Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian

Gambar bumi pertama kali ditangkap di angkasa.

Citra Bumi dari luar angkasa

Ketika ini, kecanggihan satelit cuaca boleh memaparkan keadaan Bumi secara jelas, bahkan melalui pengimejan yang terperinci.

Pernahkah anda membayangkan, bagaimana imej Bumi pertama kali dilihat dari ruang angkasa?

Pengimejan pertama itu diambil oleh satelit cuaca milik Agensi Angkasa Amerika Serkat (NASA), tiros-1 (Television Infrared Observation Satellite) pada 1 April 1960.


Walaupun foto yang dihasilkan belum begitu menakjubkan, namun pengambilan foto Bumi ini sangat bersejarah, sekaligus membuka jalan penggunaan satelit untuk kepentingan kajian cuaca global.




Foto Bumi pertama yang ditangkap satelit tiros. (NASA)

Dilaporkan oleh Huffingtonpost, 5 April 2013, satelit tiros-1 yang bersaiz setong bir ketika itu hanya menerokai langit selama 78 hari.

Satelit tersebut juga mampu menangkap pemandangan pertama taufan tropika. Pemandangan ini memberikan maklumat berharga bagi para saintis soal fenomena alam itu.

Uniknyaketika itu NASA belum begitu menyedari potensi penerokaan angkasa.

Dalam keterangan rasminya, NASA berkata, program tiros hanyalah uji cubaan untuk menentukan apakah satelit boleh membantu untuk kajian Bumi atau tidak. Ini kerana, pada waktu itu, keberkesanan pemerhatian satelit belum terbukti, memandangkan satelit masih dianggap teknologi baru.

Keutamaan pertama program tiros adalah pembangunan sistem maklumat satelit meteorologi. Ramalan cuaca dianggap aplikasi yang paling menjanjikan dari pengamatan berasaskan ruang angkasa.


"Tiros terbukti sangat berjaya. Satelit inilah yang pertama kali memberikan ramalan cuaca yang tepat berdasarkan data yang dikumpulkan dari ruang angkasa," jelas NASA.

Selanjutnya, tiros meneruskan liputan cuaca Bumi pada tahun 1962, dan digunakan oleh ahli meteorologi di seluruh dunia.

Kejayaan program ini disokong oleh pelbagai jenis instrumen dan konfigurasi orbit mengarah pada pembangunan satelit pemerhatian meteorologi yang lebih canggih.

Hingga tahun 1965, sudah ada lebih daripada sembilan satelit tiros yang dilancarkan, sebelum satelit itu diganti siri program satelit ESSA (Environmental Science Services Administration). 


  
Satelit TIROS-1 

Share/Bookmark

1 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..