Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian

Kisah Seorang Imam Masjid di London

http://www.eurocoins.co.uk/images/2002eurozone20eurocentrev240.jpg

Seorang imam sebuah masjid di London, setiap hari pergi dan pulang dari rumahnya ke masjid dengan menaiki bas awam. Tambang bas tersebut dibayar mengunakan kad, atau terus dibayar kepemandu kerana bas tidak mempunyai kondektur. Selepas bayar, barulah si imam cari tempat duduk yang kosong.

Pada suatu hari,
Si imam pun bayar tambang bass pada pemandu lalu menerima kembali baki dari wang yang dibayar, sebab hari itu kad yang selalu digunakan sudah tidak mempunyai kredit ... selepas membuat pembayaransi imam duduk di bangku belakang yang kosong.

Di tempat duduknya dia mengira wang baki yang diterima dari pemandu yang ternyata mempunyai  lebih 20 sen. Seketika dia pun terfikir .. wang ini perlu dikembalikan atau tidak ..? difikirannya "Ah cuma 20 sen saja"... "ah lagipun dia (pemandu) bukan orang islam" ... "atau aku masukkan saja baki ini kedalam tabung dimasjid ...??

Setelah sampai di tempat tujuan, ia pun hendak turun bas dengan berjalan
melalui pemandu bas tersebut. Dalam hatinya masih ragu-ragu dengan baki wang 20 sen itu, antara akan dikembalikan atau tidak. Namun ketika sampai di berhampiran pemandu, spontan dia pun menghulurkan 20 sen sambil berkata: "Wang baki yang awak beri terlebih 20 sen".

Tanpa disangka dan tanpa diduga .. pemandu itu mengangkat ibu jari sambil berkata:

"Anda berjaya ..!!!"

"Apa maksud anda ..?" Tanya imam masjid.

"Bukankah anda imam masjid yang di sana tadi?" Tanya pemandu.

"Betul" jawabnya

Lantas pemandu itu berkata ...

"Sebenarnya sejak beberapa hari ini saya ingin datang ke masjid anda untuk belajar dan memeluk Islam .. tapi timbul keinginan di hati saya untuk menguji anda sebagai imam masjid, apa benar Islam itu seperti yang saya dengar jujur​​, amanah dan sebagainya. Saya sengaja memberikan baki berlebihan dan anda berjaya. Saya akan masuk Islam ". Kata pemandu tersebut ..

Alangkah tercengangnya imam masjid tersebut, sambil beristighfar meyesali apa yg difikirkannya tadi. Hampir saja ia kehilangan kepercayaan hanya dengan wang 20 sen itu. Astaghfirullah ...

Semoga jadi pelajaran buat kita untuk sentiasa bersikap sebagai seorang muslim sejati di mana sahaja, bila-bila masa dan di hadapan siapa saja ...

Share/Bookmark

0 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..