Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian
Milford Sound in New Zealand

Ikan lumba-lumba diajar berperang

dolphins in the military
Dalam sejarah banyak dijumpai percubaan menggunakan pelbagai benda atau makhluk hidup sebagai senjata perang. Rupanya Ukrania juga melakukan dengan melatih lumba-lumba untuk bertempur. Hal itu diketahui apabila kelihatan ikan lumba-lumba dipasang dengan kamera di sirip tepinya.

Media Rusia, Ria Novosti, memberitahu bahawa tentera Ukraine menjalankan program mempersejatai lumba-lumba. Mamalia air itu dilatih menggunakan pisau atau pistol yang dipasang di kepalanya untuk menyerang. Disebut juga bahawa mereka boleh memasang bom di kapal lawan serta mengesan periuk api di laut.

Dilaporkan wowkeren, Laporan itu muncul kerana diketahui ada 3 lumba-lumba jantan yang lepas dari kem latihan ketenteraan di Sevastopol pada Februari lalu. Dipercayai lumba-lumba itu mengejar ikan betina kerana memasuki musim mamalia itu untuk mengawan.

"Latihan ketenteraan untuk lumba-lumba memang giat dilakukan pada tahun 1980-an," kata bekas pegawai tentera laut Kesatuan Soviet, Yury Playchenko. "Jika lumba-lumba jantan berjumpa ikan betina ketika musim mengawan maka dia akan dilepaskan, tapi mereka akan kembali seminggu kemudian."

Sedangkan pihak tentera membantah adanya program mempersejatai lumba-lumba untuk bertempur. Meski telah dibantah namun penggunaan haiwan sebagai alat perang masih menjadi perbualan hangat oleh orang awam. Dikatankan tentera Amerika juga mengunakan ikan lumba-lumba dan anjing laut  40 tahun dahulu dalam peperangan di Vietnam dan Teluk.


Share/Bookmark

0 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..