahabat Untuk Sahabat ...

... Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang
telah lama terkunci ...

Share/Bookmark

0 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..