Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian

5 Syarat untuk bermaksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.

Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat.
Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu
melaksanakannya­, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar- sabar bertanya, "Apakah syarat-
syarat itu, wahai Aba Ishak?"

1.Ibrahim bin Adham berkata,
"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan
memakan rezekinya."
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana
aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki
Allah?"
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan
kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya? "

2. "Yang kedua," kata Ibrahim,
"Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!"
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "
Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan
rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya? "
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

3. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim
menjawab,
"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat
tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata,
"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin
Allah tidak melihat kita?"
Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan
melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

4.Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan,
"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya;
Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan
melakukan amal soleh."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,
"Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi
permintaanku? "
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu
tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya
kematianmu,lalu­ bagaimana engkau boleh lari
dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

5.Ibrahim pun menjawab,
"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak
mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau
ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai
Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku
menolak kehendaknya. "

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.
Air matanya bercucuran.
"Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak."

Share/Bookmark

0 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..