Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian
Milford Sound in New Zealand

Apa itu, Sekular??

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKhQ04KtGiXmwiAbJnEDKMv3PHW6ujgDAr1lEgHmPg2ogTaEcHMaRJZ25G6vuUYZXovwko68zJEiJoAoD8WYf9J99dujWlqjfPO8Jcb3eTuSmVdkZ1ZKsbkqh8juR3J3LUtH9TalXL4-4q/s1600/logoMyK-tolakSekularv.......+edit.JPG
Kebanyakan orang memahami sekularisme setakat ideologi yang memisahkan agama daripada ruangan umum. Penjelasan seperti ini mungkin mudah untuk difahami dan sesuai untuk 'perkenalan', namun ia tidak cukup untuk menjelaskan dasar-dasar pemikiran yang ditawarkan oleh sekularisme. Fahaman sekular sentiasa membeza-bezakan kehidupan manusia mengikut zaman. Prinsipnya, kehidupan manusia sentiasa berubah dari masa ke masa. Oleh kerana itu, peraturannya pun perlu berubah dari masa ke masa. Hal-hal yang dulu dilarang boleh jadi sekarang dianggap wajar, malah diwajibkan. Akibatnya, hal-hal yang kini dibenarkan pun boleh jadi kelak akan dinyatakan sebagai jenayah.

Inilah salah satu titik pertentangan yang paling tajam antara sekularisme dan Islam. Sekularisme sentiasa mengemaskini pendapatnya (sekurang-kurangnya itulah tuntutan yang diajukan), sedangkan Islam tak pernah melepaskan diri dari sejarah, atau lebih tepat lagi dari tuntutan yang telah diturunkan oleh Allah SWT dan dijelaskan / dicontohkan oleh Rasul-Nya di masa lampau. Bagi umat Islam kini, rujukan utamanya adalah Al-Quran dan Al-Hadith, yang disampaikan kepada kita sejak empat belas abad yang lalu.

Dalam pandangan sekular, inilah 'kelemahan' Islam. Sementara yang lain terus mengemas kini pendapatnya, Islam terus merujuk kepada suatu peraturan yang telah dikuatkuasakan belasan abad lamanya. Menurut kaum sekular, inilah yang disebut tanda kebekuan akal atau kejumudan.

Berulangkali kaum sekular mengemukakan cadangan untuk mengubah semula Islam. Nurcholish Madjid sejak tahun tujuh puluhan telah dikenali meluas kerana cadangan kontroversialnya untuk menggagaskan 'pembaharuan agama'. Salah satu penggantinya, Ulil Abshar-Abdalla, juga dikenali kerana mencadangkan 'penyegaran kembali' atas pemahaman keislaman kita. Sudah barang tentu, istilah "pembaharuan" dan "penyegaran" telah menjadi semacam perangkap bahasa yang memberikan kesan negatif pada pihak tertentu. Dalam hal ini, seolah-olah Nurcholish hendak mengatakan bahawa yang tidak setuju dengan usulannya adalah yang tidak ikut dalam gerabak pembaharuan, dan Ulil menegaskan bahawa mereka yang menentangnya adalah yang pemahaman keislamannya tidak segar lagi, atau lapuk.

Bagaimana pun, tuntutan 'pembaharuan' dan 'penyegaran' yang seringkali diungkapkan oleh kaum sekular cenderung hanya slogan semata, bukannya fakta kuat sejarah. Kosa kata yang diucapkan Ulil sekarang tidak jauh berbeza dengan yang diungkapkan Soekarno dalam artikel-artikelnya yang sudah dibantah keras oleh Moh. Natsir, bahkan sebelum Republik Indonesia diisytiharkan. Buya Hamka juga dahulu pernah mencabar Nurcholish Madjid kerana merujuk pada tulisan karya seseorang berbangsa Mesir yang mempromosikan sekularisme habis-habisan, kerana karya tersebut sudah dikritik dari sana-sini, walaupun penulisnya sendiri konon sudah bertaubat.


Kini, kalau kita pergi ke salah satu cawangan kedai buku ternama di Malaysia, kita boleh dapati buku karya Joseph Schacht di rak yang berkategori 'Buku-buku Islam'. Padahal, Schacht dalam buku itu menghina dan memfitnah habis-habisan periwayatan hadis dalam peradaban Islam. Pendapat Schacht pun sudah dilibas tuntas oleh Syaikh M. M. al-A'zhami. Tapi apa diduga, sampai saat ini kaum sekularis masih saja merujuk pada Schacht, bahkan rela mencari dana agar dapat menerbitkan bukunya kembali. Walaupun slogannya serba 'pembaharuan' dan 'penyegaran', nyaris tak ada yang baru dan segar dari sekularisme yang kita jumpai sekarang.

Di sisi lain, konsep 'pembaharuan dan penyegaran' ini pun bukannya tidak boleh dikritik. Sekularisme lahir di Eropah ketika para agamawan Kristian mula mengkritik dan mengubah agamanya sendiri. Setelah agamanya diatur sedemikian rupa agar sesuai dengan seleranya, mereka jelaskan bahawa generasi masa lampau yang menerima wahyu Tuhan dahulu adalah generasi manusia yang masih 'kanak-kanak', sedangkan peradaban manusia masa kini telah mencapai 'kedewasaannya'.
 
Hal ini dikritik kuat oleh M. Naquib al-Attas, cendekiawan Muslim dari Malaysia, kerana konsepnya sangat dikelirukan. Semua orang pasti tahu bahawa jika kita ingin menitipkan sebuah mesej yang sangat penting, pastilah mesej itu diberikan kepada orang dewasa, bukannya kanak-kanak. Kerana itu, sangatlah menghairankan jika Tuhan menyampaikan wahyu-Nya kepada manusia yang masih 'kanak-kanak' dan 'belum dewasa'.

Selain itu, konsep ini akan mencipta sebuah lingkaran ketidakpastian, kerana agama pada akhirnya akan ditafsirkan terus-menerus. Sekarang dianggap benar, tahun depan boleh saja diralat. Sekarang dikatakan haram, besok boleh jadi halal. Jika sekarang Ulil mengkritik para sahabat Rasulullah saw, maka kita boleh meramalkan bahawa di kemudian hari akan ada orang sekular yang menolak pendapat Ulil.

Tentu saja, ini dengan andaian bahawa 'pembaharuan' dalam sekularisme bukan sekadar slogan. Pada akhirnya, tidak pernah ada kepastian mengenai kebenaran, dan ini adalah hal yang sangat menghairankan dan sukar diterima akal. Apakah sejak lahir hingga wafatnya tidak ada satu pun kebenaran yang boleh dianggap mutlak oleh manusia? Apakah semuanya memang perlu ditafsirkan semula?
 
Islam, tentu saja, mempunyai hujahnya sendiri. Menurut al-Attas, Islam adalah agama yang 'sudah dewasa sejak lahir'. Ertinya, sejak berakhirnya masa kenabian Rasulullah saw, Islam sudah menjadi agama yang dewasa, tak perlu lagi diubahsuai. Sejak zamannya naik unta sampai zamannya naik kereta, aturan Islam tetap berlaku; lebih tepatnya, Islam memiliki aturan yang menyeluruh yang boleh menampung keadaan manusia di seluruh zaman hingga datangnya Hari Kiamat. Dalam segala situasi, keadaan dan pada setiap peringkat pencapaian sains dan teknologi manusia, Islam selalu mempunyai jawapan untuk soalan-soalan manusia 
 

Share/Bookmark

0 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..