Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian

Kemampuan luar biasa, Melihat tanpa mengunakan mata

Video: Kemampuan Super, Melihat Tanpa Mata
Masih ingat filem superhero berjudul Daredevil yang dibintangi oleh Ben Affleck? Filem yang pertama kali dilancarkan pada tahun 2003 itu merupakan adaptasi dari komik Marvel Comics yang mengisahkan watak superhero bernama Daredevil (manusia tanpa rasa takut).

Lebih unik, tokoh superhero itu seorang buta mata. Tapi dia mampu menumpaskan kejahatan dengan "penglihatan khusus", iaitu menggunakan getaran suara (Echolocation). Banyak yang menilai kemampuan super ini hanya fantasi sang penulis cerita. Tetapi siapa sangka jika kemampuan itu (Echolocation) benar-benar ada di dunia nyata.

Daniel KishEcholocation adalah kemampuan seseorang untuk mengesan benda-benda di persekitaran mereka dengan merasakan getaran dari benda yang berada di sekitar. Mereka melakukannya dengan aktif mencipta bunyi, contohnya dengan menekan tongkat, melakukan pijakan atau membuat suara dari mulut mereka.

Salah satu manusia luar biasa yang mempunyai keupayaan echolocation adalah Daniel Kish. Lelaki kelahiran Montebello California AS 1966. Kisah silam beliau bermula apabila beliau mengalami cacat penglihatan sejak masih bayi lagi. Kanser retina mata membuatnya tidak boleh melihat sejak berusia 13 bulan. Sejak musibah itu, dia lalu mengembangkan kemampuan echolocation.


Dia cuba memetakan lingkungan sekitarnya melalui gelombang atau getaran yang dia ciptakan dari mulutnya. Sejak awal dia tidak mahu menggunakan tongkat kerana dianggapnya sebagai alat "orang kurang upaya". Dia merasa dirinya tidak cacat sama sekali.

 

Share/Bookmark

0 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..