Follow Us

ANDA BOLEH BERKONGSI APA SAJA YANG ADA DIDALAM BLOG INI TANPA BATASAN DAN TANPA MEMINTA KEBENARAN DARI TUAN TANAH. KUNJUNGAN ANDA AMAT DIHARGAI. SILA DATANG LAGI...
Aku dilahirkan bukan untuk mempelajari atau menulis, bukan jua untuk memahami atau mendalami, bukan sekadar menerima atau memberi.Tetapi mempelajari, menulis, memahami, mendalami, menerima, memberi juga segala perilaku diri adalah untukku beribadah
save palestian

Keajaiban Perubatan di Sebalik Sunnah Berjalan Tanpa Alas Kaki


Pada kajian sains moden, kelihatan jelas bahawa sebahagian besar dari mereka yang menderita sakit pada kedua-dua kaki mereka, adalah disebabkan kerana mereka selalu memakai kasut. Oleh kerana rawatan yang ideal adalah berjalan tanpa menggunakan alas kaki, selama satu perempat jam setiap hari.

Para penyelidik mengatakan bahawa berjalan dengan cara seperti ini di atas rumput atau kayu atau tanah, merangsang saluran darah, dan menjaga bentuk semulajadi kaki serta menguatkan otot-otot betis dan menenangkan sistem saraf.


Dan dalam sebuah laporan yang diterbitkan oleh agensi berita Jerman menjelaskan bahawa berjalan tanpa kasut (telanjang kaki) dalam bentuk berkelah, megobati kaki sakit. Dan bahkan hal tersebut sangat menggesa untuk menjaga kesihatan kaki dan bentuk alaminya. Hal itu, kerana kasut menyebabkan adanya tekanan pada sisi-sisi kaki dan dengan demikian menghalang pergerakan darah di dalam saluran darah.

Oleh kerana itu para doktor mencadangkan pesakit untuk melakukan sukan berjalan tanpa alas kaki, kerana jenis sukan ini mengaktifkan pusat-pusat (titik-titik) vital di bawah kaki, yang mana hal itu menyebabkan adanya rangsangan peredaran darah dan rawatan varises.

Berjalan tanpa alas kaki membantu anak-anak anda merawat kurang upaya (kelainan) pada kaki dan penyakit kaki rata (Flat Feet / Pet Planus), memberikan kesegaran tambahan kepada tubuh, dan meningkatkan keupayaan untuk bekerja serta meningkatkan tahap tenaga dalam tubuh. Dan ia juga boleh mengubati arthritis (radang sendi / reumatik).
Dalam kajian yang dilakukan pada tahun 1992 terbukti bahawa kanak-kanak yang memakai kasut secara terus-menerus kemungkinan untuk terkena penyakit kaki rata meningkat tiga kali ganda, dan terbukti juga bahawa kasut yang ketat boleh menyebabkan Bowlegs (kaki O) untuk anak-anak.

Dan Subhanallahu (Mahasuci Allah)! Pada setiap penemuan saintifik, kita akan mendapatkan bahawa isyarat-isyarat Qur'ani atau Nabawi telah menunjukkannya. Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam telah mewasiatkan kepada para sahabat beliau radhiyallahu' anhum agar mempraktikkan jalan kaki seperti ini (tanpa alas kaki). Dan telah diriwayatkan dari Fadhalah bin 'Ubaid bahawasanya dia berkata:


(كان النبي صلى الله عليه وسلم يأمرنا أن نحتفي أحياناً) (رواه أحمد)
"Dahulu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan kami agar berjalan tanpa alas kaki kadang-kadang." (Musnad Imam Ahmad dengan sanad yang sahih menurut Syaikh al-Albani dan Syau'aib al-Arna'uth rahimahumallah)
Dan hadis yang semakna dengan hadis ini banyak. wallahu A'lam

Dan adapun isyarat (isyarat) dari al-Quran adalah apa yang disebutkan dalam kisah Nabi Musa 'alaihissalam ketika sampai di tempat suci (untuk menerima wahyu), AllahSubhanahu wa Ta'ala berfirman:


(فَاخْلَعْ نَعْلَيْكَ إِنَّكَ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طُوًى) [طه: 12]
"…Maka tanggalkanlah kedua terompahmu; sesungguhnya kamu berada dilembah yang suci, Thuwa." (QS. Thaahaa: 12) 
Bukan sesuatu yang tersembunyi lagi kepada setiap orang, bahawa kita kaum Muslimin sentiasa mempraktikkan berjalan tanpa memakai kasut ketika kita masuk ke masjid, yang mana seorang mukmin memasuki masjid dengan tidak memakai kasut, lima kali sehari.

Dan seandainya kita hitung jumlah jarak yang dilalui oleh seorang Muslim setiap hari di dalam masjid (terutama jika masjidnya besar), itu sudah cukup untuk mendapatkan manfaat dari sukan ini.

Share/Bookmark

1 comments:

Post-Post Menarik

2leep.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by myxxppxx

Popular Posts

..